Pages

Jom Kita Berkawan

Sunday 31 July 2016

Tukang Cuci Tandas Dipenjara Lima Bulan Intai Jururawat Di Tandas


KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Gara-gara mengintai seorang jururawat di dalam tandas sebuah klinik kesihatan, seorang pencuci tandas warga Indonesia dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Ricky Jandriadi, 20, selepas tertuduh mengaku bersalah mengintai jururawat berusia 24 tahun itu dengan niat mengaibkan kehormatan dan mengganggu kesantunan mangsa.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 22 Julai lepas.....

Thursday 21 July 2016

CUEPACS Cadangkan Kerajaan Wujudkan Dasar Baharu Persaraan Pada Usia 62 Tahun


KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu dasar baharu untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam kepada 62 tahun.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata dasar umur persaraan daripada 60 tahun kini kepada 62 tahun itu dilihat perlu dilakukan sebagai persediaan untuk negara menjadi negara maju yang mampu bersaing di peringkat global setanding dengan negara maju yang lain.

"Apabila hendak menuju ke negara maju kita memerlukan dasar yang dapat diterima secara sejagat. Dari segi bakat, negara yang menuju ke negara maju dan telah maju mempunyai dasar untuk penjawat awam dilanjutkan usia persaraan lebih daripada 60 tahun..... 
SUMBER: BERNAMA

Peluang Kerjaya Dalam Bidang Kejururawatan: Latihan Jururawat

Latihan Jururawat

PENGUMUMAN PENTING : Syarat Kelayakan ini hanya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 - Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)
 
  • Jantina: Lelaki dan Perempuan
  • Tempoh Latihan:
    • 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
    • 1 tahun (bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat)
  • Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Tempat Latihan:
    • Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
    • Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
    • Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
    • Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
    • Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
    • Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
    • Kolej Kejururawatan Melaka
    • Kolej Kejururawatan Muar, Johor
    • Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
    • Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
    • Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
    • Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
    • Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
    • Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
    • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
    • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
    • Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah

  • Syarat Latihan: 
    • Warganegara Malaysia
    • Umur:
      • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
      • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
    • Kelayakan:
      • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    • Keutamaan:
      • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
      • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

  • Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    • mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
    • berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Perhatian:
    Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29.

SUMBER: http://www.spa.gov.my

Sunday 17 July 2016

Garis Panduan Kelahiran Dalam Air Kini Di Peringkat Akhir - Kementerian Kesihatan


Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar fail Bernama) 

PUTRAJAYA, 14 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan kini dalam peringkat terakhir untuk menyelaraskan garis panduan dan audit bagi menjamin keselamatan wanita yang memilih untuk bersalin dalam air sebagai kaedah kelahiran.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setelah ia dilaksanakan, hospital yang ingin menawarkan perkhidmatan dan kemudahan bersalin dalam air boleh memohon kepada pihak kementerian.

"Sekiranya mereka mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dengan memuaskan, mereka mungkin dibenarkan menyediakan perkhidmatan itu. Keselamatan pesakit adalah amat penting buat kementerian dalam mengawal selia apa-apa kaedah kelahiran," katanya..... 
 
--- BERNAMA

Saturday 16 July 2016

Bilangan Doktor Wanita Dalam Bidang Obstetrik Dan Ginekologi Perlu Ditambah


Oleh Nor Hayati Endan

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Cadangan kerajaan untuk mengkhususkan doktor wanita sahaja menyambut kelahiran bayi di hospital awam adalah satu cadangan yang ideal namun agak sukar dilaksanakan meskipun dalam jangka masa panjang.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr Murizah Mohd Zain berkata kekurangan doktor wanita dalam bidang ini perlu diatasi dengan menambah bilangan doktor dari gender tersebut untuk berkhidmat di dalam bidang ini.

"Jumlah doktor wanita yang berada dalam bidang ini masih kecil berbanding doktor lelaki dan di kebanyakan tempat di negara ini, bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) banyak diterajui oleh Ketua Jabatan dari kalangan doktor lelaki
 
--- BERNAMA