Pages

Monday, 21 July 2014

Penolong pegawai perubatan miliki heroin didenda RM2,000

16/07/2014 4:27pm

KUALA LUMPUR - Seorang penolong pegawai perubatan sebuah hospital kerajaan di ibu negara didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dua tiub straw mengandungi dadah jenis heroin, dua bulan lepas.

Zaimi Mat, 35, dituduh melakukan kesalahan itu di belakang sebuah hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada pukul 3.30 pagi, 24 Mei lalu mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya.

Majistret Zuraini Abdul Razak turut memerintahkan Zaimi dihukum penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Zaimi, yang tidak diwakili peguam membayar denda itu. - Bernama


--- KOSMO

No comments:

Post a Comment