Tajuk | Iklan Urusan Kenaikan Pangkat Jururawat (Perubatan dan Kesihatan Awam) Gred U29/U32/U36 ke Gred U42 |
---|---|
Tarikh Iklan | 30-09-2019 |
Penerangan | Sila Rujuk Lampiran |
Tarikh Tutup Permohonan | 25-10-2019 |
Lampiran | Iklan kenaikan pangkat Jururawat (Perubatan dan Kesihatan Awam) Gred U29.U32.U36 ke Gred U42.pdf |
Pages
▼
Monday, 30 September 2019
Iklan Urusan Kenaikan Pangkat Jururawat (Perubatan dan Kesihatan Awam) Gred U29/U32/U36 ke Gred U42
Iklan Urusan Kenaikan Pangkat Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N22 ke Gred N26 Kementerian Kesihatan Malaysia
Tajuk | Iklan Urusan Kenaikan Pangkat Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N22 ke Gred N26 |
---|---|
Tarikh Iklan | 30-09-2019 |
Penerangan | Sila Rujuk Lampiran |
Tarikh Tutup Permohonan | 25-10-2019 |
Lampiran | Iklan kenaikan pangkat Pembantu Tadbir (Perkeranian Operasi) Gred N22 ke Gred N26.pdf |
Sunday, 29 September 2019
Cara Memohon Kursus Kejururawatan
i. Permohonan secara online Borang Pendaftaran Perkerjaan Di Sektor Awam (SPA8i) di laman http://www.spa.gov.my Permohonan adalah berdasarkan “Sistem Mengambil Sepanjang Masa” (SMSM). Tempoh sah laku permohonan adalah satu tahun.
ii. Status permohonan lengkap yang telah didaftarkan boleh disemak oleh pemohon melalui laman http://www.spa.gov.my
iii. Sebarang maklumat dan pertanyaan berkenaan permohonan boleh menghubungi:
a. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Pengambilan Khas, Aras 7, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA. Tel : 03-8885 6254/ 6264/ 6296
b. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Urusetia Cawangan Sabah, Aras 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan UMS/Sulaiman, Likas, 88450 Kota Kinabalu, SABAH. Tel : 088-488922
c. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Urusetia Cawangan Sarawak, Tingkat 10, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga, 93520 Kuching, SARAWAK. Tel : 082-240011
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
UNIT LATIHAN PRA PERKHIDMATAN,
BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,
ARAS 6, N0.26, PERSIARANPERDANA,
PRESINT 3, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62675 PUTRAJAYA.
TEL : 03-8885 0600
FAKS : 03-8885 0747/48
Friday, 27 September 2019
SENARAI INSTITUSI LATIHAN KKM YANG MENAWARKAN KURSUS KEJURURAWATAN
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
..... atau Lain-lain tempat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
- Kolej Kejururawatan Alor Setar.
- Kolej Kejururawatan Sungai Petani.
- Kolej Kejururawatan Pulau Pinang.
- Kolej Kejururawatan Kuala Pilah
- Kolej Kejururawatan Melaka.
- Kolej Kejururawatan Muar.
- Kolej Sains Kesihatan Johor Bahru.
- Kolej Kejururawatan Kuantan.
- Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu.
- Kolej Kejururawatan Kubang Kerian.
- Kolej Kejururawatan Sibu.
- Kolej Kejururawatan Sandakan.
- Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching.
- Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kota Kinabalu.
- Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh.
- Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Perak.
..... atau Lain-lain tempat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
KURSUS PRA PERKHIDMATAN : DIPLOMA KEJURURAWATAN
KURSUS PRA PERKHIDMATAN
ANGGOTA SAINS KESIHATAN BERSEKUTU
(SEPARA PERUBATAN)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
DIPLOMA KEJURURAWATAN
PENGENALAN
Kerjaya sebagai seorang Jururawat adalah memfokuskan kepada memberi perkhidmatan perawatan kepada semua lapisan masyarakat. Untuk menceburi profesion ini, anda perlu mempunyai ciri-ciri penyayang, penyabar, berdisiplin dan boleh bekerjasama dengan ahli pasukan kesihatan.
