Pages

Thursday, 30 April 2020

"Penjawat awam juga bayar cukai," - Cuepacs



30/04/2020 09:16 AM

KUALA LUMPUR, 29 April -- "Penjawat awam juga bayar cukai", itu penegasan Presiden  Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat terhadap pihak yang mempertikai pembayaran gaji penjawat awam yang didakwa dibayar oleh cukai sektor pekerjaan lain ketika COVID-19 'membadai' negara ketika ini.

Malah, katanya pendapatan dan bonus tahunan penjawat awam adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan gaji dan bonus yang diperoleh sektor swasta.

"Ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), ya, kita (penjawat awam) tetap dibayar gaji tetapi tidak perlu menyentuh mengenai sistem percukaian kerana kami juga membayar cukai, pendapatan kami jauh lebih rendah, ketika ada sektor swasta yang jauh lebih tinggi bonusnya, kami hanya dapat RM500 setiap tahun.

"Tetapi tidak pernah kami pertikai kerana kami berkhidmat untuk negara," katanya yang dihubungi melalui telefon dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk "Pekerja dan Cabaran Budaya Normal Baharu” di Bernama TV malam ini.

Adnan juga menegaskan penjawat awam yang pasangannya berkerja di sektor swasta dan bekerja sendiri juga terkesan dengan PKP seperti golongan yang lain.

Katanya pendapatan isi rumah penjawat awam di negara ini rata-rata disokong oleh pasangan sebagai pendapatan kedua bagi menampung kos hidup yang semakin tinggi dan keperluan pembayaran pinjaman perumahan dan sebagainya.

"Adalah salah menyatakan penjawat awam tidak terkesan dengan PKP. Ada pasangannya kerja dengan syarikat swasta, berniaga sendiri, jadi tukang jahit dan sebagainya yang terkesan ketika PKP ini. Dengan kos hidup yang tinggi, 20 hingga 30 peratus pendapatan isi rumah digunakan untuk membayar pinjaman perumahan, pasti penjawat (awam) ini juga terkesan," katanya.

Dalam pada itu, Adnan berkata penjawat awam di negara ini tetap memberikan perkhidmatan terbaik walaupun bekerja dalam normal baharu dengan pelbagai perubahan pada ketika ini.

Ini, katanya bagi memastikan rakyat tidak mengeluh dan tetap mendapat perkhidmatan kerajaan walaupun dalam tempoh PKP.


Katanya sebagai contoh bekerja dari rumah, kaedah ini telah dipraktikkan sejak 2007 dengan tugas tertentu secara percubaan seperti pelukis pelan dan penerimaan aduan dan ia akan diteruskan dengan lebih meluas selepas ini.

"Kita memang ada perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai kaedah ini, apatah lagi dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0, jadi ia nanti akan dipercepatkan, pada akhirnya nanti hanya mereka yang rapat dengan pelanggan akan berada di pejabat," katanya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai sambutan Hari Pekerja kongres itu tahun ini, Adnan berkata sambutan adalah berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya iaitu tanpa perhimpunan dan akan disiarkan secara langsung dalam Facebook Cuepacs Jumaat ini mulai 9 pagi.

Bertemakan 'Pekerja Tunjang Kelestarian Negara', dua anugerah akan disampaikan kepada penerima dengan cara menghantarnya ke lokasi penerima dengan mengikut garis panduan PKP yang ditetapkan. 

Anugerah tersebut adalah Anugerah Majikan Prihatin dan Tokoh Hari Perkerja Cuepacs dan penyampaiannya akan turut disiarkan dalam Facebook.

Selain itu Cuepacs akan turut menyantuni petugas barisan hadapan yang berusaha mengekang penularan COVID-19 sebagai sebahagian aturcara sambutan berkenaan.



-- BERNAMA

Tuesday, 21 April 2020

COVID-19: Barisan hadapan tinggal anak, keluarga demi negara

Petugas di barisan hadapan terdiri dari doktor dan jururawat memakai peralatan perlindungan diri (PPE) ketika melakukan saringan COVID-19. - Foto fail NSTP




SEREMBAN: “Yang paling sedih apabila sampai ke rumah (pulang dari kerja), Affan, anak bongsu berumur lapan bulan merangkak ke arah saya, minta didukung. Begitu juga kalau isteri saya balik, Affan akan buat yang sama.

“Kami terpaksa ‘melarikan diri’ terlebih dahulu kerana perlu mandi dan memastikan semuanya selamat supaya tidak merisikokan anak-anak.

“Tapi selalunya kami balik (sampai rumah) mereka dah tidur pun... cuma kadang-kadang mereka sengaja tidur lewat semata-mata nak tunggu kami. Paling terasa bila anak yang sulung, Jannah, 8, dan kedua, Aiman, 6, merungut, Abi dengan Umi asyik balik lambat, asyik tak dapat jumpa,” demikian luahan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Mohd Aizuddin Bahrun.

Mohd Aizuddin, 34, berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Perubatan bertugas di Unit Isolasi Jabatan Kecemasan Dan Trauma HTJS.

