Pages

Saturday, 30 August 2014

Bapa bayi melecur kesal dengan sikap jururawat


IPOH – “Walaupun telah minta maaf, ia tetap satu kecuaian sehingga menyebabkan badan anak saya melecur,” demikian kata bapa bayi lelaki malang yang cedera di belakang badan ketika dimandikan jururawat di Hospital Seri Manjung, Rabu lalu.

Pegawai Waran 1, TLDM Lumut, Abdul Malek Jumat, 42, berkata, anaknya itu kini dalam pemerhatian rapi oleh pegawai perubatan selepas aduan dibuat kepada pengarah hospital terbabit terhadap kecuaian itu.

Menurutnya, beliau kesal dengan sikap jururawat yang berusia lingkungan 40-an yang tidak bersua muka untuk meminta maaf sejurus berlakunya kejadian itu.

“Selepas dua hari, barulah dia datang menangis sambil meminta maaf terhadap apa yang berlaku pada anak keempat saya ini dan mengakui  kecuaiannya.

“Bagaimanapun, pengarah hospital ada memberi jaminan akan berikan yang terbaik untuk merawat kecederaan  dialami bayi kami,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Abdul Malek berkata, bayi lelakinya itu telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung kecederaan itu.

“Bagaimanapun, tiada rawatan lanjut yang dapat dibuat setakat ini menyebabkan saya meminta bayi saya dipindahkan semula ke Hospital Seri Manjung buat sementara ini.

“Pada Rabu minggu hadapan, bayi saya akan dirujuk semula ke HRPB untuk satu temujanji dengan doktor pakar plastik bagi merawat kulit yang melecur itu,” katanya yang masih belum memberikan nama kepada anaknya itu.

Jelasnya, isterinya, Sarjan Jamaliah Mohd Diah, 39, masih berada sedih dan kesal atas kejadian yang menimpa cahaya mata ke empat mereka.

“Isteri saya masih bersedih setiap kali melihat kesan merah dan bergelembung akibat air panas itu dan tidak dapat membayangkan kesakitan yang dialami bayi kami.

“Namun, kami masih mengikuti prosedur ditetapkan oleh pihak hospital untuk merawat dan memulih semula kecederaan bayi kami,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Rahimi Goon berkata, laporan awal telah dihantar ke Kementerian Kesihatan Malayisa (KKM) berhubung kecuaian itu.

Menurutnya, siasatan dalaman telah dijalankan sendiri oleh Pengarah Hospital Seri Manjung setelah menerima laporan itu.

“Kesemua yang terlibat dalam kejadian tersebut telah dipanggil memberi keterangan dan pihak jabatan negeri telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Laporan awal telah dihantar dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN

Friday, 29 August 2014

Jabatan Kesihatan Negeri Serah Laporan Kecuaian Jururawat Pada KKM

IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri telah menghantar laporan awal kepada Kementerian Kesihatan berhubung kecuaian seorang jururawat wanita di Hospital Manjung dekat sini, sehingga mengakibatkan badan seorang bayi baru dilahirkan, melecur.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Dr Rahimi Goon berkata pihak hospital telah menjalankan siasatan dalaman setelah menerima laporan mengenai kejadian itu, Selasa lepas.

"Kesemua yang terlibat dalam kejadian itu telah dipanggil memberi keterangan dan pihak Jabatan Kesihatan negeri telah dimaklumkan mengenai kejadian.

"Kita masih menunggu siasatan dalaman serta laporan lengkap kejadian tersebut selesai (sama ada tindakan tatatertib diambil terhadap jururawat)," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan bayi lelaki itu dipercayai melecur di badan terkena air panas akibat kecuaian jururawat di hospital itu.

Bayi malang itu yang dilahirkan pada 12.20 tengah malam pada Selasa lepas tercedera ketika seorang jururawat berusia lingkungan 40-an memandikannya kira-kira 7 pagi hari yang sama.

Bapa bayi itu, Pegawai Waran 1 TLDM Lumut Abdul Malek Jumat, 42, memberitahu, bayinya itu dengan berat 3.31 kilogram bersalin secara normal selepas isterinya, Jamaliah Mohd Diah, 39, dimasukkan ke hospital pada 8 pagi Isnin lepas.

-- BERNAMA

Tuesday, 26 August 2014

Aspirasi / Harapan saya Sebagai Seorang Jururawat

My Aspirations as a Nurse
Karen Roush, MSN, FNP, RN AJN, American Journal of Nursing
January 2006
Volume 106  Number 1 - Supplement: Career Guide 2006
Pages 35 - 35



I want to work triage in a city emergency room, be streetwise and kind.

I want to hold a starving child in Sudan and drip nourishment into his mouth.

I want to be an expert, called upon by the Times to comment on the latest health care issues.

I want to relieve the pain of the mother dying of ovarian cancer.

I want to relieve the pain of her teenage daughter left behind.

I want to race through the halls to answer a code, to feel that adrenaline rush.

I want the patient to live.

I want to find that one tiny remaining vein so an elderly, dehydrated patient can get fluid.

I want to straighten out the sheets, remove every wrinkle, fix the pillow just right-because it is all I have left to offer a dying patient.

I want time enough.

I want to unscramble all the tubing, wipe off a port, and inject a precisely titrated dose of medication.

I want to give report on time.

I want to turn off the respirator of a patient who has suffered too long and leave him in the arms of his family.

I want to learn some amazing fact about the human body. Again.

I want to be honest about prognosis.

I want to be hopeful.

I want to respond to an international disaster, live in a tent, curse the conditions, provide care without modern equipment or adequate supplies, and know it's some of the best nursing I've ever done.

I want to understand.

I want to stand up on a podium in front of the Senate and eloquently, movingly, brilliantly argue for mandatory staffing laws.

I want to tuck a newborn, still wet, into the perfectly fitted place at her mother's breast.

I want to tell a mother whose baby has died how beautiful he was.

I want to teach a patient how to give herself insulin and see her smile when she accomplishes it.

I want to recognize the arrhythmia on the monitor and intervene before the heart flies off into useless flutter.

I want to go back to school.

I want to write a book about all the crazy, terrible, comical, heartbreaking, and inspiring experiences I've had as a nurse.

I want to be a manager. To support and be an advocate for my nurses while still demanding excellence.

I want to drive home satisfied with the finished shift.

I want never again to listen to a toddler's silent chest.

I want to laugh with my coworkers so hard it hurts.

I want to cry until it stops hurting.

I want to teach at a great university, influence generations of nurses to come.

I want to call the patient who has no more time left and tell him we've got a heart.

I want to monitor vital signs, comfort the family of the teenager harboring the offered heart.

I want to earn the respect of my fellow nurse.

- SUMBER: http://www.nursingcenter.com
My Aspirations as a Nurse
Karen Roush, MSN, FNP, RN

AJN, American Journal of Nursing
January 2006 
Volume 106  Number 1 - Supplement: Career Guide 2006
Pages 35 - 35
 
  PDF Version Available!


- See more at: http://www.nursingcenter.com/lnc/journalarticle?Article_ID=623774#sthash.ZdIGzJ2j.dpuf

Kerana 'Suka-Suka' Cincin Besi Tersekat Pada Kemaluan

 
 gambar: Harian Metro
 
KOTA BAHARU, 25 Ogos (Bernama) -- Gara-gara hanya 'suka' mencuba, derita yang dilalui.

Dalam melalui masa yang terluang, seorang lelaki dengan tidak semena-mena memasukkan cincin besi pada kemaluanya.

Malangnya, setelah telus, cincin itu tersekat di pangkal kemaluan.

Beliau panik dan cuba mengeluarkannya secara paksa bersendirian hingga kemaluannya membengkak.

Kejadian itu berlaku pada sekitar 5 petang Sabtu di Kampung Dewa Beta, di sini.

Setelah menderita dalam diam selama 11 jam, beliau akhirnya meminta bantuan bapanya untuk dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kira-kira pukul 3 pagi keesokan hari (Ahad).

Deritanya tidak berakhir di situ.

Doktor mengalami kesukaran mengeluarkan cincin berkenaan, kata Ketua Zon Kota Baharu Jabatan Bomba dan Penyelamat Jamil Abdullah yang tampil memberi bantuan.

Ketika ditemui Jamil berkata, "Doktor gagal berbuat apa-apa memandangkan alat sulitnya membengkak dan meminta bantuan kami (unit Emergency Medical Rescue Team EMRS)".

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.25 pagi dan seramai empat anggota dikerahkan ke HRPZ II.

"EMRS mengambil masa selama dua jam untuk memotong cincin terbabit menggunakan 'ring cutter'.