DESKRIPSI TUGAS
I. Hospital
Di hospital, jururawat bertugas di wad-wad, dewan bedah, jabatan pesakit luar dan klinik-klinik pakar. Fungsi utama ialah memberi perawatan holistic kepada semua pesakit.
II. Unit Kesihatan
Di Unit Kesihatan Awam, jururawat bertugas sebagai seorang ahli pasukan kesihatan awam dalam memberi jagaan kesihatan keluaga dan perkhidmatan kesihatan awam dengan objektif untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.
KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
A. Syarat-syarat Asas Skim Perkhidmatan Pemohon hendaklah terdiri daripada:
• Warganegara Malaysia
• Lelaki/Perempuan (belum berkahwin)
• Umur antara 17-25 tahun pada tarikh permohonan
Kelayakan:
• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
• SPM Mengikut Sistem Terbuka-Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skimskim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
B. Syarat-syarat Keutamaan Pemilihan
• Lulus dengan kredit dalam mata pelajaran Sains dan Matematik serta 3 mata pelajaran lain.
• Mempunyai kesihatan fi zikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon-calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.
ELAUN DI PERINGKAT DIPLOMA

- a)lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
- b) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan bagi tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
- c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
B. Syarat-syarat Keutamaan Pemilihan
• Lulus dengan kredit dalam mata pelajaran Sains dan Matematik serta 3 mata pelajaran lain.
• Mempunyai kesihatan fi zikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon-calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.
ELAUN DI PERINGKAT DIPLOMA
- Biasiswa RM835.57 sebulan
- Elaun Buku RM250.00 setahun
- Elaun Perkakas RM25.00 sepanjang tempoh latihan
- Elaun Kertas Projek RM90.00 setahun
- Elaun Jahitan Pakaian Seragam RM45.00 sepasang
PROSPEK KERJAYA
Mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Kejururawatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Setelah 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan anda boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan ke peringkat ijazah di universiti tempatan. Seterusnya anda berpeluang dinaikkan ke gred jawatan yang lebih tinggi.
PERLANTIKAN KE SKIM PERKHIDMATAN
• Nama Jawatan: Jururawat
• Taraf Jawatan: Tetap
• Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tamat
latihan dengan jayanya akan dilantik ke Jawatan Jururawat
Gred U29,
SUMBER: KKM
Kementerian Kesihatan pantau penyakit polio - Dzulkefly
PUTRAJAYA, 25 Sept (Bernama) -- Kementerian Kesihatan menjalankan pemantauan kehadiran virus polio dalam persekitaran melalui pensampelan air kumbahan di beberapa loji rawatan air kumbahan terpilih sejak tahun 2012 lagi, kata Menteri Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
"Sehingga kini, tiada virus polio yang boleh menyebabkan penyakit polio dikesan," katanya dalam sidang media di sini hari ini apabila ditanya mengenai kejadian wabak polio yang dilaporkan berlaku di Filipina baru-baru ini.
Beliau berkata kerajaan memandang serius kejadian wabak polio yang membabitkan dua orang kanak-kanak di Filipina yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 19 dan 20 Sept lepas.
Bagi memastikan Malaysia terus bebas daripada penyakit polio, Dr Dzulkefly berkata kerajaan akan memastikan liputan imunisasi polio melebihi 95 peratus di semua lokaliti pada setiap masa termasuk di kawasan yang telah dikenalpasti rendah liputan imunisasi.
"Bagi negeri Sabah yang hampir dengan Filipina, liputan imunisasi yang tinggi adalah penting untuk melindungi kanak-kanak dari jangkitan polio," katanya.
Dr Dzulkefly berkata kerajaan juga akan memperluaskan pemantauan sampel persekitaran di kawasan berisiko tinggi seperti kawasan penempatan warga asing dari negara yang sedang mengalami polio.
Beliau turut menasihati ibubapa supaya memastikan anak-anak mereka mendapat imunisasi yang lengkap, agar sasaran liputan imunisasi polio melebihi 95 peratus dapat dicapai di semua lokaliti di Malaysia agar jangkitan polio tidak terjadi.
Menurut Dr Dzulkefly, kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada 1992 dan sejak Oktober 2000 Malaysia bersama-sama dengan negara rantau pasifik barat telah diisytiharkan bebas daripada penyakit polio.
Katanya kejayaan pembasmian penyakit itu adalah berikutan pencegahan melalui vaksin polio yang diperkenalkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan sejak 1972 dan diteruskan sehingga hari ini.
Penyakit polio adalah berjangkit yang boleh menyebabkan kelumpuhan kekal.
Ia disebabkan oleh virus polio yang merebak melalui oral-fekal dan boleh juga melalui makanan dan air yang tercemar.
-- BERNAMA
143 maut akibat denggi sejak Januari tahun ini
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Sebanyak 143 kematian direkodkan daripada 99,166 kes denggi yang dicatatkan di seluruh negara sejak awal Januari hingga Selasa lepas (24 Sept).
Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Rose Nani Mudin berkata jumlah itu mencatatkan peningkatan ketara berbanding tahun lepas bagi tempoh yang sama dengan 89 kematian daripada 54,379 kes denggi.
Beliau berkata, Selangor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 54,997 kes dengan 48 kematian berbanding 30,782 kes dengan 25 kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.
“Bilangan kes kedua tertinggi ialah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu 12,366 kes dicatatkan berbanding 5,292 kes tahun lepas dengan jumlah kematian tidak berubah iaitu tujuh kes juga bagi tempoh yang sama
“Johor adalah negeri ketiga tertinggi dengan merekodkan 8,480 kes tahun ini berbanding 4,152 kes tahun lepas dan jumlah kematian pula meningkat daripada 13 kematian kepada 22 kematian bagi tempoh sama,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Dr Rose Nani berkata trend peningkatan kes denggi yang berlaku itu juga fenomena global yang dialami di beberapa negara lain.
“Peningkatan kes denggi ini bukan hanya berlaku di negara ini tetapi beberapa negara seperti Thailand, Singapura, Taiwan, China juga meningkat seperti yang dilaporkan WHO (World Health Organization).
“Kalau nak dibandingkan dengan negara lain, peningkatan kes yang berlaku di negara kita masih rendah yang mana negara lain ada yang mengalami peningkatan sehingga lapan kali ganda. Tetapi, kita turut bimbang dengan trend ini kerana apabila berlaku peningkatan kes, sudah pasti bilangan kematian pun akan meningkat dan kita tak mahu perkara ini berlaku,” katanya.
Bagi mengurangkan kes denggi, Dr Rose Nani berkata langkah pencegahan perlu dilakukan di setiap kediaman bagi memastikan tiada kawasan pembiakan aedes.
“Kita tak ada vaksin dan ubat yang boleh cegah denggi tetapi sekurang-kurangnya kita dapat hindarkan kawasan pembiakan aedes.
“Kalau boleh, buanglah bekas yang menakung air. Pasu bunga hendaklah dicuci setiap minggu supaya kita dapat hapuskan telur nyamuk sekiranya nyamuk telah bertelur dalam pasu bunga yang ada,” katanya yang turut menyarankan orang ramai menggunakan semburan aerosol dalam rumah bagi membunuh nyamuk.
-- BERNAMA
Thursday, 26 September 2019
Akta Jururawat 1950
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jururawat 1950 dan terpakai di seluruh Malaysia.
Untuk Nurse yang tak penah belek Akta Jururawat boleh klik link di bawah ya....
Klik ---> Akta Jururawat
Syafiqah jadi Siti Nurhaliza Junior
Faliq Lajim
faliq.lajim@nstp.com.my
NYANYIANNYA yang persis Datuk Seri Siti Nurhaliza membuatkan penuntut kejururawatan ini terkenal di media sosial.
Semuanya selepas video dia mendendangkan lagu popular penyanyi tersohor negara itu, tular dan mendapat pujian warganet.
Nur Syafiqah Haniza, 24, mengakui disebabkan itu dia menerima undangan untuk membuat persembahan pada majlis keraian termasuk anjuran kolejnya.
“Mereka kata nak upah (Datuk Seri) Siti Nurhaliza nyanyi mahal. Jadi mereka jemput saya saja untuk membuat persembahan.
“Alhamdulillah, walaupun bukan secara profesional, jemputan menyanyi dapat menampung perbelanjaan saya di kolej selain menjadi model sambilan,” katanya katanya ketika dihubungi, hari ini.
Gadis yang berasal dari Rawang, Selangor itu berkata, video nyanyiannya mula tular pada Mei 2018 apabila menyanyi dengan memakai seragam jururawat ketika menjalani latihan amali di hospital swasta di Kedah.
Katanya, dia sekali lagi menjadi tumpuan apabila video diambil kakitangan hospital itu dimuat naik pada Ogos tahun sama.
“Ketika itu saya sudah selesai latihan amali dan mahu pulang, namun seorang kakitangan meminta saya menyanyikan lagu Siti Nurhaliza.
“Saya tak sangka pula ia tular kembali, baru-baru ini,” katanya yang menyanyikan lagu Comel Pipi Merah.
Menurutnya, dia sememangnya peminat Siti Nurhaliza dan kerap menyanyikan lagu popular penyanyi itu termasuk ketika menyertai pertandingan nyanyian.
Katanya, apabila memasuki kolej, ada rakannya menggelarkan dia sebagai Siti Nurhaliza Junior berikutan kerap menyanyikan lagu Siti Nurhaliza.
Nur Syafiqah berkata, meskipun menerima reaksi positif warganet, ada juga pihak yang mengecam video nyanyiannya tetapi dia enggan memikirkan hal itu.
“Semua komen yang buruk saya ambil positif. Lagipun, video itu diambil oleh orang lain bukan saya sengaja nak buat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 September 2019 @ 8:00 PM (Harian Metro)

Monday, 16 September 2019
Iklan Pemangkuan Juru Xray (Terapi) Gred U44 Ke Gred U48
Tajuk | Iklan Pemangkuan Juru Xray (Terapi) Gred U44 Ke Gred U48 |
---|---|
Tarikh Iklan | 13-09-2019 |
Penerangan | Sila Rujuk Lampiran |
Tarikh Tutup Permohonan | 25-09-2019 |
Lampiran | Iklan Pemangkuan Juru Xray (Terapi) Gred U44 Ke Gred U48.pdf |
Sumber: KKM
Iklan Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32 ke Gred U36
Tajuk | Iklan Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32 ke Gred U36 |
---|---|
Tarikh Iklan | 13-09-2019 |
Penerangan | Sila Rujuk Lampiran |
Tarikh Tutup Permohonan | 27-09-2019 |
Lampiran | Iklan Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32 ke Gred U36.pdf |
Sumber: KKM
Foto: Sinar Harian
Tuesday, 3 September 2019
Semakan Urusan Kenaikan Pangkat Kementerian Kesihatan Malaysia
Perkara: Semakan Urusan Kenaikan Pangkat Kementerian Kesihatan Malaysia
Assalamualaikum dan salam hormat semua.......
tentu ramai antara kita ada yang tak sabar nak tahu status kenaikan pangkat sama ada melalui permohonan iklan bagi urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat secara time based berasaskan kecemerlangan.
mana yang dah tahu cara semak mungkin tak ada masalah kan.
bagi yang tak tahu dan tak sabar nak tahu status kenaikan pangkat boleh klik link di bawah dimana link tersebut akan membawa anda terus ke web semakan kenaikan pangkat KKM.
SEMAKAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Untuk makluman anda juga, link diatas boleh disemak oleh semua penjawat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.