Pages

Jom Kita Berkawan

Friday 29 May 2020

Kanak-kanak lima tahun digigit anjing positif rabies di Sarawak - Uggah




29/05/2020 08:03 PM

KUCHING, 29 Mei  -- Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dari Taman Sanhill Barat, Sibu, digigit anjing peliharaannya yang positif rabies, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) memaklumkan kanak-kanak berkenaan digigit anjing peliharaannya pada 25 Mei lepas dan keadaannya dilaporkan stabil serta sedang menerima rawatan.

“Keputusan ujian pada 27 Mei 2020 melalui ujian ‘Antigen Rapid Rabies Ag Test’ menunjukkan bahawa anjing tersebut positif rabies dan sampel anjing tersebut juga telah dihantar ke Makmal Diagnosa Veterinar Sarawak untuk ujian makmal ‘Direct Fluorescent Antibody Technique’ (FAT),” katanya pada sidang media harian jawatankuasa itu di sini hari ini.

Wabak rabies pertama di Sarawak telah diisytiharkan pada 1 Julai 2017 kini telah memasuki tahun keempat namun ia masih terkawal dan sejak Januari 2020 sehingga 27 Mei 2020, JPVS telah menerima 1,254 jumlah notifikasi kes gigitan haiwan yang terdiri daripada 81.9 peratus haiwan bertuan dan 18.1 peratus haiwan liar.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Uggah berkata beliau telah mengarahkan semua agensi dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian untuk bersiap siaga menghadapi musim kemarau yang bakal tiba bagi memastikan semua logistik dan sumber manusia dapat digerakkan pada bila-bila masa.

“Saya juga ingin menasihati semua rakyat Sarawak untuk bersedia menghadapi musim kemarau dengan langkah-langkah seperti meminum air secukupnya, mengurangkan aktiviti di luar, elak daripada melakukan pembakaran terbuka, jangan membuang puntung rokok di kawasan belukar, memakai pelitup separuh muka dan menyimpan bekalan air secukupnya,” katanya.

-- BERNAMA

Wednesday 27 May 2020

Penjawat awam palsukan tarikh surat kebenaran dihalang rentas negeri





ALOR SETAR, 26 Mei  -- Seorang penjawat awam dihalang daripada pulang semula ke Putrajaya, selepas disyaki memalsukan tarikh surat kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh polis Putrajaya, semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata, lelaki berusia 40-an itu, sebelum ini pulang ke Kedah bersama keluarganya dan menetap di Pendang, namun dia hanya dibenarkan merentas negeri untuk kembali ke Putrajaya pada 17 Mei lepas.

Katanya ketika ingin memulakan perjalanan pulang ke Putrajaya semalam, pihak polis membuat semakan pada surat kebenaran rentas negeri yang dikemukakan lelaki berkenaan, namun mendapati tarikh pergerakan telah dipinda secara tidak sah, daripada 17 Mei kepada 25 Mei.

 “Lelaki berkenaan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan, kerana pemalsuan dokumen dan dia juga dihalang pulang ke Putrajaya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Zainuddin mengetuai operasi pemeriksaan dari rumah ke rumah di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini, bagi mengesan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri yang ditetapkan kerajaan.

Sementara itu Zainuddin berkata, polis Kedah akan terus mempertingkatkan pemeriksaan kenderaan di pintu masuk dan keluar negeri ini, bagi memastikan pematuhan SOP berada pada tahap optimum.

“Dulu kita tapis orang awam balik ke Kedah, tapi sekarang ni kita tapis orang yang nak keluar dari Kedah, sama ada mereka ini benar balik dengan kebenaran atau lolos di pintu masuk.

“Oleh itu kita adakan sekatan jalan raya dua hala, iaitu susur keluar tol dan hala masuk pun kita periksa, dan kita akan teruskan sehingga Kedah betul-betul bebas COVID-19,” katanya.

-- BERNAMA

Langgar larangan rentas negeri, berani buat berani tanggung




27/05/2020 08:25 AM

KUALA LUMPUR, 27 Mei  -- Mereka yang terperangkap di kampung sewaktu musim perayaan ini akibat melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kini mungkin tidak senang duduk malah dalam dilema membuat pilihan.

Ini berikutan laporan media yang memetik kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia Datuk Shamsuddin Bardan sebagai berkata pekerja swasta yang terlibat dengan kesalahan itu boleh dibuang kerja jika tidak kembali bertugas ke pejabat selama lebih dua hari berturut-turut.

Bagi penjawat awam pula, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman dilaporkan berkata mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri kerana terperangkap di kampung, akibat melanggar larangan rentas negeri.

Jika tidak balik bekerja, boleh dikenakan tindakan tatatertib, atau lagi teruk boleh hilang kerja, tetapi jika mahu balik bekerja, akan ‘kantoi’ sebab telah melanggar PKPB, malah terpaksa membayar kompaun pula.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula berkata mana-mana pihak yang sudah pulang ke kampung sempena cuti perayaan dinasihatkan untuk berdepan dengan  tindakan undang-undang.

Beliau berkata mereka perlu pulang atau berdepan risiko hilang pekerjaan, namun tindakan yang bakal dikenakan terpulang kepada polis memandangkan sekatan jalan raya akan terus dikekalkan.

Jadi pilihan terletak di tangan anda, berani buat beranilah tanggung.

Semalam, kes positif COVID-19 terus merekodkan peningkatan iaitu sebanyak 187 kes baharu, setelah kembali melonjak kepada tiga digit pada hari sebelumnya dengan sebahagian besarnya membabitkan individu bukan warganegara.

Dengan kemunculan satu persatu kluster baharu, perjuangan menentang virus pembunuh tidak kelihatan ini nampaknya masih belum sampai ke penghujungnya sekali gus menuntut komitmen penuh dan jitu bukan sahaja barisan hadapan, tapi juga rakyat Malaysia.

Seperti kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab memikul tugas membendung penularan wabak COVID-19 untuk memberi peluang petugas barisan hadapan 'berehat'.

Patuhilah prosedur operasi standard, kita mampu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

-- BERNAMA

Simptom serangan jantung pada wanita 'lemah', sukar dikesan - Pakar



27/05/2020 08:49 AM

Oleh Shuhaida Mohd Said

ALOR SETAR, 27 Mei  -- Serangan jantung yang terjadi akibat gangguan aliran darah ke jantung boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan cepat dan tepat.

Tidak seperti golongan lelaki, tanda serangan jantung pada wanita adalah lebih 'lemah' dan sukar dikesan sehingga kadangkala apabila dikesan ia sudah berada pada tahap serius serta sukar dirawat kerana berlaku 'kerosakan' pada jantung.

Pakar Jantung Kedah Medical Centre (KMC) Dr Abd Rahim Tahir berkata walaupun kes serangan jantung sering didengar melibatkan golongan lelaki, wanita juga sebenarnya berisiko terutama bagi penghidap darah tinggi atau diabetes kronik.

"Sakit jantung terhadap lelaki dan wanita sama saja dari segi keterukan, keseriusan dan cara rawatan tapi yang jadi masalah, wanita 'tertinggal' di belakang kerana tandanya tidak nyata seperti lelaki, akibatnya wanita tidak dapat rawatan yang sempurna dari awal.

"Sesetengah pakar kata risiko (serangan jantung) pada wanita juga biasanya datang lewat sikit, sebab semasa dalam kitaran haid, hormon itu boleh bantu kurangkan masalah jantung," katanya kepada Bernama di sini.

Dr Abd Rahim berkata tidak seperti lelaki, tanda serangan jantung pada golongan itu lebih jelas seperti sakit dada yang serius, berbanding wanita yang kadang kala hanya berasa letih, berpeluh, berdebar-debar atau berasa kurang selesa pada dada.

"Macam letih, ia ada banyak sebab, contohnya demam atau hypoglycemia yang biasa dialami pesakit kencing manis. Letih yang dimaksudkan adalah letih luar biasa atau jika berpeluh, ia juga luar biasa, misalnya sebelum ni buat kerja dua tiga jam baru berpeluh, ini bergerak sikit dah basah peluh.

"Saya ada ramai pesakit wanita yang ada tanda macam tu dan bila buat pemeriksaan terperinci, didapati pesakit sebenarnya mempunyai masalah jantung. Kadang-kadang buat elektrokardiogram (ECG) tak nampak, tapi bila buat ujian stress baru nampak dia sakit," katanya.

Beliau berkata gejala atau simptom serangan jantung yang tidak jelas itu juga sering dialami golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas atau penghidap kencing manis kronik.