"Kerja-kerja menyelamat dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada alat sulit mangsa," katanya.

Jamil berkata sepanjang prosedur terbabit mangsa tidak sedarkan diri selepas diberi ubat bius.

Katanya, ini merupakan kes pertama seumpamanya dilaporkan di negeri ini.

-- BERNAMA

Sunday, 24 August 2014

Jururawat maut seminggu sebelum berkahwin


MUAR - Seorang jururawat yang bakal mendirikan rumahtangga pada 30 Ogos ini terbunuh apabila kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan di Pagoh hari ini.
 
Kemalangan itu berlaku ketika Amirah Abdul Rahim, 25, dalam perjalanan dari rumahnya di Rengit, Batu Pahat menuju ke tempat kerjanya di Klinik Kesihatan Bukit Gambir, Ledang, kira-kira 7 pagi.
 
Ketua Polis Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri.
 
Sementara itu bapa mangsa, Abdul Rahim Sobri, 48, berkata dia sedih dengan nasib yang menimpa anaknya yang meninggal dunia ketika majlis perkahwinannya bakal dilangsungkan hujung minggu depan. 

"Saya tahu (anak meninggal dunia) apabila tiba di lokasi kejadian melihat satu jasad terbujur kaku ditutup dengan kain," katanya.
 
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambi, Rengit petang ini.  - Bernama

Saturday, 23 August 2014

Putik kapas punca pekak 9 tahun


Miraculous cure

This 11-year-old boy 9 years old suffering from an incurable illness - he did not hear in one ear. And now after many years of suffering, he instantly cured! How?

Now Jerome Bartens - a happy child, and until recently, doctors shrugged and said that nothing could help, and his deafness in one ear and is incurable.

One young Americans are actively playing with friends, and suddenly flew out of his ear is such a little thing:



This is a break off the head a cotton bud!
 



PS: Well, who else believes in medicine abroad? ))
 

Terima lebih 1,500 kes sehari


KEADAAN di hadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur (HKL) agak tenang pada pagi itu. Cuma, kelihatan orang lalu-lalang dan kadangkala diselang seli dengan individu yang mahukan rawatan sama ada datang bertongkat atau disorong atas kerusi roda.

Tiba-tiba, suasana tenang itu dikejutkan dengan sebuah ambulans yang meluru ke pintu masuk jabatan tersebut. Lantas, seorang pesakit diturunkan menggunakan pengusung.

Pesakit itu kelihatan tidak sedar manakala mimik muka ahli keluarga terdekat menunjukkan kerisauan melampau selain menahan air mata daripada terus deras mengalir ke pipi.

Lelaki malang tersebut diperiksa tahap keseriusan yang dialami oleh kakitangan yang sudah siap sedia di situ. Sebaik keputusan dibuat, pesakit baharu itu lantas dibawa ke pintu masuk kod merah.

Sebanyak tiga kali deringan loceng dibunyikan menyebabkan petugas-petugas di zon tersebut terutama doktor bergegas ke zon kritikal tersebut yang menempatkan pesakit tadi.

Walaupun banyak kes kecemasan seperti kemalangan ngeri boleh menyebabkan orang awam panik, namun bagi Pembantu Perawatan Kesihatan, Muhammad Amin Zahari, 27, situasi seperti itu sudah menjadi kebiasaan yang perlu ditempuh setiap hari.

Bertugas sejak tiga tahun lalu, pengalaman yang dilaluinya bukan calang-calang. Bahkan, dia pernah melihat keadaan mangsa kemalangan sangat teruk sehingga otak terkeluar.

Biarpun tujuan asal bekerja di situ semata-mata mahu mendapatkan pekerjaan stabil dalam sektor kerajaan, Amin kini menggangap pekerjaannya lebih sebagai satu tanggungjawab.

Dibuka 24 jam sehari, jabatan tersebut menerima kes kecemasan dan trauma lebih 1,500 kes sehari dengan anggaran antara 13 hingga 20 kes yang melibatkan kes tikam, bunuh dan seumpamanya. Kes-kes sebegitu akan dirujuk terus ke wad resustasi.

DERINGAN loceng menandakan terdapat kes kecemasan baharu di wad merah kerap berbunyi.


Bertugas pada hari perayaan seperti Aidilfitri juga tiada masalah bagi Amin. Tambahan pula, kes-kes kecemasan diterima tanpa mengenal waktu.

“Kes-kes melibatkan kemalangan sangat kurang, mungkin jalan raya lenggang. Tetapi, banyak pula kes-kes pesakit yang mengalami serangan jantung, strok dan darah tinggi,” kata Amin yang sudah biasa dengan persekitaran hospital lantaran ibu bapanya pernah bekerja di Hospital Kajang, Selangor.
Barangkali ramai yang makan makanan yang memudaratkan kesihatan terutama individu yang memiliki sejarah penyakit kardiovaskular.

Perasaan gementar 

Seorang lagi petugas yang bertugas sebagai jururawat, Nor Syuhada Abu Bakar turut menunjukkan reaksi wajah yang tenang dan bersahaja tatkala ditanya mengenai perasaan berdepan situasi ngeri atau cemas.

Dia mengakui ketika mula-mula berdepan dengan situasi tersebut ada sedikit gementar tetapi selepas beberapa bulan bertugas, ia menjadi seperti rutin harian.

“Biasanya saya akan melakukan pemeriksaan tahap kesedaran dan tahap kritikal sesuatu kes sebelum pesakit ditempatkan mengikut zon yang sesuai,” jelas wanita berusia 26 tahun yang berasal dari Terengganu itu.

Menurut Pengarah Jabatan Kecemasan dan Trauma, Prof. Datuk Seri Dr. Abu Hassan Asaari Abdullah, 55, jabatan tersebut menggunakan sebuah sistem yang dipanggil Triage.

Sistem itu mula diperkenalkan pada tahun 1993 ketika Dr. Abu Hassan dilantik sebagai pengarah jabatan tersebut. Sistem tersebut diguna pakai di seluruh dunia dengan sedikit penyesuaian mengikut negara dan dalam masa sama menepati standard antarabangsa.

Di HKL, setiap pesakit yang dihantar ke jabatan kecemasan akan dikenal pasti sebelum ditempatkan ke zon merah, kuning atau hijau.

Zon merah adalah untuk kes-kes kritikal yang menyaksikan pesakit tidak boleh menunggu dan rawatan pantas diberikan. Kuning pula dikenali sebagai kawasan kes separa kritikal manakala pesakit yang boleh menunggu mengikut giliran ditempatkan di zon hijau.

Setiap unit katil penjagaan rapi di zon merah dilengkapi dengan sebuah kelengkapan yang menggunakan konsep ergonomik. Ia dicipta oleh Dr. Abu Hassan pada tahun 1995 yang membolehkan petugas perubatan berdiri pada satu tempat untuk mencapai semua peralatan perubatan.

Keadaan cuaca

Di zon kuning pula menempatkan pesakit-pesakit yang separa kritikal dan tidak boleh berjalan. Berdinding warna kuning, suasana di situ agak tenang dengan kekerapan pergerakan pesakit keluar masuk agak kerap.

Di zon hijau pula, keadaannya seperti sebuah kaunter klinik dengan pesakit menanti giliran untuk dirawat oleh doktor bertugas.
AMIN menganggap tugasnya di Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL lebih sebagai suatu tanggungjawab.


Bagaimanapun, untuk pesakit asma yang memerlukan bantuan pantas, sebuah wad dikenali Asthma Bay disediakan.

“Wad ini selalunya bergantung pada keadaan cuaca. Serangan penyakit asma boleh menyerang ketika waktu sejuk dan sebagainya,” kata pegawai perubatan siswazah HKL, Dr. Wan Nor Aida Wan Mohd. Shukor, 27.

Tambahnya, pesakit boleh terus mendapatkan rawatan tanpa perlu menunggu. Zon hijau juga memiliki Sistem Pengendalian Sakit iaitu membolehkan pesakit yang sedang menunggu mendapat rawatan serta-merta seperti mendapatkan ubat, membalut luka atau menggunakan kemudahan kerusi roda.

Selain datang terus ke pintu hadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL, orang awam boleh membuat panggilan ke talian 999 terlebih dahulu sama ada untuk mendapatkan perkhidmatan ambulans atau mendapatkan langkah-langkah kecemasan yang boleh dilakukan di rumah.

Di dalam bilik yang menempatkan enam buah kubikal telefonis, terdapat antara tiga hingga empat orang jururawat dalam satu-satu masa bersedia menjawab hampir 200 panggilan sehari.

Tiada panggilan palsu kerana semua panggilan yang diterima telah ditapis dan ditentukan kesahihan sebelum disambung ke unit panggilan cemas jabatan tersebut.

“Di sini, setiap waktu adalah sama. Tidak ada waktu tenang tanpa panggilan kecemasan. Masalah terlebih dahulu cuba diselesaikan melalui talian telefon.

“Jika tidak berjaya atau rawatan kecemasan diperlukan segera, ambulans akan dihantar,” kata penyelia pusat panggilan, Rozita Ajis, 42.

Secara purata, sebanyak 30 peratus panggilan adalah kes trauma seperti kemalangan manakala 70 peratus lagi untuk kes-kes kecemasan dan perubatan yang memerlukan rawatan pantas.

Ambulans akan dihantar ke lokasi panggilan yang dikesan menggunakan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dengan sasaran ambulans sampai ke lokasi dalam tempoh 15 minit.

“Tetapi, kelewatan ambulans tiba ke lokasi tetap berlaku. Kadangkala mencecah lebih setengah jam disebabkan kesesakan jalan raya,” sampuk Dr. Abu Hassan.

Tambah Pembantu Perawatan Kesakitan HKL, Tuan Mansor Tuan Hussian, pemandu ambulans selalunya berdepan masalah mencari lokasi terutama melibatkan kemalangan jalan raya.

Masalah terjadi apabila pemanggil yang menyaksikan kemalangan telah beredar sebelum ambulans sempat sampai ke lokasi kejadian. Sukar untuk membuat panggilan susulan untuk bertanya tempat yang tepat.
Selain itu, pemanggil warga asing yang tidak fasih berbahasa Melayu mahupun Inggeris sering menyumbang kesulitan kepada mereka. Lazimnya, pemandu ambulans menerima fakta atau maklumat yang bercanggah.

Ketika mula-mula Dr. Abu Hassan menerajui jabatan tersebut, ia hanya sebuah unit dalam organisasi dengan keluasan ruang sebesar 4.6 meter persegi. Kini, keluasannya membesar hampir 10 kali ganda.
Selain itu, jabatan tersebut turut menangani pesakit yang mempunyai penyakit mental. Terdapat sebuah bilik khas disediakan untuk mereka menunggu.
PUSAT panggilan 999 di Jabatan Kecemasan dan Trauma menerima hampir 200 panggilan kecemasan dalam sehari.


Kes rujukan 

“Pernah berlaku sebelum ini, seorang pesakit mental telah membakar bilik ini. Sehubungan itu, ia kini dipasang bahan yang lebih selamat,” ujar Dr. Abu Hassan sambil menunjukkan ke arah dinding yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan kukuh.

Ruang itu turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup, tingkap bercermin manakala pintu dilengkapi dengan kunci yang menggunakan sistem kata kunci.

Banyak juga kes-kes di hospital-hospital swasta dan kerajaan lain dirujuk terus ke jabatan tersebut disebabkan kepakaran para doktor yang terdapat di situ.

Bagaimanapun, menurut Dr. Abu Hassan, panggilan telefon untuk memberitahu pemindahan pesakit perlu dibuat terlebih dahulu.

“Sesiapa sahaja boleh datang ke jabatan kecemasan. Kami tidak pernah menolak pesakit,” kata Dr. Abu Hassan tatkala ditanya mengenai kriteria pesakit yang layak ke jabatan itu.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

Cukur Jambul Antara Adat Dan Sunnah Rasulullah

Oleh Fadzli Ramli

MELAKA (Bernama) -- Cukur jambul adalah adat unik masyarakat Melayu bagi menyambut kehadiran cahaya mata baru dalam keluarga.

Sambil para hadirin berselawat dan berzanji, bayi didukung oleh bapa atau datuknya kemudian hadirin bergilir-gilir menggunting sedikit rambut bayi.

Bagaimanapun satu persoalan timbul; sejauh manakah adat yang diwarisi sejak turun temurun oleh masyarakat Melayu di negara ini selari dengan syariat Islam?

Penulis yang menganjurkan majlis adat itu apabila menerima kehadiran anak ketiga dan anak saudara baru-baru ini mengambil peluang untuk mengkaji dan mendalami adat cukur jambul.

Berdasarkan pemerhatian penulis, adat itu pada asasnya tidak bertentangan dengan syariat Islam, namun tindakan masyarakat yang menokok tambah perkara lain serta tidak melakukan amalan itu berdasarkan syariat Islam sebenarnya membuatkan hukum majlis cukur jambul ada yang menyalahi ajaran Islam.

Dalam Islam, mencukur rambut bayi yang baru lahir disebut oleh Rasulullah S.A.W melalui sabdanya : "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama".

MENCUKUR RAMBUT

Menjelas perkara ini penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus berkata bagi memastikan majlis itu menepati sunnah Rasullulah, rambut bayi yang baru lahir itu perlu dicukur semua.

"Memang tidak cukur masa majlis itu, kalau cukur masa itu berdarah kepala budak, guntinglah sedikit-sedikit... lepas orang balik cukur semua rambut jadilah ia sunnah", katanya.

Namun apa yang menjadikan amalan itu bukan sunnah apabila rambut bayi itu tidak dicukur sepenuhnya selepas majlis itu dan tiada pahala diperoleh daripada hanya mengunting sedikit rambut bayi yang baru lahir itu.

Menurut Ustaz Azhar Idrus lagi, sebaiknya rambut bayi yang dicukur itu ditimbang dan jumlah berat timbangan itu disamakan dengan harga emas atau perak.

"Jumlah berat rambut itu sekian sekian gram kemudian kita tengok emas atau perak berapa harganya ikut gram rambut itu, jumlahnya itu kita sedekah kepada yang memerlukan", katanya.

Beliau berkata mencukur rambut bayi yang baru lahir adalah amalan yang baik bagi membolehkan rambut bayi yang lebih sihat dan lebat tumbuh.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar dari rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

AMALAN BIDAAH

Bagi Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, yang juga bekas Pegawai Agama Istana Negara, terdapat banyak perkara yang membuatkan adat cukur jambul dilakukan masyarakat Melayu bertentangan dengan sunnah mencukur rambut yang dituntut Rasulullah S.A.W. antaranya penggunaan buah kelapa.

"Mengikut sesetengah pendapat amalan cukur jambul seperti menggunakan buah kelapa adalah tradisi dan kepercayaan masyarakat India. Soalnya, kenapa guna buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?", tanya beliau.

Beliau berkata majlis cukur rambut tidak wajib disertakan dengan marhaban atau berzanji memadai dengan bersyukur sahaja melainkan jika diadakan akikah bolehlah diadakan jamuan.

Namun disebabkan rasa gembira menerima cahaya mata baru, masyarakat mengadakan majlis itu secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan.

"Perbuatan ini (mengadakan majlis) tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak maka ia menjadi satu kesalahan", katanya.

Beliau menegaskan bayi yang baru dilahirkan seharusnya tidak didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil supaya mampu membesar menjadi orang yang berguna kelak.

ADAT SELARI SYARIAT ISLAM

Datuk kepada penulis, Mohtar Haron, 79, yang menguruskan majlis cukur jambul anak ketiga dan anak saudara penulis baru-baru ini menjelaskan bahawa perkembangan minda masyarakat kini didapati semakin menghapuskan amalan bidaah dalam adat cukur jambul.

"Masyarakat kita sekarang semakin bijak kerana tahap pendidikan yang lebih baik berbanding dahulu membolehkan kita memikirkan apa yang baik dan apa yang buruk... ditambah dengan kemudahan internet dan maklumat di hujung jari kita boleh tahu sendiri apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan", katanya.

Mengambil contoh penggunaan buah kelapa dalam adat itu, sekitar tahun 70-an dahulu buah kelapa yang ditebuk dan diukir perlu ada dalam adat itu, malah rambut bayi yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa dan kemudian ditanam.

Begitu juga dengan pulut kuning atau nasi kunyit yang dahulunya sesuatu yang wajib untuk majlis cukur jambul atas pelbagai kepercayaan, tetapi kini hanya dihidangkan sebagai satu daripada sajian biasa tanpa apa-apa kepercayaan untuk para hadirin pada majlis itu.

Sekarang amalan bidaan dalam majlis cukur jambul semakin berkurangan kerana masyarakat semakin mengetahui apa yang perlu, tidak perlu dan salah dilakukan berdasarkan syariat Islam.

"Tetapi air kelapa dan minyak kelapa itu ada digunakan lagi bila hendak menggunting dan mencukur rambut bayi itu, bukan kerana kepercayaan apa-apa tetapi khasiat bahan itu kurangkan gatal atau pedih selepas rambut dicukur dan membantu percepatkan pertumbuhan rambut baru", katanya.

Mengenai keperluan menganjurkan majlis cukur jambul, Mohtar berkata penganjuran majlis itu tidak wajib, cukuplah dengan mencukur rambut bayi itu mengikut sunnah Rasulullah dan penganjuran majlis itu bergantung kepada kemampuan keluarga itu sendiri.

Beliau turut melihat adat mencukur jambul itu sebagai satu cara yang amat baik memperkenalkan cahaya mata baru kepada seluruh anggota keluarga terutama yang tinggal jauh di perantauan.

"Cara ini dapat meningkatkan kemesraan antara keluarga di samping mendekatkan hubungan antara anggota keluarga daripada usia muda mereka, selain itu ia boleh mengeratkan lagi hubungan keluarga kita dengan masyarakat setempat", katanya.

-- BERNAMA

Thursday, 21 August 2014

Kerjaya jururawat penuh onak dan duri

 
Perbincangan tentang keadaan pesakit sering dilakukan oleh Noorjan bersama doktor (dua, kanan) dan jururawat lain.
 
KETIKA usianya 12 tahun, Noorjan M.K.M Hameed sering kali berulang alik ke hospital yang berhampiran dengan rumahnya. Ulang alik tersebut bukanlah disebabkan dia sakit sebaliknya perlu menjaga anak saudara kakaknya yang telah dimasukkan ke unit ICU.

Dek sering menjaga pesakit, Noorjan mula berasa seronok dengan apa yang dilakukan itu. Kadang-kadang terlintas di fikiran untuk menjadi jururawat, namun dipendamkan dulu hasrat tersebut kerana usia masih lagi muda.
"Kerjaya sebagai jururawat membolehkan kita berbakti dan membantu orang ramai. Sebab itu, saya minat dengan bidang ini dan nekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi jururawat bila dewasa nanti," imbau Noorjan ketika ditemui Citra di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.
Ceritanya lagi, sewaktu tamat belajar tingkatan lima dahulu, beliau telah memohon banyak pekerjaan.

"Ayah mahu salah seorang anaknya bekerja sebagai jururawat. Beliau telah minta saya pohon kerja tersebut. Kebetulan saya memang meminati kerjaya ini dan memohon serta terus lulus ujian.

"Kemudiannya saya dipanggil untuk mendaftarkan diri di Hospital Universiti Malaya, Kuala Lumpur dari tahun 1973 hinggalah 1976,” kata Noorjan kemudian bertugas sebagai jururawat terlatih di wad Perawatan Surgeri dan Perawatan Perubatan di hospital yang sama.

Ketika bertugas di sini, wanita gigih ini kemudiannya ditawarkan melanjutkan pelajaran di Scotland dalam kursus kebidanan.

"Dek alasan-alasan tertentu, saya terpaksa lepaskan peluang sambung belajar di Scotland. Sedih memang sedih, namun saya anggapnya bukan rezeki. Mungkin berkat kesabaran, saya akhirnya mendapat peluang mengikuti kursus kebidanan di HKL dan Kursus Perawatan Rapi pada 1993. Hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Syukur pada ALLAH," katanya.

Tamat kursus, Noorjan ditawarkan pangkat sebagai Penyelia Jururawat pada 2008 dan akhirnya menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Penyelia Jururawat (Matron) HKL 2011. Beliau ditempatkan untuk menyelia Kawasan Perawatan Khas iaitu unit-unit seperti general ICU, Coronary Care Unit (CCU) Unit Kecemasan dan Traumatologi dan lain-lain lagi.
Di bawah seliaannya terdapat 400 jururawat dan 33 matron. Setiap pagi beliau bertanggungjawab memantau tugas jururawat dan ketua jururawat di wad. Beliau juga harus menyediakan jadual kerja kepada ketua jururawat dan melihat sama ada jururawat yang bertugas cukup atau tidak. Peranan penting lain juga, Noorjan harus mengurus masalah dalaman jururawat, pesakit yang timbul.

Aspek kebersihan

Noorjan yang merupakan bekas timbalan Ketua Penyelia Jururawat atau Matron selama enam tahun di HKL dan sekarang ini baru dipertangungjawab sebagai Pengauditan Casemeix HKL secara kontrak berkongsi cerita lagi dengan Citra.

"Jururawat ini banyak tugasnya. Bukan setakat memantau keadaan pesakit sahaja sebaliknya perlu memastikan pesakit sentiasa dalam keadaan bersih.

"Saya masih ingat, ketika dipertanggungjawab menjaga pesakit yang ditempatkan di wad rawatan rapi dan kebanyakan daripada mereka dalam keadaan koma, kami sebagai jururawat perlu memastikan pesakit sentiasa bersih sepanjang masa.

"Sama ada pesakit ada darah, nanah, najis, muntah dan apa sahaja yang kelihatan kotor, kami perlu membersihkannya dan harus membuang segala perasaan jijik tersebut. Kami bagaikan bertanding dalam memastikan pesakit dalam keadaan bersih.

"Namun jika masih ada jururawat seakan-akan enggan melakukan tugas sebegini, nasihat saya fikirlah masak-masak kerjaya jururawat ini kerana mana mungkin seorang jururawat mengelak untuk tidak melakukan perkara-perkara sedemikian," ujarnya yang telah menerima Anugerah Tokoh Jururawat dari Ketua Jabatan Neurosurger pada 2009.

Coretan manis

Ibu kepada tiga anak yang fasih bertutur dalam lima bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil, Kantonis dan Arab itu ingin berkongsi pengalaman manisnya sepanjang menjadi jururawat.

"Kisah ini berlaku ketika saya bertugas di unit neuro ICU. Seorang pesakit dari Jepun tenat dan perlu dihantar pulang. Pihak hospital ketika itu perlukan seorang jururawat dan doktor bagi memantau keadaan pesakit di dalam kapal terbang. Kebetulan saya teringin untuk bertugas di atas kapal, dan peluang yang diberikan memang tidak disia-siakan," katanya.
Setiba Noorjan di Jepun, pihak syarikat menghargai jasa yang diberikan oleh krew perubatan dan mereka menawarkan apa sahaja kehendak krew untuk dipenuhi.
"Saya memasang angan-angan untuk ke Disneyland. Tak sangka pihak syarikat pesakit itu penuhi angan-angan saya. Memang gembira tak terkata," katanya.

Ketika disoal perasaannya meninggalkan jawatan yang dipegangnya selama ini, Noorjan berkata, perasaan sedih sudah tentu masih bersarang dalam dirinya.

"Kerjaya ini sudah sebati. Layanan daripada kakitangan di HKL kepada saya juga sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Namun tawaran sebagai Pengauditan Casemeix HKL sedikit sebanyak tidak membuat diri terasa kehilangan," akhirinya.

SUMBER: SINAR HARIAN

Tuesday, 19 August 2014

Dulu Jururawat, Sekarang Bergelar Usahawan

Halipa luas empayar Planet Big Business
 
JIKA dahulu dia hanya seorang jururawat yang bersengkang mata di wad bersalin; bekerja makan gaji dan mudah menangis bila dalam kesusahan, kini  hatinya lebih kental berdepan ujian. Dunia perniagaan sesungguhnya mengajar Datin Halipa Suhaimah Abidin erti kecekalan dan kesungguhan.

Hatinya tidak lagi mudah dibolak-balikkan dengan permainan dan percaturan orang lain, sebaliknya tetap dengan matlamat sendiri sehingga beroleh kejayaan yang dia inginkan. Wanita berusia 33 tahun ini sudah mampu tersenyum gembira dengan kejayaan demi kejayaan yang beliau raih dalam dunia perniagaan.

Mengenali Datin Halipa dengan lebih dekat, menyemai suatu perasaan senang penulis atas sikap ramah dan rendah diri yang beliau ada. Datin Halipa lebih selesa membiasakan diri sebagai kakak, begitu juga suaminya, Datuk Zahiruddin Zainal Abidin yang hanya mahu dipanggil abang.

Kemesraan Datin melayan saya dan jurufoto Rosli Talib tidak menimbulkan jurang antara kami malah wawancara dan sesi fotografi berjalan santai seakan berada di rumah sendiri.

Simpati pada haiwan

Bermula sebagai peniaga pokok bunga dengan memiliki pusat semaian sendiri di rumah, Datin Halipa kemudiannya meluaskan perniagaan menjual arnab secara kecil-kecilan kerana suaminya memelihara haiwan tersebut.

Dek kekangan waktu kerana Datin Halipa masih bekerja sebagai jururawat, didesak dengan permintaan arnab yang semakin tinggi di pasaran, beliau terpaksa menutup pusat semaian dan jualan pokok bunga untuk memberikan fokus penuh kepada jualan dan penternakan arnab.

“Saya mudah simpati dengan haiwan. Masa tu dilema juga nak teruskan perniagaan yang mana. Sebab kedua-duanya saya suka. Nak cari pekerja pun susah jadi mahu tidak mahu, terpaksa tutup salah satu bisnes. Saya kekal jual arnab dan dari situ saya dan suami kembangkan perniagaan kepada penjualan haiwan lain pula.

“Daripada pelbagai jenis kucing, ikan, sugar glider, ular, tupai tanah, dan pelbagai spesis eksotik lain sehinggalah kepada jenis kala jegking turut dijual di kedai Planet Aqua & Pets.

Kami juga ada jual harimau atau nama saintifiknya serval cat. Haiwan itu ditempatkan di sebuah ladang di Gurun Kedah dengan penjagaan rapi beberapa pekerja di sana. Setiap bulan saya dan suami akan ke sana untuk melawat mereka yang sudah setahun dalam jagaan kami,” katanya yang membuka perniagaan menjual haiwan peliharaan di Uptown Shah Alam Seksyen 24.

Menurut Halipa, ada juga antara harimau tersebut dibeli oleh VVIP dan masih ditempatkan dalam penjagaan Planet Aqua & Pets kerana mereka masih dalam proses membiasakan diri untuk memelihara haiwan tersebut. Pembeli yang ingin memilikinya perlu memiliki lesen sah.

Sambutan memberangsangkan

Tiga tahun memulakan perniagaan tersebut, sambutan diterima begitu memberangsangkan. Ternyata percaturannya membuka kedai haiwan peliharaan membuahkan pulangan lumayan sehingga keputusan menutup perniagaan menjual pokok bunga dan tapak semaian tidak lagi menjadi kesedihan.

Terus terang katanya, sebelum ini, dilema memilih kedua-dua perniagaan amat dirasai dan pertimbangan wajar dari segenap sisi terpaksa dibuat maka akhirnya perniagan haiwan peliharaan menjadi pilihan.

“Permintaan haiwan peliharaan dan kelengkapannya lebih tinggi ketika itu dan hasilnya amat menguntungkan.  Saya juga terpaksa berhenti jadi jururawat, satu kerjaya yang amat saya sayang setelah sekian lama menceburinya,” cerita Halipa yang pernah berkhidmat di Pusat Bersalin Indra Klang selama lima tahun.

Selain haiwan peliharaan, Planet Aqua & Pets turut menjual keperluan lengkap seperti sangkar, makanan, sabun, syampu mandi haiwan, aksesori dan vitamin.  Kebanyakan haiwan diimport dari Australia dan Indonesia dan ada juga orang persendirian yang datang menjual haiwan di kedainya.

Uji kesungguhan suami

Mengenali suami dalam satu tragedi tidak terduga akhirnya membuka hati  Halipa untuk menyintai  lelaki bergelar Datuk Zahiruddin Zainal Abidin itu.

“Waktu itu saya nak ke rumah kakak di Kedah. Kebetulan saya sedang bercuti menunggu keputusan SPM. Di jeti ketika itu, saya minta tukar duit kecil dengan datuk tapi dia tak ada duit kecil. Akhirnya dia bagi saya duit dia tapi atas alasan untuk pulangkan balik duit itu kami bertukar-tukar nombor telefon.

“Dari situlah Datuk ajak jumpa dan berkenalan. Kami berhubung menerusi telefon. Saya pada mulanya tak berapa nak layan sebab saya dah ada teman lelaki.

Tapi entah macam mana saya teringin nak buat temu janji dengan dia. Saya ajak jumpa di satu kompleks beli-belah. Saya sebenarnya lewat sejam tapi bila sampai saya tunggu dan menyorok di tingkat atas kompleks sambil perhatikan dia.

Hampir sejam saya tengok Datuk berdiri di tempat sama tanpa berganjak walaupun saya lambat. Sejak itu, saya terpikat untuk menyayangi dia,” ujarnya diiringi ketawa.

Pasangan ini akhirnya sepakat memilih tarikh 5 April 1998 untuk mengakhiri zaman bujang masing-masing. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata; Muhammad Zulkarnai, 14 dan Dhia Nur Aisy, 8.

Rumah tangga Halipa diserikan lagi dengan kehadiran para pekerja Planet Aqua & Pets di mana sebahagian banglo pasangan itu dibuatkan bilik untuk para pekerjanya.

Lancar Shape Up

Baru-baru ini, Halipa melancarkan produk pelangsingan terbaharu jenama Shape Up dengan melantik pelakon terkenal Fizz Fairuz sebagai duta produk. Produk ini merupakan rumusan kesihatan yang membantu Halipa menguruskan badan dalam masa sebulan tanpa perlu berdiet.

“Saya tertarik dengan produk ini kerana saya sudah mencubanya. Dalam tempoh sebulan saya berjaya turunkan berat badan lebih 10 kilogram. Selama ini saya memang mencari-cari produk terbaik untuk dipasarkan dan kerana ia memberikan kepuasan, saya ambil keputusan untuk mempaternkannya atas jenama saya sendiri.

“Dari situlah saya menubuhkan Planet Big Business Sdn Bhd di mana saya bertindak sebagai Pengarah Urusan. Pemilihan Fizz Fairuz sebagai duta produk adalah kerana sifat humornya dan dia sendiri telah pun mencuba dan mendapat hasil yang baik untuk berat badannya,” kata Halipa.

Jika sebelum ini sebut sahaja mengenai produk menguruskan badan, ia sinonim disabitkan dengan wanita. Hakikatnya kata Halipa, lelaki juga memiliki masalah sama dan sering tercari-cari produk apa yang sesuai dengan mereka.

Oleh sebab itu, Fizz Fairuz dipilih sebagai duta, Ini demi memberikan gambaran jelas kepada pengguna bahawa Shape Up sesuai untuk lelaki dan perempuan. Produk Shape Up telah mula dipasarkan ke Brunei sejak sebulan lalu.

Aidilfitri dengan pekerja

Ditanya mengenai rahsia kejayaan dan faktor yang sentiasa merapatkan hubungan Halipa dengan para pekerjanya, beliau berkata, kasih sayang dan ukhuwah.

“Saya melayan pekerja macam adik-beradik sendiri. Kami ibarat satu keluarga besar. Rumah saya, ada disediakan bilik pekerja. Mereka dekat dengan saya. Di pejabat dan kedai, mereka adalah pekerja saya. Tapi di rumah mereka ibarat adik-beradik saya.

“Ada masa mereka berkongsi masalah. Malah, Datuk sendiri akan hantar pekerja ke lapangan terbang kalau dia ada kelapangan,” kongsi Halipa.

Ibu dua anak ini turut berkongsi kebiasaan yang mereka lakukan pada setiap hari raya Aidilfitri mahupun Aidiladha.

“Pekerja saya ada yang bukan warga negara Malaysia. Ada juga yang berasal dari Sabah. Ada masa mereka tidak pulang bercuti ke kampung halaman mereka.

Justeru, pada setiap tahun perayaan saya akan bawa dan belanja semua pekerja menginap di mana-mana hotel dalam negara. Raya pertama kami di rumah sahaja melayan tetamu, raya kedua dan seterusnya kami bercuti.

“Pekerja yang mencatat jualan tertinggi pula akan diberikan hadiah dan dibawa ke luar negara. Itu janji saya dan datuk. Biasanya kami bercuti selama tiga atau empat hari.

Lokasi pilihan sama ada resort atau hotel yang memberikan keselesaan kepada pekerja. Selepas itu baharulah saya dan datuk akan penuhi jadual beraya kami sekeluarga, iaitu mengunjungi keluarga dan rakan-rakan,” katanya yang turut mengadakan rumah terbuka pada raya ke sepuluh atau seterusnya.

Planet ke Planet

Dari Planet Aqua & Pets (kedai haiwan peliharaan), Halipa membuka Planet Gadjet (kedai aksesori telefon bimbit), kemudian beliau membuka pula Planet Locost yang menyediakan khidmat percetakan baju, sama ada untuk syarikat korporat mahupun individu dan terkini, beliau meluaskan empayar perniagaannya bersama Planet Big Business.

Paling menggembirakannya adalah apabila Planet Locost diberikan kepercayaan oleh akhbar Sinar Harian untuk mencetak baju bagi program Singgah Mesra yang diadakan dua bulan lalu.

Harapan besar dari hati kecil wanita ini mahu terus maju di dunia perniagaan, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dan membantu mereka yang memerlukan.

SUMBER: SINAR HARIAN

Cuepacs Harap Penambahbaikan 171 Skim Perkhidmatan Awam Diumum Dalam Bajet 2015


IPOH, 18 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap penambahbaikan 171 skim perkhidmatan awam yang sedang disemak kerajaan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2015.

Presidennya Azih Muda berkata Cuepacs kini dalam rundingan akhir dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung penambahbaikan skim perkhidmatan awam dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ijazah.

"Cuepacs berharap kerajaan dapat memberi penjelasan segera mengenai penambahbaikan skim itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat isu-isu semasa bersama Pembantu Tadbir di Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Beliau turut meminta kerajaan menyemak gaji minimum kakitangan awam RM800 supaya dinaikkan 30 peratus kerana kos sara hidup yang kini kian meningkat.

"Penjawat awam masih lagi ada yang gaji bawah RM800, mereka ini dikira golongan di bawah garis kemiskinan. Kita minta kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam minimum RM1,200 kerana generasi muda perlukan rumah untuk didiami, membesarkan anak-anak mereka dalam keadaan yang lebih kondusif," katanya.

Dalam Bajet 2015, Azih berkata Cuepacs juga berharap kerajaan memberi lebih peruntukan terhadap aspek kesihatan termasuk menambah mesin hemodialisis.

-- BERNAMA

Wednesday, 13 August 2014

Cuepacs Minta Kerajaan Beri Dua Bulan Bonus Dalam Bajet 2015


KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Cuepacs hari ini meminta kerajaan mempertimbang pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2015.

Presidennya Azih Muda berkata ia selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara yang dilihat semakin memberangsangkan selain bertujuan menghargai jasa penjawat awam dalam memacu perkembangan itu.

"Ekonomi negara pada masa ini menunjukkan perkembangan yang positif dengan pertubuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara meningkat lebih lima peratus.

"Sekiranya ekonomi negara tidak menyusut dalam tempoh enam bulan, kita rasa momentumnya akan terus meningkat dan sudah tentu pemacu kepada keberkesanan ekonomi ini dimulai dengan penjawat awam", katanya pada majlis penyerahan sumbangan di Wisma Cuepacs di sini.

Pada majlis itu, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) menerima sumbangan sebanyak RM20,000 daripada Cuepacs untuk disalurkan kepada rakyat Palestin di Gaza, selain RM5,000 masing-masing diberikan kepada Ma'ahad Tahfiz Akademi Iqro Alquran dan Pusat Jagaan Darul Atiq.


Azih berkata Cuepacs akan membuat permohonan rasmi dengan menghantar surat pertimbangan kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengenai pemberian bonus itu.

Sementara itu, beliau turut menggesa kerajaan supaya terlibat secara langsung dalam pembinaan rumah mampu milik supaya harga rumah tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

Kerajaan juga katanya, perlu menambah unit kediaman selaras dengan permintaan masa kini selain mengekalkan instrumen subsidi termasuk untuk tapak rumah.

"Pada masa sama Cuepacs berpendapat kerajaan perlu mengkaji semula tempoh bayaran balik pinjaman kerana kalau dipanjangkan, maka jumlah potongan menjadi kecil dan lebihan daripada itu boleh dibelanja untuk keperluan lain", katanya.

Menyentuh kesediaan kerajaan untuk mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook, Azih berkata penyekatan sebegini kurang efektif sebaliknya pendidikan di peringkat awal dapat membanteras penyalahgunaannya.

"Apa yang kita harapkan ialah kerajaan perlu menerapkan integriti kepada rakyat negara kita supaya lebih profesional dan memahami apa yang akan berlaku sekiranya maklumat-maklumat yang disalurkan berunsur fitnah atau perkara yang memudaratkan," katanya.

-- BERNAMA

Cuepacs Mahu Kerajaan Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik




KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Cuepacs meminta kerajaan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk penjawat awam serta golongan berpendapatan sederhana bagi tempoh lima tahun akan datang.

Presidennya, Azih Muda berkata permintaan itu dikemukakan untuk pertimbangan kerajaan dalam penyediaan Belanjawan 2015 yang dijangka dibentang di Parlimen beberapa bulan lagi.

Azih berkata ia merupakan antara perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan singkat beliau dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengunjungi majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Cuepacs di sini Khamis.

Katanya, Cuepacs juga berharap kerajaan mengadakan lebih banyak sesi penerangan dan penjelasan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di peringkat akar umbi kerana ramai yang masih tidak jelas mengenainya.

"Umum bimbang kenaikan kos akan berlaku dengan pelaksanaan GST ini, jadi kerajaan perlu bagi jaminan bahawa barangan asas tidak naik harga kerana diberi pengecualian cukai," kata Azih kepada pemberita selepas majlis itu.

GST pada kadar enam peratus akan dilaksanakan mulai April 2015 bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak 16 peratus.

Mengulas lanjut, Azih berkata Cuepacs turut meminta kerajaan mempertingkat kadar penembusan jalur lebar terutama di kawasan luar bandar yang kini menurutnya hanya pada kadar 60 peratus.

"Kita bimbang (jika masalah ini tidak ditangani) generasi muda di luar bandar susah nak dapat pekerjaan kerana banyak iklan jawatan kerja kini perlu diisi secara dalam talian," jelasnya.

Menurutnya, Cuepacs juga meminta kerajaan memberi perhatian kepada keperluan golongan pensyarah yang disifatkan sebagai bakat penting buat negara.

Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 45 minit di majlis Hari Raya itu yang turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.



-- BERNAMA

Tuesday, 12 August 2014

HRPZII Adakan Kerjasama Dengan HUSM Untuk Tempatkan Pesakit Demam Denggi



KOTA BAHARU, 4 Ogos (Bernama) -- Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) akan mewujudkan kerjasama dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini bagi mengatasi masalah kekurangan tempat untuk pesakit demam denggi.



Pengarahnya, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata mesyuarat kerjasama dengan HUSM itu akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan mengenai penempatan pesakit dan menambah bilangan katil berikutan jumlah pesakit demam denggi yang semakin meningkat di negeri ini.

"Kita telah dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri untuk HRPZII dan HUSM mengadakan perbincangan memandangkan kita sekarang ini boleh dikatakan sudah sampai tahap merawat iaitu seramai 180 pesakit demam denggi dalam masa sehari," katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit demam denggi di HRPZII di sini, Isnin.

Katanya sehingga hari ini seramai 174 pesakit ditempatkan di hospital berkenaan dan daripada jumlah tersebut seramai 22 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau berkata bilangan kes di hospital daerah turut meningkat tetapi ditahap yang terkawal.

"Hospital daerah Tumpat merupakan bilangan kes yang kedua tertinggi selepas Kota Baharu iaitu seramai 12 pesakit," katanya.



Dr Ghazali Hasni berkata pihaknya turut mendapatkan kakitangan termasuk doktor dan jururawat di jabatan lain hospital itu untuk bertugas di jabatan perubatan bagi membantu merawat pesakit demam denggi.

"Lebih kurang empat atau lima orang daripada satu jabatan akan bertugas secara berkala dan ditukarkan setiap dua minggu," katanya.

Sabtu lalu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir dilaporkan berkata kes wabak denggi di Kelantan terus meningkat apabila tujuh kematian dicatatkan dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini berbanding tiada kes kematian pada 2013.

Katanya dalam tempoh tujuh bulan itu sebanyak 5,367 kes dicatatkan berbanding 756 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

-- BERNAMA

Monday, 11 August 2014

Tiga beradik jadi jururawat

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@mediaprima.com.my

Siapa sangka, dengan hanya sekali permohonan hasil ‘tangan sakti’ ayahnya, Aziah diterima masuk ke Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan bersama adik kembarnya, Nor Afizah Othman.
Sebelum itu kakaknya, Surianizawati sudah menjadi jururawat. Meskipun hampir putus asa kerana pernah gagal sewaktu peperiksaan semester pertama, Nor Aziah tetap meneruskan pengajiannya selepas mendapat sokongan moral keluarganya.
Nor Aziah bersama rakan setugas.

“Awalnya, saya hampir mahu tukar bidang kerana tidak mampu meneruskan pengajian yang dirasakan sangat susah, apatah lagi ketika sekolah menengah saya tidak mengambil aliran sains tulen.

“Jika tiada sokongan keluarga dan adik kembar, mungkin saya tidak mahu meneruskan lagi pengajian. Saya tidak biasa dengan subjek fizik, kimia dan biologi. Namun bernasib baik apabila Afizah sudi mengajar tanpa jemu,” katanya.

Tiga tahun mengharungi pelbagai cabaran getir, akhirnya Aziah berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang. Meskipun jururawat bukan pilihan utama, lama kelamaan dia ‘jatuh cinta’ terhadap kerjayanya.

“Selepas tamat belajar, saya memohon menjalani latihan amali di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu, seterusnya diterima bekerja di Hospital Banting, Selangor. Di sana, saya berdepan ‘dilema’ apabila jururawat perubatan tiada kekosongan.

“Hanya jururawat di wad kecemasan (ICU) yang memerlukan orang. Mulanya saya tidak mahu ditempatkan di bahagian kecemasan kerana suasana terlalu sibuk dan selalu penuh dengan pesakit. Namun, selepas beberapa bulan saya rasa seronok pula,” katanya.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, walaupun bidang jururawat bukan pilihan utamanya, kini dia berasa serasi serta seronok bekerja di bilik kecemasan, apatah lagi memberi bantuan kepada pesakit.

“Selain saya dan adik kembar, kakak berkhidmat sebagai jururawat di hospital awam. Walaupun berlainan hospital, kami menghabiskan masa dan bercerita mengenai pengalaman pesakit dan pengalaman ketika dalam wad kecemasan.

“Pelbagai cerita yang kami kongsi, antaranya kerenah pesakit, tidak kurang juga yang kehilangan ahli keluarga. Dalam situasi ini pada mulanya susah dan janggal, namun sekarang saya sudah biasa,” katanya yang tiga tahun berkhidmat di hospital berkenaan.

Meskipun waktu kerjanya sibuk dan ada kala perlu meninggalkan keluarga jika ada kecemasan, ia tidak pernah melunturkan minat terhadap bidang kejururawatan yang sebati dalam dirinya.

“Saya berterima kasih kepada ayah yang menemukan saya dengan bidang ini. Mungkin jika ayah tidak mengisi borang permohonan itu, saya tiada di sini seperti sekarang,” katanya.

SUMBER: HARIAN METRO

Usah prejudis dengan pesakit

Oleh Nor Faizah Mohamed
faizah@hmetro.com.my

SATU demi satu bilik wad di Hospital Rawatan Lanjutan Columbia Asia kami lawati dan setiap kali itulah jelas terpancar wajah gembira pesakit serta ahli keluarga mereka yang ceria menerima kunjungan kami.
Ditambah dengan adanya Liyan Abdullah dalam kumpulan kami, sesi lawatan wad ke wad di hospital itu makin rancak apabila pesakit dan ahli keluarga mereka saling galak bertanya khabar serta bertukar cerita.

Nyata, wanita berasal dari Pulau Pinang itu bukan sekadar jururawat yang bertugas di hospital terbabit tetapi dianggap seperti salah seorang ahli keluarga sendiri yang saban hari hadir menghulurkan bantuan fizikal dan mental bagi mengurangkan bebanan mereka.

“Karier sebagai jururawat ini bukanlah semata-mata membantu doktor atau merawat pesakit dengan menyediakan ubat-ubatan kerana kami turut bertindak sebagai kaunselor serta penenang apabila pesakit mula rasa gelisah dan tidak selesa.

“Seiring dengan masa, tugas jururawat hari ini amat mencabar kerana kami bukan hanya memberi tumpuan dalam merawat pesakit tetapi pada masa sama perlu memberi kepuasan serta perkhidmatan berkualiti,” ujarnya.

Pengalamannya lebih 35 tahun dalam bidang itu juga banyak mencoretkan memori pahit manis dalam hidupnya dan walaupun kini bergelar Pengurus Perkhidmatan Jururawat di hospital itu, Liyan tidak betah duduk di pejabat dengan melakukan tugasan pentadbiran sepanjang hari.

“Secara asasnya, saya masih seorang jururawat dan sukar untuk saya duduk diam di pejabat tanpa meronda melihat pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital ini.

“Setiap pagi, saya pasti akan meronda dan melihat perkembangan pesakit. Dengan cara ini, saya dapat berbual serta mengenal pasti apa yang mereka perlukan, sekali gus membantu meningkatkan motivasi mereka.

“Memandangkan hospital ini lebih terarah kepada rawatan lanjutan dan susulan, di mana pesakit akan tinggal lebih lama bagi mendapatkan rawatan, cara, teknik dan pendekatan kami amat berbeza daripada pusat perubatan biasa.

“Di sini saya lihat pentingnya untuk saya dekatkan diri dengan pesakit kerana saya sentiasa menganggap mereka sebahagian daripada ahli keluarga yang memerlukan bantuan serta sokongan untuk kembali pulih dan cergas.

“Pada masa sama, dapat juga memantau aktiviti serta tugasan jururawat di bawah kendalian saya supaya kami dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk pesakit dan ahli keluarga mereka,” katanya.

Tegas Liyan, kerjaya jururawat tidak glamor seperti bidang lain dan hanya mereka yang benar-benar yakin serta kuat semangat mampu melakukannya.

“Seorang jururawat sama sekali tidak boleh prejudis dengan pesakit dan perlu menerima keadaan mereka seadanya. Bermacam kerenah dan perangai manusia perlu dihadapi dan seorang jururawat mesti bijak menanganinya.

“Di sinilah pentingnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan isu semasa, selain kelebihan berkomunikasi lebih daripada dua bahasa,” ujarnya yang menguasai bahasa Mandarin, Kantonis dan Hokkien selain bahasa Melayu serta Inggeris.

Mengimbau pembabitan awalnya dalam bidang ini, minat Liyan mula bercambah ketika di bangku sekolah apabila sering terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah.

Bekas pelajar Sekolah Perempuan St George, Pulau Pinang itu nekad melanjutkan pelajaran di Sekolah Kejururawatan Rochdale di Lancashire, England pada awal 1970-an hingga ditauliahkan sebagai jururawat berdaftar pada 1975.


 
Sejurus mendapat pentauliahan sebagai bidan berdaftar dari Sekolah Perbidanan Rochdale pada 1976 dan Sijil Pelawat Kesihatan dari Institut Teknologi Bolton, setahun selepas itu, Liyan mengambil keputusan bertugas di sana selama tiga tahun yang lebih menjurus kepada penjagaan kesihatan awam.

“Ketika menjadi bidan di sana, saya banyak didedahkan dengan komuniti luar bandar yang memilih untuk bersalin di rumah secara normal berbanding di hospital.

“Jadi secara tidak langsung saya banyak membabitkan diri dengan kempen kesedaran serta aktiviti kesihatan dalam komuniti, yang mana tugasnya sama seperti jururawat masyarakat di negara ini.

“Selain memberi tumpuan kepada golongan ibu, skop tugasan kami juga membawa kepada penjagaan kesihatan di kalangan warga emas. Di sana, golongan warga emas dijaga sepenuhnya oleh jururawat sejak awal mengalami masalah kesihatan sehinggalah mereka dikebumikan,” katanya.

Liyan kemudiannya kembali ke tanah air pada pertengahan 1978 dan berkhidmat di Hospital Penang Adventist sehingga 1983. Sepanjang tempoh itu, beliau turut ditempatkan di Ealing Health Authority, London, selama setahun.

Teruja dengan tawaran yang diterimanya pada lewat 1983, Liyan berangkat pula ke bumi Arab bagi meneruskan kariernya di Hospital King Abdul Aziz, Jeddah.

Namun, tempoh khidmatnya tidak lama apabila Liyan pulang ke Malaysia pada awal 1986 dan bertugas di beberapa hospital tempatan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sehinggalah menyertai Hospital Rawatan Lanjutan Columbia Asia di Shah Alam sejak Januari tahun lalu.


PROFIL

NAMA: Liyan Abdullah
TARIKH LAHIR: 29 Julai 1953
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
JAWATAN: Pengurus Perkhidmatan Jururawat di Hospital Rawatan Lanjutan Columbia Asia

PENDIDIKAN:
  • Institut Teknologi Bolton (1977)
  • Sekolah Perbidanan Rochdale (1976)
  • Sekolah Kejururawatan Rochdale (1975)

    PENGALAMAN:
  • Pengurus Jururawat di Pusat Perubatan Darul Ehsan (1998-2008)
  • Pengajar Klinikal di Pusat Perubatan Selangor (1997)
  • Jururawat Didikan Diabetes, Unit Pendidikan Kesihatan di Hospital Penang Adventist (1995-1996)
  • Jururawat separuh masa dan Lokum di Pusat Perubatan Pantai (1986-1991)
  • Jururawat (Bidan/Jagaan Bayi) di Hospital King Abdul Aziz, Jeddah (1983-1985)
  • Jururawat (Perubatan/Wad Pembedahan) di Hospital Penang Adventist (1982-1983)
  • Pelawat Kesihatan di Ealing Health Authority, London (1981-1982)
  • Jururawat di Hospital Penang Adventist (1979-1981)
  • Pelawat Kesihatan di Rochdale Area Health Authority (1977-1979)

  • SUMBER : HARIAN METRO

    Jururawat cari wali untuk nikah

     
    Gambar persandingan arwah Rosland Rajudin sekitar 90 an yang disimpan Siti Annuha.
    MENTAKAB – Seorang jururawat buntu memikirkan persiapan perkahwinannya terpaksa ditanggguhkan apabila masih gagal mengesan wali sedangkan tarikh pernikahan mereka hanya tinggal tiga bulan.

    Siti Annuha Rosland 22, akan menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya, Muhammad Fadhine Roslan 22, pada November ini tetapi kesemua persiapan perkahwinan tidak dapat diuruskan dengan sempurna kerana masih gagal mencari wali iaitu adik beradik sebelah arwah ayahnya.

    Menurutnya, dia kematian bapa pada 1998 dan datuknya pula meninggal dunia beberapa tahun kemudian.

    “Sekarang saya perlu cari adik beradik arwah ayah yang berasal dari Muar, Johor sedangkan saya tidak pernah dibawa atau mengenali mereka.

    “Emak saya juga tidak tahu di mana keluarga asal arwah ayah kerana sewaktu mereka berkahwin arwah ayah hadir ke majlis seorang diri.

    “Ini menyebabkan emak juga tidak dapat membantu saya mencari wali iaitu bapa saudara sebelah arwah ayah,” katanya.

    Siti Annuha berkata, dia membesar di Batu 7, Jalan Karak dan tinggal bersama emak, nenek dan seorang adik lelaki orang kurang upaya (OKU) sehinggalah dia bertugas sebagai jururawat di Sabah Februari lalu.

    “Saya perlu menyelesaikan atau mencari wali dalam tempoh segera kerana terpaksa balik bertugas di Sabah pada Ahad ini,” katanya.

    Sementara itu, tunangnya Muhammad Fadhine berkata, perkara itu telah dirujuk ke pejabat agama dan dia akan menuruti semua nasihat yang diberikan pegawai bertugas termasuklah usaha mengesan wali melalui akhbar.

    Menurutnya, kepada mereka yang mengenali arwah Rosland Rajudin atau saudara mara yang mengetahui di mana adik beradiknya berada boleh berhubung dengannya di talian 019-9640051.

    SUMBER: SINAR HARIAN

    Sunday, 10 August 2014

    Kerjaya jururawat tetap di hati

    Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar | fatin@bh.com.my

    2014/08/04
    Sharifah Asiah tidak pernah berhenti curah bakti kepada masyarakat

    Tugas dan bebanan dipikul bekas Ketua Bahagian Jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada keluarga yang sentiasa memahami kesibukan kerjaya itu.

    Berpegang kepada prinsip bekerjasama dalam menguruskan tugasan tidak kira di rumah atau di tempat kerja, Timbalan Presiden Pertubuhan Jururawat Malaysia (MNA), Sharifah Asiah AlJunid diberikan kepercayaan memimpin kakitangan lain di tempat kerjanya.

    Kata penerima Anugerah Khas Pengarah 2014 itu, tugas sebagai jururawat tidak hanya tersenarai dalam soal menjaga pesakit, tetapi turut mencurahkan kudrat memberikan perkhidmatan terbaik.

    Pernah menghabiskan masa seharian dalam bilik pembedahan, kata beliau yang berusia 60 tahun, tugas jururawat menguji kesabaran dan mencabar dari segi mental dan emosi.

    Sehubungan itu, akui ibu kepada tiga cahaya mata itu, beliau pernah melalui dilema apabila ditawarkan melanjutkan latihan sebagai penyelia bilik pembedahan (ORP), di Jerman yang perlu meninggalkan keluarga selama setahun.

    Baginya, tawaran itu bagaikan pucuk dicita ulam mendatang itu adalah peluang untuk meningkatkan ilmu dan pengalaman bekerja di negara asing.

    Dengan sokongan ibu dan suami menguatkan lagi semangatnya untuk meneruskan latihan dan kembali sebagai jururawat lebih berdedikasi.

    “Jika dibanding 30 tahun dulu, peluang kerjaya tidak banyak dibuka untuk wanita. Namun untuk anak gadis keluar melanjutkan pelajaran dan bekerja dianggap tradisi baharu.

    “Berkat bantuan ibu yang sanggup menjaga anak ketika saya melanjutkan latihan banyak membantu meringankan bebanan.

    “Suami juga sangat memahami kepadatan jadual tugas saya dan banyak membantu dalam soal menguruskan hal rumah tangga serta pembelajaran anak,” katanya yang turut dianugerah darjat Ahli Mangku Negara (AMN) dari Yang di-Pertuan Agong, pada tahun 2011.


    Hospital rumah kedua


    Sementara itu, ketika ditanya mengenai pembabitannya dalam dunia kejururawatan, kata beliau baharu saja menamatkan perkhidmatan, pada 8 Mac lalu dan segala pengalaman dalam bidang itu bukan saja menjadikan dirinya lebih cekal, tapi sabar berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup.

    Mengakui tugas dalam bilik pembedahan dan mengendalikan berpuluh petugas di bawahnya bukan perkara senang, tetapi berkat kerjasama ibarat sebuah keluarga besar menjadikan semua operasi berjalan lancar.

    “Tempat kerja iaitu hospital ibarat rumah kedua jururawat. Kami bukan saja membantu doktor dalam menjalani operasi atau pembedahan, tapi kami juga banyak menghabiskan masa bertugas dalam bangunan ini.

    “Adakalanya, jika jadual kerja terlalu sibuk kami tidak pulang ke rumah hingga berhari-hari. Sebab itu, bagi saya kerjaya ini tidak boleh dipandang rendah.

    “Ini kerana banyak perkara yang kami korbankan demi menjaga kesihatan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya


    Sibuk jadi penceramah

    Masih tidak pernah jemu memperjuangkan perkembangan profesion jururawat sedunia, beliau turut banyak menghabiskan masa mengendalikan seminar antarabangsa termasuk Persidangan Kejururawatan Bilik Operasi Asia (Asiorna) di Malaysia.

    Beliau juga berjaya membina imej dan amat dihormati dalam kalangan pekerjanya sehingga dilantik menerajui Persatuan Jururawat Malaysia (MNA) pada peringkat antarabangsa melalui kepimpinan beliau dalam Kumpulan Minat Khas (SIG).

    “Mungkin dulu kerjaya jururawat hanya dipandang sebagai penjaga pesakit, tetapi berbeza pada zaman sekarang ia lebih jauh melangkau daripada apa yang difikirkan.

    “Tanpa kepakaran, pengalaman dan bantuan daripada jururawat, proses serta perkhidmatan pembedahan dan kesihatan akan lumpuh.

    “Melihat kejayaan profesion ini semakin berkembang dan mendapat sambutan bukan saja di kalangan wanita tapi lelaki, saya amat bangga dan terharu,” katanya.
     
    SUMBER: BERITA HARIAN

    Jennifer Lawrence Mahu jadi jururawat

    Mahu jadi jururawat

    MENGANGGAP kerjaya sebagai jururawat menyeronokkan.
     
     
    DIA baru berumur 23 tahun bagaimanapun itu bukan bermakna si cantik Jennifer Lawrence tidak bijak mengatur perancangan masa hadapan. Menurut Lawrence jika karier lakonannya tidak berjaya, dia,mahu menukar kerjaya sebagai seorang jururawat sahaja selepas ini. Bagaimanapun menurut Lawrence dia meletakkan masa dan berfikir panjang sebelum membuat keputusan tersebut.

    “Saya mempunyai perancangan selama lima tahun dalam bidang ini. Kalau tidak berjaya juga, saya akan memasuki kolej jururawat sahaja," katanya dalam rancangan Friday Live.

    Bagaimanapun setelah dikenali kini dan status sebagai artis popular, Lawrence akui ada sedikit kegusaran dengan keputusan tersebut. Malah dia mula berfikir adakah ini keputusan yang betul.

    “Saya masih berfikir adakah ini keputusan yang betul. Di mana-mana sahaja. Lapangan terbang, restoran, kadang-kadang memang saya fikirkan soal ini," katanya, jujur.

    Turut ditanya sama ada Lawrence mempunyai diet berbeza untuk kekal langsing, pelakon ini hanya ketawa. “Saya tidak faham perkataan terakhir tersebut (Diet). Adakah kamu sakit?"


    SUMBER: UTUSAN MALAYSIA