Jom Kita Berkawan

Monday, 13 June 2016

Sejarah Kejururawatan Di Malaysia

 Kerjaya kejuruawatan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1800 di mana perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh anggota dari East India Co. yang kemudiannya digantikan oleh nuns Katholik. Latihan (sambil bekerja) jururawat pertama di Johor.



Bahru pada tahun 1938 dan terhenti pada tahun 1942-1945 disebabkan peperangan dunia ke dua. Sekolah Kejururawatan mula ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu di Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sistem penjagaan kesihatan mula berkembang di Malaya pada tahun 1951.

Jururawat adalah profesyen yang mengabungkan antara ‘SENI’ dan ‘SAINS’ yang membantu individu dalam mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila-bila masa serta membantu yang lain apabila mereka tidak berdaya memenuhi keperluan serta aktiviti penjagaan diri sendiri. Selain itu, profesyen kejururawatan juga mempromosikan kesihatan dan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik serta membantu pesakit tenat mengekalkan kesejahteraan sehingga akhir hayat mereka.

Kerjaya kejururawatan merupakan kerjaya yang dinamik dan sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan perawatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak dunia perubatan semasa. Justeru itu, kerjaya kejururawatan di Malaysia sentiasa menerima perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam pembangunan kerjaya seiring dengan era globalisasi ke arah mencapai matlamat untuk menjadi sebuah Negara menjelang 2020.



Sehubungan itu, ia telah memberi peluang perkembangan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi bagi menjamin kehidupan dan kepuasan diri. Selaras dengan itu, anjakan paradigma terhadap kerjaya kejururawatan telah dapat dilihat di mana taraf kerjaya jururawat telah dipertingkatkan dari skim perkhidmatan di dalam kumpulan sokongan melalui pewujudan skim perkhidmatan yang dikenali sebagai Skim Perkhidmatan Bersepadu.

Melalui skim perkhidmatan baru ini, gred-gred jawatan di peringkat Pengurusan dan Profesional telah diperluaskan dari Gred U41 hingga ke Gred U54 berbanding dengan peruntukan dibawah skim perkhidmatan terdahulu yang hanya menghadkan gred jawatan tertinggi hingga ke Gred U40 sahaja.



Sumber: Kerjaya Jururawat

Thursday, 9 June 2016

Bantuan Khas RM500 Untuk 1.6 Juta Penjawat Awam Sempena Aidilfitri


Penjawat Awam - Gambar Hiasan 
 
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.

"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri.

Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion.

-- BERNAMA

Tuesday, 7 June 2016

Kerajaan Belum Putuskan Imbuhan Penjawat Awam Menjelang Aidilfitri


PASIR PUTEH, 4 Jun (Bernama) -- Kerajaan belum membuat keputusan berhubung imbuhan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri awal Julai depan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata kerajaan sedang meneliti pelbagai aspek terutama kedudukan kewangan sebelum membuat keputusan mengenainya.

"Sehingga hari ini tiada sebarang keputusan dibuat (berhubung pemberian imbuhan kepada kakitangan awam dan pesara)," katanya kepada pemberita pada majlis Program Transformasi Komuniti Bergerak Orang Kampung Selising yang dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri Selising, Zulkifli Ali di sini, Sabtu.

-- BERNAMA

Sunday, 5 June 2016

Cuepacs Ikrar Terus Perjuangkan Hak Dan Kebajikan Penjawat Awam - Azih


KUALA KANGSAR, 3 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berikrar untuk terus memperjuangkan hak dan kebajikan penjawat awam temasuk mendapatkan kenaikan tangga gaji dan bonus.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata kerajaan perlu memberikan kenaikan gaji dan bonus selaras dengan bebanan yang ditanggung penjawat awam ketika ini.

"Walaupun adanya kenaikan gaji, namun ia sedikit dan tidak mencukupi bagi mereka yang mempunyai lebih tanggungjawab...jika kerajaan tidak memberi bantuan terutamanya untuk menghadapi Ramadan, ia akan memberi tekanan kepada penjawat awam," katanya kepada Bernama hari ini.

-- BERNAMA

Friday, 3 June 2016

CUEPACS Mohon Kerajaan Pertimbang Bonus Raya Sebulan Gaji


KANGAR, 31 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus raya sebulan gaji kepada 1.6 juta penjawat awam menjelang Aidilfitri nanti.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata pemberian itu sebagai suatu yang wajar dan menjadi keperluan, mengambil kira faktor sempena sambutan perayaan dan kenaikan harga barangan serta kos sara hidup yang kian meningkat pada masa sekarang.

"Melihat pada keadaan ekonomi semasa, permohonan pemberian bonus sebulan ini pastinya memberi sedikit khabar gembira bagi meringankan beban kewangan mereka selain sebagai penghargaan atas perkhidmatan diberikan," katanya.

-- BERNAMA