Pages

Jom Kita Berkawan

Saturday 2 May 2020

'Frontliner' ditawar penginapan percuma di Langkawi



Hamzah Osman
am@hmetro.com.my

BAGI menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan dalam menangani penularan wabak Covid-19 di negara ini, tujuh hotel menawarkan penginapan percuma untuk mereka bercuti di pulau ini.

Malah, wira negara pelbagai pangkat terbabit turut ditawarkan tiket percuma memasuki tempat pelancongan utama dan melakukan aktiviti menarik di pulau itu.

Jurucakap pengusaha hotel dan produk pelancongan Langkawi, Razmi Rahmat berkata, tawaran itu berkuat kuasa serta-merta sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

"Tawaran ini untuk semua petugas barisan hadapan di negara ini dan ia sah selama enam bulan selepas PKP berakhir, bertujuan menghargai pengorbanan mereka.

"Anggota pasukan keselamatan, kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan petugas media layak mendapat tawaran ini," katanya pada sidang media di Hotel Adya Langkawi (HAL), hari ini. - Harian Metro

berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/573685/frontliner-ditawar-penginapan-percuma-di-langkawi?fbclid=IwAR3myYnc_1XzNeqADu8HIsNtGcx_AlIxO7AF8JUkoVr8hjkPIpBZ_ampo9w

No comments:

Post a Comment