Pages

Jom Kita Berkawan

Monday 7 July 2014

Harapan baharu pesakit tumor otak


Sharifah Zamrot Syed Abdul Rahman, 63, sering kali mengalami pening kepala yang pada awalnya hanya dianggap kesan daripada penyakit darah tinggi yang dihidapinya. alaminya.

Namun, apabila kerap berlaku sehingga kadang kala pening yang dialami hampir membuatnya pitam dan mengganggu aktiviti seharian, dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan doktor.

Terkejut apabila doktor mengesahkan dia menghidap kanser otak dan ketumbuhan atau tumor sebesar 2.5 sentimeter sedang membesar di dalam otaknya.

Tidak menunggu masa yang lama, dia terus bersetuju dengan rawatan pembedahan yang disyorkan oleh doktor.

Pembedahan yang memakan masa selama enam jam itu benar-benar meninggalkan kesan trauma kepada dirinya kerana memerlukan penjagaan yang khusus sebelum dan selepas pembedahan.

Selepas pembedahan, masih terdapat saki baki tumor yang gagal dikeluarkan dan dia perlu menjalani pembedahan kali kedua.

Kanser otak antara penyakit paling digeruni masyarakat dunia selain pelbagia jenis kanser lain. Ia boleh menyerang sesiapa tanpa mengira umur dan jantina sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Terdapat dua jenis tumor yang diklasifikasikan sebagai kanser iaitu tumor benigna dan tumor malignan. 

Tumor benigna tumbuh secara perlahan-lahan dan tidak merebak ke anggota badan lain. Jika tumor ini berjaya dibuang ia tidak akan menimbulkan masalah.

Sebaliknya, sel tumor malignan berkemampuan merebak ke anggota badan lain dan menyerang dengan pantas, tetapi ia jarang merebak keluar dari sistem saraf pusat. 

Selain itu, terdapat juga dua kategori barah otak iaitu tumor otak primer (berasal atau tumbuh dari otak) serta tumor otak sekunder (berasal atau merebak dari bahagian badan seperti buah pinggang, payu dara dan kulit).

Pun begitu jika barah itu terletak berdekatan struktur otak penting, ia boleh menimbulkan masalah kesihatan serius kerana ketumbuhan yang membesar boleh menyebabkan beberapa komplikasi serta mengancam nyawa.

Tumor secara langsung boleh memusnahkan sel otak dan secara tidak langsung memusnahkan sel-sel apabila berlaku keradangan, mampatan akibat ketumbuhan tumor, bengkak dan peningkatan tekanan dalam otak (tekanan intrakranium).

Rawatan

Rawatan tumor otak terdiri daripada pembedahan, radioterapi dan kemoterapi, secara bersendirian atau kombinasi.

Dalam kebanyakan kes, pakar bedah otak akan mengeluarkan tumor sebanyak yang mungkin bergantung kepada kedudukannya sama ada berdekatan dengan sarat atau tidak.

Sekiranya tumor tidak boleh dikeluarkan kerana berada di kedudukan yang berbahaya seperti di stem otak, maka radioterapi boleh diberikan selepas pembedahan.

Sementara itu, Hospital Gleaneagles Kuala Lumpur (GKL) menjadi hospital pertama di Malaysia yang mengaplikasikan sistem Leksell Gamma Knife Perfexion iaitu teknik pisau gamma paling canggih pada masa kini dalam rawatan tumor otak.

Menurut Ketua Pusat Pisau Gamma GKL, Dr. Chee Chee Pin, walaupun pada dasarnya menggunakan perkataan ‘pisau’, ia sebenarnya tidak melibatkan langsung penggunaan pisau pembedahan atau scalpels. 

Sebaliknya, ia merupakan satu bentuk radiosurgeri, iaitu prosedur bukan membabitkan pembedahan terbuka sebaliknya menggunakan pelbagai sumber sinaran untuk sasaran dan merawat keabnormalan dalam otak, dengan kesan minimum pada tisu sihat. 

“Pisau merujuk kepada 192 pancaran atau sinaran tepat yang memberi tumpuan kepada kawasan yang disasarkan yang akan mengecut sedikit demi sedikit. atau menghentikan terus pertumbuhannya. 

“Sistem Leksell Pisau Gamma menawarkan pembedahan stereotaktik tanpa insisi (potongan) yang tidak menyakitkan dan dilaksanakan dengan ketepatan paling tinggi untuk mengecilkan tumor dan membunuh sel-sel kanser tanpa menjejaskan tisu-tisu sihat di sekitar bahagian yang disasarkan untuk rawatan," katanya dalam sidang akhbar majlis pelancaran Sistem Leksell Gamma Knife Knife Perfexion di hospital tersebut baru-baru ini.

Majlis perlancaran disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Kumpulan Hospital Gleaneagles, Datuk Amir Firdaus Abdullah, prosedur ini mengambil masa singkat dan akan memberikan hasil klinikal yang lebih baik berbanding pembedahan otak konvensional.

Ini kerana kerana ia tidak memerlukan insisi sewaktu pembedahan ataupun penggunaan ubat bius, sekali gus mengurangkan risiko pendarahan atau jangkitan.

“Prosedur ini bermanfaat untuk pesakit yang lebih berusia atau individu yang mengalami keadaan perubatan yang menyebabkan mereka terlalu berisiko untuk diberikan bius dan menjalani pembedahan konvensional," katanya,

Sementara itu, Ketua Pembedahan Saraf Hospital Beaumont, Dr. Fernando Diaz, menerangkan melalui prosedur pisau gamma, pesakit akan memakai bingkai kepala khas yang dilekatkan pada tengkorak kepala melalui teknik pembedahan supaya tumor otak berada pada kedudukan pegun apabila sinaran gamma disasarkan pada bahagian terbabit.

Katanya, pesakit tidak perlu mencukur kepala mereka dan mereka juga lazimnya tidak perlu tinggal di hospital kerana keseluruhan prosedur bhanya mengambil masa separuh hari untuk diselesaikan.
Selain itu, masa penyembuhan juga amat singkat.

“Berbanding pembedahan otak konvensional, prosedur pisau gamma juga berupaya merawat tumor yang sukar dicapai atau tumor yang terletak di bahagian penting otak.

“Pesakit yang memilih kaedah pembedahan ini perlu berunding terlebih dahulu dengan pasukan multidisplin yang terdiri daripada pakar bedah saraf, pakar onkologi radiasi dan doktor pakar untuk melihat sama ada ia bersesuaian dengan keadaan mereka," ujarnya.

Selepas prosedur pisau gamma dijalankan, rawatan susulan akan dijalankan. 

Pesakit akan diberi temu janji sebagai pesakit luar selepas sebulan dan a mungkin perlu menjalani imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) secara tetap bagi memastikan tumor telah dimusnahkan sepenuhnya.

SUMBER: Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment