Jom Kita Berkawan

Monday, 24 August 2015

Jururawat bukan ‘kerja’ tengok anu lelaki!

Salinan paparan perkongsian oleh Putry Al Wafa di Facebook
 
TINDAKAN beberapa pelayar laman sosial yang menghina jururawat dan menuduh mereka suka melihat kemaluan pesakit lelaki mendapat perhatian seorang jururawat wanita yang bertindak membalas kembali kritikan tersebut menerusi satu perkongsian.

"Assalamualaikum Tuan Cham Cham yang dihormati. Semoga saya dan kawan-kawan nurse (jururawat) yang lain diampuni segala dosa dan pekerjaan kami diterima dan diredai ALLAH taala," kata Putry Al Wafa di laman sosial Facebooknya, semalam.

Putry bertindak membalas kenyataan pemilik akaun Tuan Cham Cham memuatnaik status yang menuduh jururawat wanita 'suka melihat kemaluan pesakit lelaki'.

"Untuk pengetahuan tuan, kami sebagai nurse wanita langsung tak hadap nak tengok kemaluan lelaki melainkan itu adalah sebahagian dari tugas kami.

"Bab-bab tugas yang lain saya tak mau cerita panjang, memandangkan tuan hanya berkata kami 'sebok nak tengok kemaluan pesakit lelaki sahaja'," tambahnya.

"Sekali lagi, saya harap Tuan faham apa yang saya nak sampaikan dan terima kasih kerana menghina," akhiri Putry dalam perkongsian tersebut.

Pada bahagian komen, Putry sekali lagi menegaskan pendirian beliau.

"Saya bukan mencari glamour apatah lagi publisiti murahan macam ni. Saya cuma fight for the right. Pertahankan profesion saya sebagai jururawat.

"Sesiapa yang bekerja seperti saya, akan faham apa yang nak saya sampaikan. Tak perlu hina kami dengan kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah kami yang juga seorang wanita," tegasnya.

Majoriti pelayar yang dipercayai jururawat juga memberikan sokongan dan menghentam kritikan Tuan Cham Cham tersebut.

"Kenapalah prasangka negatif. Tuan Cham Cham ni.. Tugas kami merawat dan membantu.. Masya-ALLAH jangan sangka kami bukan-bukan. Tiada apa yang kami harapkan dan sangat-sangat gembira melihat pesakit kami datang dengan sakit dan pulang dengan sihat...," kata Mma Aini Ahmad .

"Adik aku, sepupu aku pun kerja jururawat. Hormatilah kerja orang. Tukang sapu sampah pun ada maruah. Inikan pula jururawat. Dunia ni bulat. Jangan bangga sangat apa yang kita ada. Tak kekal mana pun," kata Kenji Faizal.

"Biadapnya laki tu... Harap nanti dia sedar la kebodohan dia tu boleh makan diri dia," kata Fiena Annie.

SUMBER: SINAR HARIAN

Wednesday, 19 August 2015

Simpan Misai Untuk Kempen Kesedaran Kanser Prostat


KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bersedia untuk menyimpan misai dan janggut bagi menyokong kempen tiga bulan 'Movember- The Ultimate Shave Off' anjuran Majlis Kanser Nasional (MAKNA) bersama kumpulan sukarelawan Rainbow untuk meningkatkan kesedaran terhadap kanser prostat.

Menerusi kempen itu, lelaki digalakkan menyimpan misai atau janggut dari Sept hingga Nov, sebelum dicukur pada penghujung kempen sebagai simbolik kepada pesakit kanser yang kehilangan rambut mereka ketika menjalani rawatan.

Pengasas dan Presiden MAKNA, Datuk Mohd Farid Ariffin berkata, kempen mengumpulkan dana itu juga bagi menggalakkan orang ramai berbincang secara terbuka mengenai kanser prostat yang jarang didedahkan berbanding kanser yang lain.

"Ia seperti kempen yang mudah tapi kami berharap mesejnya sampai kepada kaum lelaki mengenai pentingnya pemeriksaan kesihatan berkala serta usaha awal mengesan penyakit ini," katanya.

Kempen ini dimulakan di Australia pada 1999 bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu kesihatan lelaki termasuk kanser prostat, dengan menyimpan misai pada November.

Seorang pesakit kanser, Harikrishnan Maniam, 26, berkata pembabitan orang awam dalam kempen ini sangat dihargai kerana penderita kanser sememangnya memerlukan sokongan moral dan kewangan.

"Ketika saya menjalani rawatan dulu, saya kehilangan rambut dan menjadi botak, jadi saya tahu bagaimana perasaan tanpa rambut," katanya.

Seorang lagi bekas pesakit kanser, May Lui, 41, berkata inisiatif itu harus diadakan secara tahunan bagi mengalakkan masyarakat lebih memahami penyakit tersebut sambil mewujudkan kesedaran mengenai kanser prostat.

Kanser prostat adalah penyakit keempat daripada 10 kanser yang sering berlaku di kalangan lelaki Malaysia.

--BERNAMA