"Pesakit kencing manis ni saraf mereka bermasalah... deria rasa mereka tak kuat, tak rasa sakit, deria rasa ada pada jantung juga, jadi tanda serangan jantung pada mereka tidak nyata," katanya.

Dr Abd Rahim berkata tindakan terhadap pesakit yang lambat mendapatkan rawatan akan menjadi lebih kompleks dan berkemungkinan mereka tidak dapat sihat sepenuhnya kerana jantung mereka sudah 'tercedera'.

Oleh itu katanya, wanita perlu lebih peka dengan perubahan pada diri dan perlu tahu mengukur tahap kesihatan mereka sendiri bagi mengesan simptom-simptom yang tidak jelas itu.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengamalkan gaya pemakanan yang sihat seperti yang disarankan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan seperti banyak makan sayur atau ulam dan ambil makanan kurang minyak dan garam.

"Selain itu orang selalu sebut Q10 bagus, sama ada dalam bentuk vitamin atau kapsul dan dalam sesetengah minyak ada banyak Q10 contohnya minyak zaitun.

"Q10 adalah satu enzim kita guna dalam badan untuk kurangkan kadar penukaran lemak tak tepu kepada tepu. Jika kadar lemak tepu rendah, kemungkinan berlaku penyempitan saluran darah lebih rendah sekali gus dapat mengurangkan risiko serangan jantung," katanya.

-- BERNAMA

Saturday 23 May 2020

Harga RON95 dan RON97 naik 7 sen, diesel naik 6 sen




22/05/2020 07:02 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mei -- Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tujuh sen daripada RM1.31 kepada RM1.38 seliter dan RM1.61 kepada RM1.68 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit diesel juga naik enam sen seliter, daripada RM1.45 kepada RM1.51 seliter.

Ia adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan, menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kenaikan itu disebabkan peningkatan harga minyak yang diproses, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia, menurut kenyataan itu.

“Bagaimanapun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Friday 22 May 2020

Urusan Pemangkuan Jurupulih Perubatan (Fisioterapi) Gred U29 ke Gred U32


TajukUrusan Pemangkuan Jurupulih Perubatan (Fisioterapi) Gred U29 ke Gred U32
Tarikh Iklan 22-05-2020
Penerangan Sila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan 26-06-2020
LampiranUrusan Pemangkuan Jurupulih Perubatan (Fisioterapi) Gred U29 ke Gred U32.pdf




Urusan Pemangkuan Jurupulih Perubatan (Carakerja) Gred U29 ke Gred U32


TajukUrusan Pemangkuan Jurupulih Perubatan (Carakerja) Gred U29 ke Gred U32
Tarikh Iklan 22-05-2020
Penerangan Sila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan 26-06-2020
LampiranUrusan Pemangkuan Jurupulih Perubatan (Carakerja) Gred U29 ke Gred U32.pdf        

COVID-19: Kes positif COVID-19 di Indonesia lepasi angka 20,000 kes, tertinggi dalam tempoh 24 jam

foto Zikri Maulana/ZUMA Wire/dpa


21/05/2020 06:21 PM

JAKARTA, 21 Mei  -- Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 20,000 kes dengan berlaku tambahan kes positif baharu tertinggi bagi tempoh 24 jam iaitu 973 kes.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, jumlah kes positif kini berjumlah 20,162 susulan berlaku tambahan 973 kes baharu tertinggi bagi tempoh 24 jam, sejak kes pertama disahkan pada 2 Mac lepas.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 36 lagi kematian berlaku menjadikan kes kematian akibat virus itu kini 1,278 orang," katanya.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kematian tertinggi iaitu 481 kes diikuti Jawa Timur (241 kes), Jawa Barat (124) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

Pelaksanaan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) di provinsi Jakarta yang bermula 15 Mac lepas, masih berkuatkuasa sehingga 4 Jun ini.

-- BERNAMA

Kluster baharu COVID-19 dikesan di Depot Tahanan Imigresen, Bukit Jalil



21/05/2020 06:16 PM

PUTRAJAYA, 21 Mei  -- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu membabitkan warga asing di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Memperincikan kluster baharu itu, beliau berkata sehingga tengah hari ini seramai 645 orang telah disampel secara keseluruhan dengan 35 daripadanya disahkan positif COVID-19.

Katanya, kesemua 35 kes positif itu membabitkan 17 warga Myanmar; 15 (India), dan masing-masing seorang warga Sri Lanka, Bangladesh dan Mesir.

“Daripada jumlah keseluruah, 400 kes adalah negatif manakala 210 orang masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

“Pelbagai aktiviti pencegahan dan kawalan telahpun dijalankan misalnya, aktiviti nyahkuman, pendidikan kesihatan seperti penjagaan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta penekanan mengenai penjarakan sosial,” katanya pada sidang media harian mengenai COVID-19 di sini, hari ini..

Dr Noor Hisham berkata KKM menyediakan perkhidmatan kesihatan ke semua pusat depot tahanan secara berjadual. yang diberikan oleh pasukan kesihatan dari klinik kesihatan terdekat.

“Anggota pasukan kesihatan terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat terlatih dan jururawat masyarakat.

“Antara perkhidmatan itu seperti rawatan penyakit ringan,rawatan awal kecemasan, pemeriksaan kesihatan ibu hamil, kesihatan bayi dan kanak-kanak termasuk suntikan imunisasi berdasarkan jadual imunisasi kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata kes memerlukan rawatan pesakit dalam dan kes kecemasan seperti ibu yang bakal bersalin akan dirujuk ke hospital kerajaan yang berdekatan dan kesemua perkhidmatan itu tidak dikenakan sebarang caj Fi.

Tegas Dr Noor Hisham, bagi memastikan kes jangkitan COVID-19 dapat dikesan sepenuhnya, KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah meneruskan tindakan lanjut menerusi pendekatan tertumpu.

“Siasatan, pengesanan kontak rapat, penilaian risiko dilakukan pihak yang berkaitan manakala saringan gejala dan persampelan untuk mengesan kes, dibuat secara aktif.

“Bagi kes positif, (pesakit) akan diisolasi dan dirawat di hospital. Kontak rapat pula akan diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta 342 (Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988),” katanya.

KKM akan terus bekerjasama dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain agensi kerajaan bagi pengurusan kes COVID-19 yang melibatkan Depot Tahanan Imigresen.

Sementara itu ditanya mengapa kluster Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil baru dapat dikesan walaupun pendatang tanpa izin itu ditahan sebelum pelaksanaan PKP, Dr Noor Hisham berkata buat masa ini, KKM masih menjalankan siasatan bagi mengesan punca penularan COVID-19 dalam kalangan tahanan itu.

"Kita perlu menyiasat dengan lebih mendalam...kami tidak pasti, mungkin ia daripada pekerja atau petugas di bahagian dapur,” katanya.

-- BERNAMA

Tuesday 19 May 2020

Jangan beri nama dan nombor telefon palsu ketika daftar - Ismail Sabri

gambar berita harian




18/05/2020 04:01 PM

PUTRAJAYA, 18 Mei  -- Jangan letak maklumat seperti nama ‘Badang’, ‘Superman’ dan ‘Batman’ serta nombor telefon palsu ketika membuat pendaftaran di premis perniagaan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Menurut beliau, tindakan meletakkan nama dan nombor telefon palsu boleh menyebabkan pengunjung sukar dihubungi sekiranya terdapat kes positif COVID-19 di premis terbabit.

“Saya difahamkan ramai yang tidak memberi nama dan nombor telefon betul seperti guna nama 'Badang’, Superman dan Batman. Jadi kalau terjadi apa-apa, kita sukar hubungi mereka.

"Saya harap kepada pengunjung, sila letak nama sebenar (kerana) sekiranya ada kes-kes kecemasan yang berkaitan kes-kes positif COVID-19 di tempat itu, (mereka) mudah untuk dihubungi,” katanya dalam sidang media harian di sini hari ini.

Ujarnya, tiada keperluan untuk meletakkan nombor kad pengenalan dan alamat rumah ketika mendaftar masuk bagi mengelakkan maklumat disalah guna oleh orang yang tidak bertanggunjawab.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengumumkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan esok bagi mengawal kenaikan harga barangan keperluan menjelang sambutan Aidilfitri minggu depan.

“Menteri berkaitan (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi memaklumkan kepada saya mengenai pengumuman itu. Skim itu bukan sahaja tertumpu kepada harga ayam malah pelbagai barangan keperluan lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta peniaga mematuhi skim tersebut memandangkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) permintaan ayam berkurangan disebabkan tidak banyak restoran beroperasi.

Katanya, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan merupakan mekanisme terbaik bagi mengelak mana-mana pihak mengambil kesempatan dengan menaikan harga barang keperluan.

Mengenai status bekalan makanan, Ismail Sabri memberi jaminan bekalan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan serta mudah diperoleh.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) turut melaporkan status semasa bekalan makanan seperti daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan serta beras berada pada tahap stabil dan mencukupi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata masih terdapat 7,384 pelajar dari Sabah yang belum dihantar pulang dari kampus IPT di Semenanjung kerana pusat kuarantin yang disediakan kerajaan negeri tidak dapat menampung jumlah kepulangan pelajar untuk menjalani kuarantin wajib 14 hari.

"Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi bersama Kerajaan Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk mewajibkan setiap pelajar yang ingin pulang menjalani ujian swab COVID-19, sebelum mereka berlepas pulang.

"Bagi mereka yang disahkan negatif COVID-19 akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan. Manakala bagi yang disahkan positif, mereka akan dihantar ke hospital untuk rawatan," katanya.

-- BERNAMA

Jururawat maut kemalangan jalan raya di Beaufort




19/05/2020 08:27 AM

BEAUFORT, 19 Mei  -- Seorang jururawat masyarakat maut selepas kereta yang dipandu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kampung Nukahan, KM28 Jalan Beaufort-Menumbok, semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abdul Razak berkata mangsa Siti Zaharah Jeris@Idris, 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Kuala Penyu.

Beliau berkata ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan dari Beaufort menuju ke Kuala Penyu sebelum bertembung dengan kenderaan itu dari arah bertentangan.

"Siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan mangsa gagal memotong dua kenderaan di hadapannya," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Azmir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

Saturday 16 May 2020

Pengorbanan Jururawat Hadapi Krisis COVID-19



12/05/2020 06:47 PM



Oleh Erda Khursyiah Basir

Artikel ini sempena Hari Jururawat Sedunia yang disambut pada 12 Mei. Tema sambutan tahun ini "A Voice to Lead : Nursing The World To Health"

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Berbeza dengan sambutan sebelum ini, Hari Jururawat Sedunia 2020 pastinya mencatat sejarah baharu dalam profesion kejururawatan termasuklah di Malaysia.

Ini kerana seluruh dunia sedang berperang melawan pandemik COVID-19 dan golongan jururawat merupakan antara wira barisan hadapan yang menjadi ‘benteng’ untuk membendung penularan wabak penyakit ‘pembunuh’ ini.

Mereka sebenarnya bukan sahaja berkorban masa, tenaga serta perasaan, bahkan ramai yang terpaksa berjauhan, meninggalkan anak isteri/suami serta insan-insan tersayang yang lainnya, demi menunaikan tugas untuk negara.



TUNTUTAN TUGAS

“Kali terakhir saya pulang ke Perlis berjumpa isteri dan anak-anak ialah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas.

“Selalunya setiap minggu saya akan berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Perlis, tetapi kini sudah dua bulan saya tak dapat balik bertemu keluarga kerana tuntutan tugas selain arahan PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tidak membenarkan rakyat merentas negeri kecuali atas urusan tertentu.


Ketua Jururawat Kesihatan yang bertugas di Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya, Mohd Erwan Juslin bersama isterinya Zurina Hamdan yang juga merupakan seorang jururawat dan bertugas di Unit Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.

“Hanya panggilan telefon dan video menjadi pengubat rindu… Walaupun sedih, saya perlu tabah dan kuat demi tugas dan tanggungjawab,” demikian luahan hati Mohd Erwan Juslin, Ketua Jururawat Kesihatan yang bertugas di Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya.

Mohd Erwan adalah antara ribuan petugas kesihatan barisan hadapan yang bertugas menjalankan ujian saringan COVID-19 di Pusat Kesihatan Daerah Lembah Pantai, termasuk dalam bulan Ramadan ini.

Beliau yang sudah berkahwin berasal dari Beaufort Sabah. Isterinya, Zurina Hamdan yang berasal dari Perlis juga adalah seorang jururawat, kini bertugas di Unit Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Pasangan ini yang sudah mendirikan rumah tangga selama 13 tahun mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu dua orang putera dan seorang puteri, berusia dua hingga 10 tahun.



PALING MENCABAR



Berhadapan krisis COVID-19 adalah pengalaman paling mencabar serta menguji ketahanan mental dan fizikal sepanjang 15 tahun bekerja sebagai jururawat. Berkorban masa, tenaga dan perasaan bahkan Mohd Erwan Juslin juga sudah dua bulan tidak bertemu anak-anak dan isteri yang menetap di Perlis demi tugas dan tanggungjawab kepada negara.

Berhadapan krisis COVID-19, Mohd Erwan berkata ia adalah pengalaman paling mencabar serta menguji ketahanan mental dan fizikal sepanjang 15 tahun beliau bertugas sebagai jururawat.

“Kerinduan terhadap keluarga di samping tugas yang perlu diselesaikan. Berpanas dan berhujan, ujian saringan tetap perlu diteruskan termasuk pada bulan Ramadan memandangkan masih ada kes kluster baharu yang direkodkan.

“Memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) semasa berpuasa amatlah mencabar, peluh mencurah-curah dan basah lencun! Jika bukan pada bulan puasa memakai PPE selama satu jam pun sudah kepanasan, dahaga dan bermandi peluh, apatah lagi pada bulan puasa.

“Namun begitu, mungkin keberkatan bulan Ramadan, penat tu terasa tetapi Alllah beri kekuatan untuk terus bertugas. Alhamdulillah setakat hari ini saringan dapat dijalankan dengan lancar. Saya juga sebenarnya turut menjalani ujian saringan kerana contact dengan pesakit yang positif namun syukur kesemua ujian yang dijalani menunjukkan saya negatif,” kata Mohd Erwan berkongsi pengalamannya dengan Bernama menerusi perbualan telefon.



SALING MENYOKONG

Kekangan tidak boleh bertemu anak-anak serta isteri, Mohd Erwan berkata hanya doa dan kata-kata semangat sering diucapkan bagi memberi kekuatan antara satu sama lain.

“Selain kasihan terhadap isteri kerana perlu menguruskan anak-anak sendirian, saya juga sedikit bimbang kerana Zurina secara tidak langsung turut terlibat dengan COVID-19 kerana ada pesakit COVID-19 yang diarahkan untuk melakukan rawatan dialisis.

“Saya sentiasa mengingatkannya (isteri) agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan tugas bagi mengelak dari terkena jangkitan virus. Seluruh masyarakat juga perlu sama-sama menjaga diri dan mengamalkan normal baharu seperti lebih menitikberatkan soal kebersihan diri, sentiasa mencuci tangan dan amalan penjarakan sosial dalam membendung penularan virus ini,” katanya.

Ditanya berhubung pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri untuk berjumpa keluarga, beliau berkata ia ibarat satu rahmat buat dirinya sekeluarga.

“Di bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri, pastinya pengumuman ini sesuatu yang amat kami nanti-nantikan,” katanya.

Kelmarin (10 Mei), dalam perutusan khas yang disiarkan di stesen televisyen, Muhyiddin berkata, kerajaan mengambil keputusan untuk memberikan kelonggaran berkenaan kerana difahamkan ada pasangan yang terpaksa tinggal berjauhan atas urusan kerja.

Perdana Menteri turut memohon supaya kerajaan negeri Sabah dan Sarawak agar dapat memberikan kelonggaran yang sama dan menambah bahawa permohonan itu boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan.



KORBAN TINGGAL BERASINGAN


Siti Zaleha Zahabah berkata beliau mengambil keputusan untuk tinggal berasingan daripada anak-anak serta suami sepanjang bertugas sebagai sukarelawan untuk Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Sementara itu, seorang jururawat di sebuah klinik swasta di Damansara, Siti Zaleha Zahabah mengambil keputusan untuk tinggal berasingan daripada anak-anak serta suami, sepanjang bertugas sebagai sukarelawan untuk Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Beliau memilih untuk tinggal di asrama Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH) di Setia Alam, Selangor bagi tujuan keselamatan dan untuk mengelakkan ahli keluarganya daripada risiko terkena jangkitan COVID-19.

Ibu kepada tiga orang puteri yang berusia antara tujuh hingga 11 tahun ini menzahirkan rasa syukur kerana sokongan suami, keluarga serta keluarga mentua yang tidak berbelah-bahagi untuk beliau meneruskan kerjaya termasuk membantu menguruskan anak-anak.

“Saya bertugas menjalankan ujian saringan COVID-19 dan dihantar bertugas ke lapangan mengikut jadual yang ditetapkan oleh JKNS. Antaranya di pusat kuarantin dan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti Pasar Borong Kuala Lumpur dan Selayang Baru.

“Berhadapan situasi ini sememangnya memberi sebuah pengalaman baharu buat saya sepanjang 10 tahun berkhidmat sebagai jururawat. Bukan sahaja terdedah kepada risiko, kami juga pada masa sama perlu bijak memainkan peranan dalam membantu mengatasi rasa takut individu dalam pemantauan (PUS).

“Saya berharap agar seluruh pasukan barisan hadapan khususnya jururawat terus cekal berjuang dan berkorban masa, tenaga dan perasaan di medan peperangan COVID-19 demi rakyat dan negara,” katanya.



SEMANGAT JUANG TINGGI

Terdapat pelbagai lagi kisah di sebalik perjuangan dan pengorbanan golongan jururawat.

Siti Zaleha Zahabah (depan sekali) memilih untuk tinggal di asrama Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH) di Setia Alam, Selangor bagi tujuan keselamatan dan untuk mengelakkan ahli keluarganya daripada risiko terkena jangkitan COVID-19.

Antaranya termasuklah kisah jururawat yang sudah bersara tetapi bersedia kembali bertugas sebagai sukarelawan bagi membantu petugas barisan hadapan menangani wabak COVID-19.

Biby Maideen, 68, menarik perhatian seluruh rakyat dengan semangat beliau untuk menabur bakti kepada negara.

Warga emas itu dikatakan berbincang dengan anak-anaknya sebelum menghantar permohonan menjadi sukarelawan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon agar doktor dan jururawat bersara kembali berkhidmat.

Antara kisah lain yang tular di media sosial juga ialah video bertajuk ‘Nurse Menangis Tinggal Keluarga Bertugas Perangi COVID-19’.

Video yang berdurasi 1.40 saat itu menunjukkan seorang wanita dengan pakaian jururawat menangis di luar rumah kerana tidak boleh mendekati ahli keluarganya.

Jururawat berkenaan dilihat mengesat air mata apabila dinasihati ibunya agar berhati-hati semasa bertugas dan sentiasa berserah kepada Allah.

“Tiap kali keluar rumah cakap kerana Allah Taala kerana cari rezeki… Jangan nangislah nak,” pesan ibunya di dalam video itu.

Semoga masyarakat terus menghormati serta menghargai jasa, bakti serta pengorbanan insan yang bernama jururawat ini.

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2020. #KitaMestiMenang!



Disunting oleh Melati Mohd Ariff

BERNAMA

COVID-19: Rakyat Malaysia kongsi pengalaman dirawat di Argentina selama 48 hari



15/05/2020 05:48 PM

Oleh V.Sankara

KUALA LUMPUR, 15 Mei --  "Saya hanya diberitahu dijangkiti COVID-19 selepas 30 hari sedar daripada ditidurkan ketika menerima rawatan di hospital," kata Mohd Zaidy Abdul Rahman, seorang pendakwah bebas yang masih terkandas di Argentina bersama bapa mertuanya.

Menceritakan detik cemas berada selama 48 hari di sebuah hospital di bandar Vicente Lopez di Argentina, sejak mula dimasukkan ke hospital berkenaan 14 Mac lalu,  Mohd Zaidy berkata beliau satu-satunya pesakit kritikal pertama yang dirawat dan pulih sepenuhnya, ketika itu.

“Selepas semalaman berada di hospital saya telah ditidurkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Zaiyadal Aquaculture Sdn Bhd itu.

“Selepas sedar baru tahu saya dijangkiti COVID-19 sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk 15 hari lagi dan kemudian tiga hari di wad biasa,” katanya menerusi WhatsApp kepada Bernama.

Mohd Zaidy berkata beliau bersama empat lagi ahli rombongan termasuk bapa mertuanya tiba di Argentina pada 7 Mac untuk misi dakwah. 

Selepas kira-kira seminggu berada di negara itu kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke hospital pada 14 Mac lepas.          “Tiga lagi àhli rombongan pulang ke tanah air ketika saya dirawat di ICU," katanya.

Beliau merakamkan penghargaan kepada pihak hospital terutama kepada jururawat dan kakitangan fisioterapi atas layanan baik yang diberikan.  

Lebih terharu apabila petugas hospital turut menyanyikan lagu bertajuk “Resistiré” (dalam Bahasa Sepanyol ataupun dalam Bahasa Inggeris “I will survive”) ketika mengiringi beliau keluar dari wad selepas pulih sepenuhnya. 

“Pada mulanya, pihak hospital seolah-olah hilang harapan ketika merawat saya, tapi Alhamdulillah saya sembuh juga berkat doa keluarga, ulama dan rakan-rakan dari seluruh dunia. Saya bersyukur dan amat berterima kasih atas doa mereka.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kedutaan Malaysia di Argentina kerana membantu membolehkan isteri saya di Malaysia menerima laporan mengenai perubatan saya ,” katanya yang berasal dari Kuantan, Pahang dan mempunyai seorang anak.  

Sementara itu,  Mohd Zaidy memohon kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra membantu menguruskan penerbangan khas secepat mungkin untuk membolehkan beliau dan bapa mertuanya pulang ke tanah air.  

“Buat masa ini, saya bersama bapa mertua menyewa homestay. Saya sangat berharap Wisma Putra boleh menghantar pesawat khas ke (Argentina) untuk bawa kami berdua dan beberapa keluarga yang masih terkandas di sini balik ke Malaysia,” katanya.

-- BERNAMA

Hospital di India terus bergelut dengan lonjakan kes COVID-19



15/05/2020 04:00 PM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 15 Mei -- Kemudahan perubatan di India berdepan tekanan hebat di tengah-tengah lonjakan besar dalam kes COVID-19 walaupun kerajaan menguatkuasakan sekatan pergerakan di seluruh negara.

Keadaan itu mencetuskan krisis kekurangan pelaburan dalam sistem penjagaan kesihatan awam sedangkan hospital swasta menikmati pertumbuhan pesat.

Dengan kira-kira 82,000 kes positif, kes di India pada Jumaat bakal mencecah angka enam digit tidak lama lagi, dan jika kadar jangkitan terus melonjak, hospital mungkin akan dibebani dengan jumlah pesakit yang ramai.

"Andai kita berupaya mengurangkan jumlah kes di bawah 100,000, kita akan berada dalam situasi yang baik.Satu perkembangan positif ialah kebanyakan kes pada tahap ringan hingga sederhana tidak memerlukan ventilator," kata bekas presiden Persatuan Doktor di All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) di New Delhi, Dr Amarinder Singh Malhi.

AIIMS adalah kemudahan kesihatan awam utama di India dalam mengendalikan pesakit COVID-19.

Sementara itu, Dr Harjit Singh Bhatti, presiden Forum Progresif Medicos dan Saintis, berkata beberapa negeri dilihat mampu menangani wabak COVID-19 dengan baik manakala yang lain masih bertungkus lumus berjuang.

"Langkah pencegahan sekatan pergerakan tidak menghasilkan keputusan seperti dikehendaki. Kami masih tidak dapat meratakan lengkung jangkitan. Kita tidak boleh kenakan sekatan pergerakan untuk selama-lamanya," kata Bhatti kepada Bernama.

"Hingga kini kita tidak mempunyai data epidemiologi tempatan dan profil pesakit umum, membolehkan kakitangan kesihatan memahami gejala umum dan merawat pesakit dengan lebih baik," katanya.

Sekatan pergerakan yang bermula 25 Mac lalu, sepatutnya digunakan untuk memperluas kemudahan rawatan dan merekrut pekerja penjagaan kesihatan, kata Bhatti.

Kemudahan perubatan kini kekurangan kakitangan terlatih, keadaan  diburukkan lagi apabila pekerja perubatan turut dijangkiti virus itu.

"Kami berdepan masalah kekurangan kakitangan kerana ada pekerja kesihatan di New Delhi positif COVID-19. Walaupun mempunyai ventilator, kita juga perlukan lebih ramai petugas terlatih untuk melakukannya," katanya.

Ketika wabak COVID-19 mula menular, doktor dan jururawat mengeluh kerana kekurangan kit ujian, penutup hidung dan mulut serta kelengkapan perlindungan diri (PPE), selain sikap masyarakat.

"Sekarang kelengkapan perubatan sudah tersedia. Apa yang kami perlukan ialah kesedaran dalam kalangan masyarakat. Mereka harus memakai penutup hidung dan mulut, mengamalkan penjarakan sosial dan bekerjasama mengesan kontak," kata Malhi.

Tatkala kerajaan berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai virus itu, ramai penduduk India panik dan ketakutan.

Pos pemeriksaan polis terpaksa diwujudkan negara untuk mengawal dan memastikan 1.3 bilion penduduk duduk di dalam rumah.



DISKRIMINASI TERHADAP DOKTOR



Penularan wabak COVID-19 menyaksikan profesional perubatan mengalami diskriminasi, masyarakat seolah takut untuk mendekati mereka dan tidak menghargai usaha mereka.

"Masyarakat sepatutnya bertanggungjawab dan menghormati petugas perubatan," kata Malhi.

Kes COVID-19 India dijangka memuncak pada Jun atau Julai, menurut pakar perubatan.

Beberapa sekatan pergerakan dan aktiviti perniagaan akan dilonggarkan dalam beberapa hari lagi untuk mengelakkan ekonomi dan sosial terus merudum.

Pada masa sama, lonjakan kes COVID-19 perlu dibendung untuk mencegah bencana kesihatan.

Kira-kira 19,000 kes COVID-19 dilaporkan sejak Ahad.

Menteri Kesihatan, Harsh Vardhan, berkata India setakat ini telah melakukan hampir dua juta ujian saringan COVID-19.

Standard perkhidmatan penjagaan kesihatan di setiap negeri berbeza kerana kekurangan dana, peralatan dan kakitangan, menimbulkan masalah besar menjadikan AIIMS dibebani dengan permintaan perkhidmatan kesihatan.

India mempunyai 7,740 kemudahan kesihatan awam di 483 daerah, yang menawarkan 656,769 katil di wad isolasi.

Jumlah katil di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 34,076, sementara 305,567 untuk kes positif, 351,204 kes disyaki dan 99,492 mesin bantuan oksigen.

-- BERNAMA

Hargai perjuangan wira negara melalui lukisan



16/05/2020 11:50 AM

Oleh Siti Fauziah Hasan dan Anis Nabilla Md Wazilah

KUALA LUMPUR, 16 Mei  -- Sejak dunia dilanda pandemik COVID-19, pelbagai medium digunakan untuk meluahkan penghargaan dan terima kasih kepada barisan hadapan yang 'bermandi peluh' mengekang penularan ‘pembunuh dalam diam’ tidak mengenal umur, jantina dan kelas sosial itu.

Paling menonjol, medium ‘anime’ dan karikatur yang melonjakkan nama 'Artotoise’. Selain menggunakan figura Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mereka turut menjadikan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebagai ikon utama dalam karya mereka.

Malah, selain karikatur Dr Noor Hisham, ramai juga biasa melihat ilustrasi comel dan menarik Artotoise berkaitan situasi semasa penularan COVID-19 di negara ini yang turut dikongsikan melalui laman sosial Majlis Keselamatan Negara dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Mendapat ribuan perkongsian dan tanda suka setiap kali karya mereka dimuat naik di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram, Artotoise yang dinaungi tiga individu, Mohd Ikhsan Kamarudin, 36, Mohd Ikhwan Kamarudin, 30, dan Nur Sarah Adilin Mohd Darus, 35, pada awalnya tidak menyangka karya mereka mendapat perhatian masyarakat.

“Memang kami banyak menghasilkan karya yang memaparkan tokoh negara, terutama sekali dalam menentang wabak COVID-19, Dr Noor Hisham adalah figura yang sangat disegani, jadi kami cuba untuk tonjolkan pengorbanan dilakukan beliau.

"Kami juga mahu memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan COVID-19 dengan cara yang paling mudah,” demikian kata Mohd Ikhsan kepada Bernama ketika ditanya konsep utama dalam karya mereka.

Menurut beliau, penceritaan dalam bentuk komik atau karikatur akan mudah difahami bukan sahaja golongan dewasa malah orang muda juga.

“Jika melalui maklumat yang panjang, mungkin orang malas nak baca jadi dengan karya ini yang tidak terlalu serius, orang akan 'enjoy' dan memudahkan mereka memahami mesej yang ingin disampaikan kepada setiap golongan masyarakat," katanya dan menambah karya mereka dibuat melalui platform digital.

Hanya mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit bagi menghasilkan sesuatu karya, pemegang Diploma Mekanikal Kolej Kemahiran Tinggi MARA itu berkata, mereka menjadikan kartunis Lat dan Zunar sebagai inspirasi dan bahan rujukan bagaimanapun, masih mengekalkan identiti sendiri dalam hasil lakaran.

Dalam pada itu, Mohd Ikhsan berkata nama Artotoise tercetus melalui nama kura-kura dan ditukar dalam bahasa Inggeris sebagai Tortoise, ini kerana kura-kura mempunyai ceritanya tersendiri dan sering digambarkan perlahan tetapi tetap berjaya.

Seorang lagi pelukis Ima Amalina Abd Khalip, 32, yang melakarkan potret Dr Noor Hisham sehingga tular di media sosial berkata lukisan menggunakan pensil arang itu dihasilkan sebagai tanda terima kasih atas sumbangan orang kuat KKM itu.

"Saya tertarik untuk melukis gambar Dr Noor Hisham kerana peribadi baiknya, tambahan beliau satu sekolah dengan saya iaitu alumni Kolej Islam Sultan Alam Shah (dulu dikenali sebagai Kolej Islam Klang),” kata pembantu penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata beliau menyimpan hasrat untuk menyerahkan lukisan berkenaan kepada doktor yang dinamakan antara terbaik di dunia oleh China Global TV Network (CGTN) itu suatu hari nanti.

Menyingkap penglibatannya dalam seni lukis, Ima Amalina berkata beliau mula mengetengahkan hasil karyanya di laman sosial Instagram @iamimaamalina selepas menjalani pembedahan otak pada 2013.

Menurutnya, di awal pembabitan beliau hanya mempunyai kira-kira 10 pengikut di Instagram bagaimanapun ia mula bertambah apabila beliau mula melukis potret artis-artis terkenal antaranya Neelofa, Lisa Surihani dan Nora Danish.

“Biasanya, lukisan yang dihasilkan bergantung kepada gambar rujukan dan saiz yang ingin saya lukis, lebih besar lukisan mungkin ambil masa berhari-hari, tetapi untuk saiz A4 atau A3 saya boleh siapkan dalam masa sehari,” katanya yang minat melukis sejak berusia lima tahun.

-- BERNAMA

Bawa golongan berisiko ke tempat awam berdepan tindakan - KP Kesihatan



16/05/2020 02:02 AM

PUTRAJAYA, 15 Mei -- Individu yang masih berdegil dengan membawa golongan berisiko dijangkiti COVID-19 khususnya kanak-kanak dan warga emas ke tempat tumpuan awam, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, tindakan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) mungkin boleh diambil pihak berkuasa, jika pendekatan memberi nasihat dilihat gagal.

"Kementerian Kesihatan (KKM) mengunakan pendekatan menasihat, jangan bawa golongan berisiko ke tempat awam termasuklah pusat beli-belah dan hospital, melainkan ada janji temu.

"Sekarang ini kita (KKM) beri nasihat, tapi mungkin kita akan ambil tindakan di bawah Akta 342 iaitu saman atau tindakan mahkamah," katanya.

Beliau ditanya sama ada KKM akan meneliti larangan membawa golongan berisiko dijangkiti COVID-19 ke tempat awam sebagai prosedur operasi standard (SOP) tambahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebelum ini, media melaporkan masih ramai individu membawa golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga emas ke tempat awam.

Malah, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kerajaan boleh meminda undang-undang di bawah akta tersebut sekiranya, masyarakat tidak menghiraukan perkara itu.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menasihatkan umat Islam untuk meraikan sambutan Hari Raya di rumah sahaja untuk melindungi ahli keluarga dan komuniti daripada jangkitan COVD-19.

“Jika kita amalkan ini, (atau) melaksanakan perintah berkurung di dalam rumah sendiri untuk memastikan tiada siapa dari luar masuk ke rumah kita, itu sebaiknya.

“Ini sesuatu yang  kita boleh lakukan. Jangan berkunjung dari satu rumah ke satu rumah, jika kita ambil semua langkah berjaga-jaga kita boleh melindungi keluarga kita,” katanya.

Kepada soalan mengenai jumlah sekolah tahfiz yang pelajarnya masih belum tampil untuk menjalani saringan COVID-19, Dr Noor Hisham berkata KKM bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengenal pasti sekolah tahfiz berkenaan.

"Petugas kesihatan juga turun padang  ke sekolah, mengenal pasti sekolah dan melakukan ujian saringan. Ia tiada kena mengena dengan stigma tetapi untuk melindungi dan memastikan jangkitan tidak disebarkan kepada orang lain," katanya.

Beliau berkata KKM turut menjalankan proses pengesanan di sekolah tahfiz dan telah mengenal pasti 370 sekolah tahfiz dan melakukan saringan terhadap lebih 50 peratus atau 13,288 individu termasuk pelajar, guru dan staf.

-- BERNAMA

Kanak-kanak perempuan Ditemukan lemas di kolam ikan



16/05/2020 07:41 AM

DUNGUN, 16 Mei  -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun tujuh bulan ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam ikan di Jalan Santong, Paka, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata, mangsa Nur Ara Rasha Abdul Aziz ditemui dalam keadaan kepala menjunam ke dalam air di kolam ikan itu, yang terletak kira-kira 15 meter di belakang rumah datuknya.

“Sebelum kejadian mangsa dikatakan bermain bersama dua orang sepupunya yang berusia empat dan dua tahun sebelum disedari hilang, usaha mencari mangsa telah dilakukan sejak pukul 3.00 petang oleh ahli keluarganya.

“Menurut bapa saudara mangsa Che Saifuddin Che Ibrahim, 33, Nur Ara Rasha ditemui kira-kira pukul 5.00 petang dan terus dibawa ke Klinik Kesihatan Paka sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 6.20 petang semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Baharudin berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke unit forensik Hospital Dungun dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

Thursday 14 May 2020

Kanak-kanak 11 tahun cedera akibat letupan mercun bola



14/05/2020 07:58 AM

KUALA TERENGGANU, 14 Mei -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera akibat letupan mercun bola berhampiran rumahnya di Besut dalam kejadian 9.15 malam tadi.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata mangsa kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

"Mangsa dikatakan memegang mercun tersebut dengan tangan kanan dan menyalakan sumbunya menggunakan tangan kiri sebelum ia meletup tiba-tiba.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Besut oleh keluarganya sebelum dibawa ke HUSM dan hasil pemeriksaan mendapati keadaan mangsa adalah stabil dengan kesan melecur dan luka di jari telunjuk, jari tengah dan jari manis di tangan kanan," katanya.

Difahamkan, ini adalah kes pertama kecederaan akibat mercun pada Ramadan tahun ini.

-- BERNAMA

Berlapang dada, jangan pertikai bantuan khas Aidilfitri penjawat awam - CUEPACS




13/05/2020 06:52 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mei  -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta semua pihak supaya berlapang dada dan tidak mempertikaikan keputusan kerajaan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam.

Presidennya Adnan Mat menegaskan pihaknya kesal dengan tindakan sesetengah pihak terutamanya yang mewakili suara majikan di sektor swasta kerana mempertikaikan pemberian bantuan tersebut. 

"CUEPACS percaya Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menyedari bantuan yang diterima penjawat awam ini secara tidak langsung membantu majikan-majikan dan sektor swasta termasuk peniaga kecil untuk terus berkembang maju semula.

"Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan sektor ekonomi beroperasi. Secara tidak langsung wang yang akan dibelanjakan penjawat awam melalui bantuan khas ini sudah pasti membantu merancakkan kembali perniagaan di sektor swasta. Bagi pihak majikan, MEF sepatutnya mengetahui perkara ini dan tidak wajar membina persepsi negatif kepada kerajaan dan penjawat awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

CUEPACS katanya berpendapat peruntukan bantuan khas yang diterima penjawat awam telah dibuat dan dirangka sebelum negara mengalami krisis pandemik COVID-19.

"Jika dilihat tahun-tahun sebelum ini, kerajaan telah memperuntukkan jumlah sama untuk diberi kepada penjawat awam sebagai bantuan perbelanjaan pada hari raya Aidilfitri. Justeru, tiada isu mengenai keupayaan kewangan kerajaan kerana ia adalah sebahagian peruntukan yang disalurkan setiap tahun kepada penjawat awam. 

"Dalam masa sama, kerajaan tetap prihatin dengan nasib semua peringkat rakyat apabila pelbagai bantuan telah disalurkan melalui Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini dan CUEPACS percaya lebih banyak bantuan lain akan disalurkan pada masa akan datang," katanya.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan MEF mengkritik keputusan kerajaan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam dengan alasan sektor swasta lebih terjejas ekoran COVID-19 dan berhak mendapat lebih banyak bantuan.

Pada 11 Mei, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman  memaklumkan kerajaan memutuskan pemberian Bantuan Khas Aidilfitiri kepada kakitangan awam persekutuan Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500 dan RM250 kepada pesara kerajaan.

-- BERNAMA

PKD Muallim kesan ada pelajar IPT positif COVID-19




14/05/2020 12:31 AM

IPOH, 13 Mei -- Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muallim mengesahkan ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah itu positif COVID-19 selepas menjalani saringan menerusi Ops Hantar Pelajar.

PKD Muallim dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata susulan daripada itu, pihaknya dengan bantuan pusat kesihatan IPT itu mengambil inisiatif membuat pengesanan kontak rapat yang berkemungkinan dijangkiti COVID-19 di salah satu kampus IPT itu.

“Tujuannya adalah mengesan awal secara pencarian aktif kemungkinan positif COVID-19 dalam kalangan warga IPT kampus itu.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pengesanan aktif, saringan kesihatan COVID-19, sampel ujian calitan COVID-19, arahan kuarantin, pendidikan kesihatan COVID dan pengurusan kesihatan mental dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan itu malam ini.

Menurut kenyataan itu lagi, PKD Muallim meminta semua warga daerah itu agar tidak panik, sentiasa berada di rumah dan keluar sekiranya ada urusan penting sahaja.

-- BERNAMA

Wednesday 13 May 2020

COVID-19: Pejabat Kesihatan Tawau kesan penumpang penerbangan AK5742, AK5740 susulan kes positif




13/05/2020 02:41 PM

TAWAU, 13 Mei -- Kesemua 402 penumpang penerbangan AirAsia AK5742 dan AK5740 yang tiba di Lapangan Terbang Tawau pada 1 dan 4 Mei lalu diminta hadir ke klinik kesihatan terdekat bagi menjalani ujian saringan kedua COVID-19 susulan kes positif yang dikesan dalam kedua-dua penerbangan terbabit.

Pegawai Kesihatan Kawasan II Tawau Dr Suzalina Sulaiman berkata setakat 8 pagi tadi seramai 39 individu termasuk lapan pelajar tampil menjalani ujian berkenaan di klinik kesihatan di Kubota di sini.

Individu yang dikesan positif dalam kedua-dua penerbangan berkenaan tidak bersimptom, katanya ketika ditemui di pejabat kesihatan di sini hari ini. 

Sementara itu, Dr Suzalina berkata pihaknya berjaya mengesan tiga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang pulang ke daerah ini ingkar perintah kuarantin di rumah.

“Kita ada terima aduan orang awam dan kita buat intipan serta ambil gambar sebagai bukti. Ketiga-tiga pelajar ini akan dibawa ke mahkamah untuk didakwa,” katanya.

Menurut Dr Suzalina tiga pelajar berkenaan adalah antara 402 penumpang penerbangan AirAsia terbabit yang tiba di Sabah dari Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

Jururawat tonggak kekuatan sistem penjagaan kesihatan dunia - MMA




12/05/2020 10:31 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mei -- Jururawat adalah tonggak kekuatan sistem penjagaan kesihatan dunia, kata Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr N. Ganabaskaran.

“Kami ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jururawat di negara ini atas sumbangan mereka yang tidak ternilai dalam penjagaan kesihatan negara, terutama atas pengorbanan dan khidmat mereka dalam tempoh yang sukar ini memerangi pandemik COVID-19.

“Semoga selamat, kami bersama anda semua,” katanya dalam kenyataan hari ini, memetik mesej dari laman Facebook beliau.

Mewakili MMA, beliau juga menyanjung semua Florence Nightingales di seluruh dunia sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia dan bahawa tiada perkataan yang dapat menggambarkan pengorbanan, kasih sayang dan layanan mereka terhadap pesakit.

Hari Jururawat Sedunia disambut di seluruh dunia pada 12 Mei setiap tahun, untuk menghargai sumbangan yang diberikan jururawat kepada masyarakat dan tema tahun ini adalah Nurses: A Voice to Lead - Nursing the World to Health.

-- BERNAMA

Celcom tawar khidmat percuma untuk petugas barisan hadapan KKM

foto interpretZZ



12/05/2020 11:12 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mei -- Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) di 57 hospital yang terbabit menangani penularan COVID-19 akan menikmati perkhidmatan percuma selama sebulan untuk akaun pascabayar Celcom masing-masing bagi Julai depan.

Kalangan petugas KKM yang berdaftar sebagai pelanggan prabayar Celcom pula akan mendapat kredit percuma bernilai RM30 untuk tempoh 30 hari bagi bulan sama, demikian menurut pengendali rangkaian mudah alih itu dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd Idham Nawawi berkata kumpulan itu memberi bantuan tersebut sebagai menghargai jasa dan pengorbanan petugas menangani dan membendung penularan pandemik itu di negara ini.

“Oleh kerana mereka banyak berjauhan daripada insan tersayang ketika krisis itu, kebajikan mereka juga tidak kurang pentingnya kepada kami. Justeru, bil pascabayar dan kredit prabayar mereka bagi bulan Julai akan kami tampung,” katanya.

Menurut Idham, selain barisan petugas hadapan perubatan, mereka yang lain seperti anggota polis dan tentera juga mendapat ganjaran dalam bentuk barisan keutamaan khusus di semua outlet bluecube di serata negara.

Rebat khas itu turut dilanjutkan kepada barisan hadapan di hospital tersenarai yang masih belum menjadi pengguna Celcom.

“Petugas hadapan perubatan ini dialu-alukan untuk mendaftar menerusi ‘Pakej Penjawat Awam’ Celcom bagi pelan pascabayar sebelum 15 Jun dan maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi ww.celcom.com.my atau kunjungi outlet terdekat bluecube Celcom,” katanya.

Sementara itu, Celcom turut membantu pemandu Grab dan rakan untuk terus berhubungan dengan pelanggan masing-masing sejajar dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang turut mengubah aliran pembelian orang ramai yang kini banyak bergantung kepada perkhidmatan itu.

Sehubungan itu, lebih daripada 120,000 rakan Grab Celcom layak untuk menerima ganjaran termasuk rebat dan tawaran khas.

Bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Celcom turut bekerjasama dengan Google dan menganjurkan webinar bagi golongan sasaran dan rakan niaga dalam ekosistem syarikat telekomunikasi itu.

“Menerusi webinar itu, perusahaan berskala kecil mendapat bimbingan mengenai alat dan strategi digital untuk membantu mereka mengatasi keadaan (semasa).

“Malah, kami sememangnya sentiasa berminat untuk mewujudkan situasi yang saling menguntungkan dan memberi sokongan kepada rakan niaga dan pelanggan kami. Usaha ini telah dimulakan dengan membantu PKS menampung impak ekonomi menerusi pembiayaan mikro di bawah Program Bantuan COVID-19 Axiata,” katanya.

Menurut Idham, Celcom juga mendorong PKS mengatasi cabaran ekonomi dengan memanfaatkan kapasiti, kepakaran, perkhidmatan serta rangkaian perniagaan dan menggerakkan penggunaan digital dalam kalangan mereka.

Selain itu, sepanjang tempoh PKP dan PKP Bersyarat, Celcom telah menyediakan pelbagai bantuan komunikasi di beberapa lokasi termasuk pusat kuarantin dan pusat operasi COVID-19.

Inisiatif lain termasuk kemudahan ‘cellular-on-wheels’ di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dari segi keterhubungan, peruntukan peranti mudah alih, talian prabayar dan pascabayar di Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis Putrajaya, Persatuan MERCY/PPUM dan pusat kuarantin di Jerantut dan Bentong (Pahang), Pusat Panggilan COVID-19 Perak serta Pusat Operasi COVID-19 Pulau Pinang.

-- BERNAMA

Tuesday 12 May 2020

Patuh SOP semasa raya - KP Kesihatan

foto bekazon



11/05/2020 06:57 PM

PUTRAJAYA, 11 Mei -- Umat Islam yang dijangka akan menyambut Aidilfitri pada 24 Mei ini perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa berhari raya termasuk mengehadkan jumlah pelawat pada satu-satu masa.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah 20 orang yang disaran oleh kerajaan sebelum ini hanya terhad kepada keluarga dan saudara-mara sahaja, di samping perlu mengambil kira faktor keluasan rumah.

"Kalau ‘apartment’ kecil, bukan 20 orang dalam satu masa tapi mungkin boleh gunakan cara lain seperti janji temu secara berperingkat dan kita tak galakkan aktiviti perhimpunan atau pelawat datang ke rumah.

"Apa yang pasti ikut SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), amalkan penjarakan sosial dan lindungi warga emas contohnya tiada salam, tiada cium, kita amalkan kebersihan diri, mencuci tangan dan penggunaan pensanitasi tangan," katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Jelasnya, jumlah kes kematian bagi kes COVID-19 bagi individu 60 tahun ke atas adalah lebih 50 peratus, manakala bagi pesakit penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kencing manis dan darah tinggi, kes kematian adalah 85 peratus ke atas.

Beliau turut menyarankan rakyat Malaysia agar mengehadkan aktiviti ziarah sesama ahli keluarga semasa musim perayaan ini atau balik kampung, sekiranya merasakan sukar untuk mengamalkan penjarakan sosial.

"Kita tak tahu, tak nampak virus tersebut, mungkin kita ada virus tersebut tetapi kita telah mendedahkan virus itu pada ibu bapa serta datuk dan nenek," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata tiada sebarang kes jangkitan COVID-19 melalui makanan mentah dilaporkan setakat ini. 

Katanya KKM juga sedang menunggu keputusan laporan makmal daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengetahui sama ada virus itu terdapat dalam haiwan.

"Tapi setakat ini belum tahu ada virus ke tak... jika ada virus (dalam makanan, virus) akan mati bila kita masak,"  katanya.

Ditanya mengenai kebimbangan orang ramai mengenai kes sporadik COVID-19 di Malaysia, Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh dua minggu, hanya tiga kes sahaja dicatatkan iaitu dua kes sindrom akut pernafasan teruk (SARI) dan satu kes penyakit seperti influenza (ILI).

"Ini menunjukkan virus dalam komuniti semakin berkurang tetapi masih ada. Kalau kawalan kita baik, kita boleh putuskan rantaian jangkitan. 

"Kita bergantung pada rakyat Malaysia untuk patuh pada SOP. Kalau nak berjaya, rakyat Malaysia kena bersatu dan bersama KKM untuk putuskan jangkitan COVID-19," katanya.

Ditanya keperluan untuk menjalankan saringan kesihatan kepada semua sektor pekerjaan sebelum dibenarkan bekerja semula, Dr Noor Hisham berkata KKM kekal dengan pelaksanaan saringan berdasarkan pendekatan bersasar,  lokaliti dan mereka yang baru pulang dari luar negara. 

"Apabila kita lakukan saringan untuk pekerja untuk kali pertama, boleh bekerja, tapi esok dan minggu depan mereka akan terdedah lagi, persoalannya, berapa kali kita nak uji?" katanya. 

Beliau turut menegaskan pelaksanaan saringan yang sedang dijalankan KKM setakat ini dilihat  membuahkan hasil dalam mengawal penularan COVID-19 dalam negara.

-- BERNAMA

Bantuan Khas Aidilfitri ringankan beban perbelanjaan - penjawat awam, pesara



12/05/2020 12:38 AM

KUALA LUMPUR, 11 Mei -- Pemberian Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500 kepada penjawat awam persekutuan dan RM250 kepada pesara kerajaan berpencen disifatkan sebagai tepat pada masanya dalam meringankan beban perbelanjaan terutama dalam situasi penularan wabak COVID-19.

Kalangan penjawat awam dan pesara yang dihubungi menzahirkan rasa bersyukur dengan pemberian itu dan sudah merancang menggunakan bantuan itu sebaik-baiknya.

Di KUANTAN, Mohd Alhamadi Abu Bakar, 53, berkata beliau akan menggunakan wang itu untuk membeli bekalan makanan keperluan ahli keluarganya. 

"Pemberian bantuan itu pastinya membantu persiapan Aidilfitri saya enam sekeluarga ...saya percaya Aidilfitri kami akan meriah walaupun disambut sederhana kerana kami masih berhati-hati dengan penularan wabak COVID-19," kata penjawat awam itu kepada Bernama.

 Abd Razak Hassan, 57, yang merupakan pesara berkata bantuan sebanyak RM250 yang diterimanya akan digunakan untuk persiapan sambutan Aidilfitri, terutamanya bagi membeli bahan makanan dan juadah Hari Raya.

"Saya empat sekeluarga akan berhari raya di Peramu,Kuantan dan dengan bantuan ini, dapatlah mengurangkan beban isteri dan seorang anak saya yang banyak membantu menampung perbelanjaan kami," katanya.

Fairuz Saidi, 34,  penjawat awam di Kota Kinabalu, Sabah  pula berkata bantuan khas itu akan digunakan untuk membayar bil elektrik kerana beliau tidak melihat keperluan untuk berbelanja besar bersempena Aidilfitri pada tahun ini.

“Bil elektrik meningkat berikutan kerja dari rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas,” katanya sambil menzahirkan rasa syukur ketika dihubungi Bernama.

