Rusmira (kanan) ketika menyertai sebuah pameran untuk memperkenalkan Angel Hook.
ATAS dedikasi tinggi dalam pekerjaannya, Ketua
Jururawat Unit Perawatan Jantung di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar,
Perlis, Rusmira Ramli mencipta sebuah alat menggantikan penggunaan drip
stand di hospital dikenali Angel Hook.
Rusmira yang sebelum ini bertugas di Wad Perubatan Lelaki berkata, kerap berdepan dengan ramai pesakit dan pelawat semasa menjalankan tugas menyebabkan Rusmira terfikir untuk menggantikan drip stand kerana bimbang dilanggar.
“Saya berfikir bagaimana untuk mengelakkan drip stand dilanggar. Kita boleh menggantung sahaja botol drip tanpa memerlukan ‘stand’ lagi,” katanya.
Tambahnya, idea tercetus apabila bilangan drip stand yang terhad di hospital tempatnya bertugas sedangkan penggunaannya banyak.
"Saiznya yang besar memenuhi ruang di sekeliling katil pesakit boleh mendatangkan masalah kepada pesakit, doktor dan jururawat terutama ketika berlakunya kecemasan. Dengan adanya Angel Hook dapat mengatasi permasalahan tersebut," katanya.
Tidak ambil masa lama
Rusmira berkata, apabila mempunyai idea untuk mencipta Angel Hook, dia mula melakarkan rekaan itu bagi menggantikan drip stand.
“Saya mahu rekaan Angel Hook memberi manfaat kepada pesakit dan pelawat ketika berada di hospital. Saya tidak mahu rekaan ini bagi menggantikan drip stand akan mengganggu situasi di hospital setiap kali sesi melawat,” katanya.
Tambahnya, dalam rekaan tersebut, dia menitik beratkan untuk mengurangkan risiko kepada pesakit dan memberikan keselesaan kepada pelawat.
“Saya juga mahu rekaan tersebut tidak mengundang kemalangan kepada pesakit yang bergerak seperti ke tandas, mereka memerlukan bantuan dan pemantauan jururawat.
“Saya mahu rekaan ini fleksibel dan menepati apa yang diperlukan tanpa menggunakan drip stand,” katanya.
Angel Hook alat inovatif
Rusmira berkata, Angel Hook adalah alat inovatif dicipta untuk menggantung IV Drip pada 2011.
“Ia amat praktikal dan hanya perlu disangkut pada railing langsir di wad. Angel Hook lebih praktikal daripada drip stand kerana ia lebih mudah untuk dibawa, menjimatkan banyak tenaga, selamat dan paling penting ia jauh lebih murah daripada drip stand asal,” katanya.
Katanya, mencipta Angel Hook pertama kali dan mendapati terdapat beberapa kekurangan dalam penggunaannya.
“Saya mencipta model kedua dan ketiga Angel Hook. Alhamdulillah, Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, Datuk Dr Ahmad Nordin Mohd Jais memberikan sepenuh sokongan dan kepercayaan dalam keterlibatan saya dengan inovasi ini,” katanya.
YIM beri bantuan
Katanya, inovasi ini ditemui Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) pada 2012 menerusi program Jejak Inovasi.
Tambahnya, YIM proaktif dan banyak memberikan pendedahan kepadanya mengenai inovasi.
“Produk Angel Hook tersebut diberi perlindungan Harta Intelek (IP) lantas menjadikan produk tersebut yang pertama seumpamanya di seluruh dunia.
“YIM turut memberi bantuan daripada segi penambahbaikan reka bentuk dengan kerjasama Teknologi Park Malaysia. Kini sebanyak 100 unit Angel Hook digunakan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar,” katanya.
Angel Hook di seluruh Malaysia
Rusmira berharap Angle Hook digunakan di seluruh Malaysia akan menjadi kenyataan.
“Saya berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana memberikan sokongan padu kepada saya selama ini, " katanya yang berkhidmat di kementerian ini sejak 18 tahun lalu.

SUMBER: SINAR HARIAN