Beliau bertanggungjawab membantu pegawai perubatan membuat saringan dan mengambil sampel Individu Dalam Siasatan (PUI) COVID-19..

Isteri beliau, Dr Wan Jamilah Wan Ismail, 36, adalah Pegawai Perubatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, dan bertugas sebagai first responder bagi rawatan awal pengurusan pesakit COVID-19 termasuk urusan perjalanan petugas kesihatan yang terbabit untuk mengambil pesakit.

Disebabkan tuntutan tugas, anak-anak mereka dijaga anak saudara Dr Wan Jamilah memandangkan sekolah dan taska ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac sehingga 14 April nanti.

Menurut Mohd Aizuddin, sepanjang ‘musim COVID-19’, anak-anak seakan terabai kerana beliau dan isteri, ada ketikanya perlu bekerja lebih masa.

Meskipun guru anak pasangan ini ada menyediakan kerja rumah dan latihan untuk dibuat sepanjang PKP, namun kerana kekangan masa dan keletihan, sukar untuk Mohd Aizuddin ‘mencuri masa’ untuk mengajar anak-anak mereka, mahupun melakukan aktiviti lain.

Masa untuk berbual-bual dengan isteri juga agak kurang kerana masing-masing sibuk dengan tugas.

Mohd Aizuddin bukanlah mahu merungut jauh sekali meraih simpati masyarakat. Namun itulah antara pengorbanan petugas barisan hadapan atau Frontliners seperti beliau dan isterinya dalam berjuang membantu masyarakat serta negara menangani krisis pandemik COVID-19.

Dalam media sosial juga ramai yang berkongsi gambar dan video doktor dan petugas kesihatan yang emosi, mental dan fizikal mereka turut terkesan.

Antaranya termasuklah video bertajuk ‘Doktor Menangis Terlalu Penat’yang tular di Facebook baru-baru ini.

Video berdurasi 4.35 saat itu antaranya menyebut apa yang paling ditakuti ialah pasukan frontliners mula berasa burn out, kepenatan, hilang semangat dan keletihan melampau.

Ini kerana ada antara mereka yang perlu bekerja sehingga 18 jam sehari, terpaksa tidur di tempat kerja dan ada pasangan yang menghantar bekalan makanan menangis kerana melihat keadaan pasangan mereka yang terlalu penat.

Video itu juga turut menyeru agar rakyat Malaysia menghargai pengorbanan frontliners dengan mematuhi arahan serta saranan pihak berkuasa untuk duduk di rumah selain berlaku jujur apabila menjalani saringan kesihatan agar tidak merisikokan petugas kesihatan.

Dalam video berasingan bertajuk ‘Nurse Menangis Tinggal Keluarga Bertugas Perangi COVID-19’ pula, kelihatan seorang wanita dengan pakaian jururawat menangis di luar rumah kerana tidak boleh mendekati ahli keluarganya.

Video yang berdurasi 1.40 saat itu menunjukkan jururawat berkenaan mengesat air mata apabila dinasihati ibunya agar berhati-hati semasa bertugas dan sentiasa berserah kepada Allah.

“Tiap kali keluar rumah cakap kerana Allah Taala kerana cari rezeki… Jangan nangislah nak,” pesan ibunya di dalam video itu.

Di saat kebanyakan kita boleh duduk di rumah, meluangkan masa bersama ahli keluarga, frontliners perlu meninggalkan insan tersayang demi melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Mohd Aizuddin antara lain turut ditanya bagaimana beliau memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat selepas selesai bertugas dan pulang ke rumah?

“Apabila sampai di rumah, saya akan menanggalkan pakaian kerja terlebih dahulu di luar rumah sebelum terus masuk ke bilik air dan membersihkan diri. Saya akan letakkan pakaian kerja di tempat berasingan daripada pakaian kotor yang lain. Biasanya saya terus mencuci sendiri pakaian kerja saya. Saya juga mencuci tangan dengan kerap dan perkara itu saya memang ajar anak-anak saya.

“Memang kami risau, bimbang dan takut. Setiap hari kami berhadapan dengan mereka yang berisiko (positif COVID-19). Yang paling merisaukan, sekiranya kami membawa ‘pulang’ virus ini ke rumah dan menjangkiti anak-anak serta ahli keluarga yang lain.

“Namun demi tugas dan amanah, kami redha melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat dan negara. Selebihnya kami hanya berserah kepada Allah SWT,” katanya.

Mohd Aizuddin turut berharap agar rakyat di negara ini dapat bekerjasama dengan mereka yang berada di barisan hadapan.

“Kami bukanlah wira... ada ketikanya kami juga menangis apabila terpaksa meninggalkan orang tersayang. Patuhilah arahan dan saranan kerajaan untuk duduk di rumah, bantulah kami berjuang ‘menentang’ wabak ini.

“Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan mengambil langkah terbaik dalam mengekang penularan wabak, namun usaha ini akan jadi sia-sia tanpa kerjasama semua pihak. Bantulah kami untuk bantu anda semua. Stay at home. Duduklah di rumah. Kita sama-sama berdoa semoga pandemik COVID-19 ini segera berakhir,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Unit Isolasi Jabatan Kecemasan Dan Trauma HTJS yang mahu dikenali sebagai Dr Zulaikha berkata, beliau meninggalkan bayi yang berusia lapan bulan dan masih menyusu badan dalam jagaan suami.

“Namun, jika suami juga perlu bekerja, anak terpaksa diletakkan di taska hospital.

“Mujurlah taska hospital dibuka 24 jam, lega sikit hati untuk menjalankan tugas. Kadang-kadang hantar malam esok paginya baru ambil (jemput anak),” katanya.

Dr Zulaikha berkata semasa bertugas, mereka diwajibkan memakai baju skrub (baju khas petugas kesihatan) dan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) apabila berjumpa PUI.

“Selain terus mandi dan menyalin pakaian baru apabila selesai bertugas, saya juga turut membersihkan barangan seperti tag nama dan telefon bimbit menggunakan tisu lembab pembasmi kuman .

“Sama-samalah kita menjaga kebersihan diri dan banyakkan berdoa agar negara kita cepat bebas daripada wabak ini. Tolonglah berlaku jujur kepada petugas kesihatan semasa pemeriksaan dijalankan agar tidak memberi masalah kepada mereka dan seterusnya kesan yang lebih besar kepada orang lain,” katanya. – BERNAMA

Urusan Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 Ke Gred U38

TajukUrusan Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 Ke Gred U38
Tarikh Iklan13-03-2020
PeneranganSila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan13-04-2020
LampiranUrusan Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 Ke Gred U38.pdf


Urusan Kenaikan Pangkat Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 Ke Gred U24

TajukUrusan Kenaikan Pangkat Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 Ke Gred U24
Tarikh Iklan13-03-2020
PeneranganSila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan13-04-2020
LampiranUrusan Kenaikan Pangkat Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 Ke Gred U24.pdf


Tuesday, 14 April 2020

Dunia kekurangan 6 juta jururawat - WHO

Astro Awani, Agensi | Diterbitkan pada April 07, 2020 10:47 MYT

Dunia kekurangan enam juta jururawat pada ketika seluruh negara bergelut memerangi pandemik COVID-19. -Gambar fail/Bernama

GENEVA: Dunia kekurangan enam juta jururawat pada ketika seluruh negara bergelut memerangi pandemik COVID-19.

Data itu dikeluarkan WHO bersama Majlis Jururawat Dunia (ICN) dan Nursing Now dalam laporan yang melihat kepada tanggungjawab besar yang dimainkan jururawat.

Jelas Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, jururawat ialah tulang belakang kepada sistem kesihatan.

Menurutnya, hari ini ramai jururawat menjadi barisan hadapan memerangi COVID-19 bagi memastikan kesihatan dunia.
Laporan itu turut mendedahkan sehingga kini terdapat 28 juta jururawat di seluruh dunia.

Walaupun menjelang 2023, jumlah jururawat dianggarkan meningkat kepada 4.7 juta, namun jumlah itu tetap sedikit berbanding jumlah sepatutnya dengan kekurangan 5.9 juta.

WHO turut menyatakan terdapat jurang besar di negara miskin seperti di Afrika, Asia Tenggara, Asia Barat serta Amerika Selatan.

Negara-negara seluruh dunia diharap dapat mengambil tindakan serius dengan melabur untuk pendidikan, pekerjaan dan kepimpinan kejururawatan, tegas Tedros.

--- ASTRO AWANI

Wednesday, 8 April 2020

Mark Wahlberg hargai petugas barisan hadapan


Mark Wahlberg kenang jasa petugas yang bertungkus lumus menjaga keselamatan dan kebajikan masyarakat. - Foto Reuters


Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Aktor Hollywood, Mark Wahlberg dedikasi penghargaan buat petugas barisan hadapan menerusi video pendek di laman Instagram (IG).

Video yang dimuat naik mendapat tontonan hampir 800,000 dan tiga ribu komen, menyaksikan aktor filem The Italian Job itu memanjangkan ucapan terima kasih kepada individu dan pihak yang bertungkus lumus memastikan keselamatan dan kebajikan dipenuhi.

“Hai, saya Mark Wahlberg ingin mengucapkan terima kasih kepada askar, polis, doktor, jururawat, peruncit dan petugas barisan hadapan.

“Terima kasih membuatkan kami selamat, sihat dan menyediakan keperluan penting.

“Ucapan ini tak ternilai jika dibandingkan dengan usaha kalian. Terima kasih, saya sayang anda. Doa dan ingatan saya untuk semua,” katanya.

Dalam pada itu, aktor berusia 48 tahun yang masih aktif dalam kecergasan dan membina badan berharap penularan wabak COVID-19 yang dilalui seluruh dunia segera berlalu.

“Teruslah berada dalam keadaan selamat. Kita akan mengharungi semua ini bersama,” katanya.

- BERITA HARIAN