Seorang lagi penjawat awam Zuraidah Ahmad, 40, berkata bantuan khas itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban dalam membuat persiapan Hari Raya, meskipun kemeriahan Syawal pada tahun ini akan berbeza berbanding sebelumnya.

“Bagaimanapun, sambutan Hari Raya untuk keluarga mesti dibuat kerana saya mempunyai keluarga besar. Justeru, bantuan ini sangat membantu,” katanya, dan menambah, bantuan khas itu juga antara lain akan digunakan bagi membeli sepasang baju untuk setiap anak saudaranya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sabah Foo Ngee Kee berharap para penjawat awam yang menerima bantuan khas itu membelanjakannya dengan membeli barangan usahawan tempatan bagi membantu memulihkan perniagaan mereka yang terjejas berikutan pelaksanaan PKP.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2020 berkata kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah dan pesara kerajaan berpencen akan menerima bantuan itu yang akan dibayar pada 20 Mei.       

-- BERNAMA

Bangunan Komtar diserikan dengan cahaya berwarna merah sempena Hari Jururawat Sedunia 2020



12/05/2020 12:08 AM

GEORGE TOWN, 11 Mei  -- Cahaya lampu berwarna merah menerangi bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini sebagai tanda menghargai jasa semua jururawat di atas pengorbanan mereka membantu menangani penularan pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow dalam kenyataan yang dikeluarkan malam ini berkata, kerajaan negeri mengambil inisiatif itu sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020 yang disambut pada 12 Mei setiap tahun.

"Pemilihan warna merah melambangkan keberanian yang dimiliki oleh para jururawat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab meskipun negara kini berhadapan dengan detik yang sukar akibat ancaman COVID-19. Terdapat seramai 5,636 jururawat bertugas di Pulau Pinang," katanya. 

Beliau berkata warna merah juga melambangkan penghargaan tertinggi rakyat Pulau Pinang kepada semua jururawat dan pekerja perubatan serta warna riben yang dipilih untuk sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020 itu.

Bangunan ikonik negeri Pulau Pinang itu dinyalakan dengan lampu warna merah bermula malam ini dan esok, dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.

-- BERNAMA

Sunday 10 May 2020

PKPB dilanjut sehingga 9 Jun - Muhyiddin



10/05/2020 02:43 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mei -- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun, sekali gus menyaksikan pergerakan rentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan melanjutkan PKPB selama empat minggu lagi itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai langkah membendung wabak COVID-19.

“Usaha kita masih belum berjaya sepenuhnya. Langkah-langkah masih perlu diambil untuk memerangi wabak ini. Dari segi pandangan umum juga saya dapati rata-rata rakyat mahukan supaya kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan, hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan PKPB bermula 4 hingga 12 Mei bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka secara terkawal dan berhati-hati.

Beliau berkata ini bermakna semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan ketika tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuat kuasa sehingga 9 Jun.

-- BERNAMA

Salam dan pujian kepada para Ibu di barisan hadapan semasa pandemik COVID-19

10/05/2020 10:18 AM

Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli


KUALA LUMPUR, 10 Mei  -- Apabila Malaysia mula bergelut dengan COVID-19 sejak awal tahun ini dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seterusnya dalam mengawal pandemik itu, ramai ibu yang bekerja menyaksikan perubahan drastik dalam rutin harian mereka.

Sempena dengan Hari Ibu, salam dan pujian ditujukan kepada para ibu terutama yang terlibat di barisan hadapan dalam memerangi ancaman COVID-19. Pengorbanan mereka sungguh tidak terkira, memandangkan mereka sanggup bekerja tanpa mengira siang dan malam di hospital dan di titikpanas jangkitan, berjauhan daripada ahli keluarga yang tersayang dan meletakkan diri mereka sendiri dalam risiko dijangkiti virus itu.

Bagi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Kanan) Nordayana Musa, 40, tugasan beliau tatkala negara dilanda pandemik COVID-19 pastinya jauh berbeza daripada sebelum ini apabila beliau diperlukan untuk bekerja 12 jam setiap hari tanpa mengira waktu selain mengorbankan cuti hujung minggu.

Beliau, yang bertugas di Unit Inspektorat dan Perundangan di Pejabat Kesihatan Titiwangsa di sini, bagaimanapun, berkata putus asa tidak pernah tertulis dalam kamus hidupnya memandangkan ia pengalaman berharga bersama rakan sejawatan dalam membantu negara menangani wabak ini.

“Semasa wabak COVID-19 ini, masa bersama keluarga agak terhad kerana bekerja tanpa mengira waktu. Alhamdulillah suami saya sedikit sebanyak membantu dalam meringankan tugasan rumah.

“Sebagai seorang ibu dan dalam masa yang sama seorang frontliner, dengan waktu yang terhad ini saya akan pastikan setiap hari akan berbual bersama keluarga dan memastikan anak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru kelas mereka sepanjang tempoh PKP,” kata ibu kepada dua anak itu kepada Bernama.

Ditanya mengenai perancangan sambutan Hari Ibu, Nordayana berkata sambutan yang sebelum ini diraikan dengan makan di luar bersama keluarga mungkin tidak dapat dibuat untuk tahun ini kerana masih belum ada perancangan.

Namun sekiranya diberi peluang, wanita kelahiran Parit Buntar, Perak, itu hanya mahu menghabiskan masa bersama keluarga dan menyambut secara sederhana sebagai tanda memperingati tanggal itu.

Anggota polis Zawiyah Zakaria, 41, memberitahu Bernama beliau masih belum ada kesempatan untuk bersantai bersama anak, terutamanya ketika ditugaskan sebagai penyelia di kawasan Masjid India yang pernah diisytiharkan sebagai PKP Diperketatkan (PKPD).

Beliau, yang mempunyai lima orang anak berumur antara tiga hingga 17 tahun berkata sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lepas masih belum ada hari pelepasan buatnya menyebabkan beliau hanya sempat bersama dengan anak dalam masa dua atau tiga jam sahaja sehari.

“Anak memanglah merungut sebab kita tidak selalu ada. Semua sekarang bergantung kepada kakak (anak sulung), sebab saya kadang-kadang balik lambat atau tidak balik langsung. Mujur anak bongsu saya sudah terbiasa dengan kakak-kakaknya,” katanya yang bertugas di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.  

Telah berkhidmat hampir 23 tahun sebagai anggota Polis Diraja Malaysia, Zawiyah menyifatkan pengalaman bertugas dalam tempoh pandemik ini sangat mencabar dari segi mental dan emosi.

Oleh itu, beliau berharap kepada pengakhiran wabak COVID-19 ini dan PKP dapat ditamatkan dengan jayanya supaya setiap keluarga dapat menikmati masa bersama.

“Sebab itu, saya memang sanjung kepada ibu-ibu barisan hadapan yang bijak bahagi masa demi tanggungjawab terhadap negara. Kerja kami memang berisiko tinggi, dan terdedah kepada bahaya. Jadi kalau kami balik rumah, macam mana dengan anak nanti?” katanya dalam nada sebak.

Sementara itu, jururawat di bahagian Kecemasan dan Trauma Hospital Sungai Buloh, Anis Sabrina Shaharim, 29, berkata dengan keadaan semasa pandemik COVID-19 ini masa bersama keluarga sangat terhad kerana lebih banyak masa dihabiskan di tempat kerja.

Bagaimanapun, ibu kepada dua anak itu sentiasa bersyukur kerana masih pulang dengan disambut anak dan suami di rumah berbanding dengan mereka yang terpaksa tinggal berjauhan dari keluarga ketika tempoh sukar ini.

“Tapi kadang-kadang sedih kalau anak atau anggota keluarga kami kurang sihat sebab kami bukan boleh suka-suka ambil cuti untuk jaga mereka, jadi kena kuatkan hati fikir baik-baik dan urus sendiri. Kami kena berkorban demi menjaga pesakit yang memerlukan kami juga,” katanya.

Menceritakan tentang suasana di tempat kerjanya sekarang, beliau berkata keadaan telah banyak berubah sejak hospital itu ditukar menjadi tempat rawatan khusus untuk kawalan penyakit berjangkit.

Tambahnya, cabaran kerja juga semakin bertambah apabila mereka terpaksa akur menghadap pesakit yang belum pasti keputusan saringan, sekaligus memerlukan pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang lengkap sepanjang masa.

“Untuk pulang ke rumah pun kena jaga kebersihan diri betul-betul sebelum jumpa keluarga. Kadang-kadang jadi tidak yakin dengan diri sendiri sebab virus dan kuman kita tidak nampak. Saya hanya berserah dan tawakkal kepada Allah sahaja dan supaya virus ini lenyap daripada muka bumi.”

-- BERNAMA