Pages

Jom Kita Berkawan

Monday 15 June 2015

Keperluan khidmat jururawat lelaki tinggi

Zahariah (kanan) melakukan gimik perasmian penutup Program ‘Lets Clean, Go Green’ di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok.
 
LABIS – Lepasan pelajar Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) khususnya lelaki disaran agar merebut peluang yang terbuka luas untuk mengikuti kursus kejururawatan dan menjadikan bidang tersebut sebagai kerjaya.

Penolong Setiausaha Bahagian Latihan, Kementerian Kesihatan, Zahariah Mohd Shariff berkata, ini kerana keperluan jururawat lelaki dalam bidang perubatan untuk berkhidmat di hospital dan klinik kerajaan adalah tinggi sedangkan jumlahnya di negara ini terlalu rendah berbanding jururawat wanita ketika ini.

“Setiap tahun Kementerian Kesihatan akan mengambil kira-kira 6,000 pelatih jururawat dan bilangan permohonan lepasan pelajar lelaki adalah terlalu kurang sedangkan keperluannya adalah tinggi.

"Saya harap masyarakat boleh mengubah persepsi mereka yang menganggap kerjaya jururawat hanya sesuai untuk golongan wanita.

"Ini kerana terdapat keperluan jururawat lelaki dalam beberapa perkara tertentu yang tidak begitu sesuai dilakukan oleh golongan wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutupan Program ‘Lets Clean, Go Green’ di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, di sini, kelmarin.

Menurutnya, melalui kajian rambang yang dilakukan, berdasarkan jumlah permohonan untuk mengikuti latihan separa perubatan Kementerian Kesihatan, kebanyakan kaum lelaki lebih berminat untuk mengikuti latihan Penolong Pegawai Perubatan berbanding jururawat.
“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dan kita memerlukan kerjasama semua pihak termasuk masyarakat,” katanya.

Menurutnya, walaupun jumlah jururawat lelaki di negara ini masih jauh daripada keperluan yang diharapkan, namun, terdapat kemajuan dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini apabila kerjaya jururawat dikuasai oleh golongan wanita.

SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment