Pages

Jom Kita Berkawan

Saturday 30 November 2019

Urusan Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Perubatan Gred U32 Ke Gred U36

Tajuk: Iklan Urusan Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Perubatan Gred U32 Ke Gred U36
Tarikh Iklan: 29-11-2019
Penerangan: Sila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan: 27-12-2019
LampiranIKLAN MA U32 KE U36_29112019.pdf

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

gambar lembagappm.blogspot

Sunday 24 November 2019

Kebakaran kecil di Jabatan X-Ray Hospital Kuala Lumpur

Tarikh kemaskini: 23/11/2019

foto: Sinar Harian

KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Satu kebakaran kecil dilapor berlaku di Jabatan X-Ray, Hospital Kuala Lumpur kira-kira 7.30 malam ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah alat pendingin hawa yang terbakar sebanyak 20 peratus.

“Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, 50 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Hang Tuah dan Tun Razak dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.55 malam.

-- BERNAMA

Iklan Kenaikan Pangkat Jururawat Masyarakat Gred U24 ke Gred U26

TajukIklan Kenaikan Pangkat Jururawat Masyarakat Gred U24 ke Gred U26
Tarikh Iklan20-11-2019
PeneranganSila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan09-12-2019
LampiranSurat Iklan Kenaikan Pangkat JM Gred U24 ke Gred U26 (Memangku 27.05.2019).pdf

sumber: KKM

foto vocket

Sunday 17 November 2019

Kementerian Kesihatan mohon lebih 10,000 tambahan kakitangan hospital

Tarikh kemaskini: 17/11/2019

Dr Lee Boon Chye - foto The Star

Dr Lee Boon Chye

IPOH, 17 Nov -- Kementerian Kesihatan telah mengemukakan permohonan penambahan sebanyak 10,675 jawatan melibatkan kakitangan hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara kepada Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Menteri berkenaan, Dr Lee Boon Chye berkata permohonan itu bagi mengatasi kekurangan jawatan terutamanya kakitangan perubatan di Jabatan Kecemasan termasuk kekurangan doktor, ahli farmasi dan pakar pergigian.

"Kita sudah mengemukakan permohonan penambahan jawatan baru-baru ini dan kita berharap ia dapat diluluskan pada tahun depan agar dapat melegakan sedikit keadaan.

“Jadi, kita berharap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi pertimbangan dalam hal ini agar kita boleh mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan kepada semua rakyat di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Derma Darah anjuran Ahli Lembaga Pelawat Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh di sebuah pusat membeli belah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Lee berkata cadangan penambahan jawatan kakitangan perubatan turut menerima maklum balas positif daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan beberapa agensi lain.

"Malah, semasa saya membentangkan perkara ini di Dewan Rakyat baru-baru ini, ia (permohonan penambahan kakitangan) bukan sahaja dipersetujui oleh ahli Parlimen Pakatan Harapan tetapi pihak pembangkang juga bersetuju," katanya.

Beliau berkata sejak beberapa tahun lalu, jumlah pengambilan kakitangan perubatan dihadkan dan tidak dibenarkan untuk penambahan walaupun kewujudan hospital, klinik dan perkhidmatan yang baharu.

Katanya melalui kakitangan sedia ada, ia tidak mencukupi untuk memberikan perkhidmatan yang semakin bertambah terutamanya ketika jumlah pesakit meningkat pada satu-satu masa seterusnya memberi tekanan ke atas kakitangan.

"Oleh sebab itu, kita amat berharap sekatan terhadap penambahan kakitangan kerajaan di Kementerian Kesihatan tidak dilakukan supaya penambahan jawatan boleh diteruskan mengikut keperluan," katanya.

Sebelum ini, Presiden MMA, Dr N. Ganabaskaran berkata situasi kekurangan kakitangan disebabkan sektor perubatan berkembang dengan pembukaan hospital dan klinik baharu serta keadaan menyaksikan doktor sedia ada terpaksa bekerja lebih masa manakala jururawat perlu bertugas dua syif pada waktu bekerja.

Dr Lee semasa sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Selasa lepas berkata pihaknya berharap kementerian itu dikecualikan daripada dikenakan sekatan terhadap penambahan kakitangan kerajaan.

-- BERNAMA

Tumpuan tubuh taska di hospital, balai polis tahun hadapan - Hannah Yeoh

Tarikh kemaskini: 15/11/2019

gambar foursquare


PUTRAJAYA, 15 Nov -- Kira-kira 200 taman asuhan kanak-kanak (Taska) akan diwujudkan tahun hadapan dengan tumpuan lokasi di hospital dan balai polis, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

"Fokus diberikan kepada kedua-dua lokasi berkenaan kerana sebahagian besar jururawat dan golongan wanita yang bekerja secara syif amat memerlukan kemudahan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Yeoh yang terdahulu menghadiri sesi dialog Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama 164 ahli majlis wanita pihak berkuasa tempatan (PBT) berkata pembinaan 200 taska berkenaan adalah melalui peruntukan RM30 juta yang disediakan di bawah Belanjawan 2020.

Menurutnya, 66 taska ditubuhkan di pejabat kerajaan pada tahun ini setakat ini di bawah Belanjawaan 2019 yang memperuntukkan RM10 juta.

Mengenai isu institusi keluarga, Yeoh berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan meningkatkan kursus 'grand-parenting' untuk golongan datuk dan nenek pada tahun hadapan bagi meningkatkan kepekaan mereka mengenai bahaya media sosial termasuk kepada kanak-kanak.

"Ini kerana kesedaran golongan warga emas mengenai risiko dan bahaya dunia siber agak rendah," katanya.

LPPKN juga akan memperkasakan 'Modul Cakna Diri' dalam program pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial bagi membendung gejala kehamilan remaja, pembuangan bayi dan perkahwinan bawah umur di sekolah terpilih pada tahun hadapan, katanya.

"Program ini tidak hanya memberi tumpuan untuk mendidik remaja wanita supaya menjaga diri masing-masing tapi turut melatih remaja lelaki supaya menghormati golongan wanita.

"Program memberikan fokus untuk mendidik golongan lelaki dari usia remaja lagi bahawa hubungan seks bersama seorang remaja perempuan yang masih di bawah umur adalah satu kesalahan undang-undang," katanya.

-- BERNAMA

Cuepacs rayu kerajaan kecualikan sekatan penambahan kakitangan KKM

Tarikh kemaskini: 13/11/2019



MELAKA, 13 Nov -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) merayu kerajaan mengecualikan Kementerian Kesihatan (KKM) daripada sekatan penambahan kakitangan di bawah Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam dan Dasar Penggunaan Sumber Manusia Secara Optimum.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata pengecualian itu bagi menampung peningkatan pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan di seluruh negara selain mengurangkan beban kerja kakitangan perubatan khususnya doktor, jururawat, dan pembantu perubatan.

Beliau berkata ia juga bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta memastikan pesakit mampu mendapatkan rawatan yang diperlukan dalam tempoh masa yang yang singkat.

"Cuepacs berpandangan kerajaan perlu membenarkan lebih 10,000 perjawatan baharu yang dipohon Kementerian Kesihatan diisi khususnya jawatan penting seperti doktor, jururawat dan juri x-ray.

"Cuepacs banyak menerima aduan dan rungutan daripada kakitangan awam di hospital dan klinik kesihatan tentang kekurangan kakitangan dan beban kerja ditanggung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Awan Zon Selatan 2019 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Omar Mat Piah dan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial Melaka, Fadhilah Hamil.

Semalam Bernama melaporkan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berharap kementerian itu dikecualikan sekatan itu memandangkan kementerian tersebut memerlukan lebih ramai kakitangan bagi menampung fasiliti perkhidmatan kesihatan yang baru dibuka, selain menangani masalah kekurangan jawatan.

Azih berkata Cuepacs menerima aduan terdapat kakitangan perubatan di hospital dan klinik kesihatan sedia ada ditarik ke klinik kesihatan baharu bagi menampung kekurangan kakitangan, yang mana tindakan itu secara tidak langsung memberi kesan pada sistem penyampaian.

"Umpama memakai kain singkat, pesakit di hospital makin meningkat tetapi kakitangan sedia ada ditarik ke klinik kesihatan baharu. Klinik kesihatan jumlah pesakit bertambah, ada yang menerima lebih 1,000 pesakit sehari dan doktor serta jururawat tidak dapat berehat atau makan tengahari," katanya.

Beliau berkata situasi itu juga akan memberi kesan pada kesihatan kakitangan perubatan kerana ada antara mereka khususnya jururawat perlu bekerja sehingga tiga syif sehari.

Sementara itu, Omar berkata pematuhan sektor awam terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 masih kurang memuaskan dalam tempoh beberapa tahun lepas.

Beliau berkata sebanyak 229 kes kemalangan di sektor awam seluruh negara telah disiasat JKKP dan 24 kes daripadanya merupakan kes kemalangan maut dalam tempoh lima tahun bermula 2018, manalaka 652 kes penyakit dan keracunan pekerjaan juga disiasat dalam tempoh tersebut.

-- BERNAMA

Pelayaran ihsan APMM bantu jururawat hamil alami pendarahan

Tarikh kemaskini: 12/11/2019



MERSING, 12 Nov -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pelayaran ihsan bagi menyelamatkan seorang wanita hamil tujuh bulan yang mengalami pendarahan di Pulau Aur di sini, tengah hari tadi.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Mersing, Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata pelayaran itu dilakukan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Mersing kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.

Beliau berkata wanita yang dikenali sebagai Faridah Abdullah, 34, itu merupakan seorang jururawat yang bertugas di Klinik Kesihatan Pulau Aur.

"Sebuah aset yang sedang melakukan Op Jaksa digerakkan bagi membawa wanita berkenaan yang ditemani suaminya dan diiringi oleh seorang doktor serta dua kakitangan Klinik Kesihatan Mersing menaiki Penggalang 43.

"Beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan selamat ketika tiba di Jeti Penumpang Mersing seterusnya diserahkan kepada Klinik Kesihatan Mersing bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Haris Fadzillah menyeru orang ramai melaporkan sebarang kegiatan, kecemasan dan aktiviti laut oleh komuniti maritim di pejabat APMM berhampiran bagi membanteras dan menyekat aktiviti jenayah di perairan negara.

"Kerjasama semua pihak termasuk persatuan nelayan, komuniti nelayan dan semua pengusaha bot amat penting dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199404 dan MERS 999 yang beroperasi 24 jam," katanya.

-- BERNAMA

Enam hospital di Johor dikhususkan perkhidmatan kelahiran bayi pramatang

Tarikh kemaskini: 11/11/2019

foto sebenarnya.my


BATU PAHAT, 11 Nov -- Enam hospital di negeri ini telah dikhususkan untuk mempunyai perkhidmatan kelahiran bayi pramatang bagi mengelak kematian bayi baru lahir, yang mana kelahiran pramatang merupakan penyumbang utama kematian bagi bayi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata mengikut rekod terdapat satu kelahiran bayi pramatang bagi setiap 10 kelahiran.

Katanya, bagi khidmat kelahiran pramatang ini ianya dibahagikan kepada dua kaedah iaitu untuk kaedah neonatologi yang terdapat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru serta Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar.

“Bagi kaedah pediatrik yang lebih kepada penjagaan adalah di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat, Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang dan Hospital Segamat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan World Prematurity Day Peringkat Negeri Johor di Dewan Jubli Intan Batu Pahat yang turut dihadiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Abu dan Pegawai Daerah Batu Pahat Zulkiflee Abbas.

Mohd Khuzzan berkata bagi mencegah kelahiran pramatang ini, kesemua enam hospital berkenaan akan mempunyai khidmat kaunseling terutamanya berkaitan diet pemakanan serta pemeriksaan ukuran janin dengan menggunakan kaedah ultrabunyi yang akan mempunyai lapan kali perjumpaan.

Katanya, dalam usaha memberikan kesedaran kepada orang ramai berkaitan kelahiran bayi pramatang ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memutuskan setiap 17 Nov didedikasikan sebagai Hari Bayi Pramatang Sedunia.

“Melalui sambutan ini penerangan berkaitan meningkatkan kesedaran, pencapaian dan penglibatan seluruh dunia mengenai isu-isu kelahiran, kesihatan bayi dan kelangsungan hidup bayi pramatang ini diberikan.

“Kita juga kini giat menambah baik mutu perkhidmatan kejururawatan neonatal yang berkualiti selain penyediaan perkhidmatan neonatal kepada semua pesakit tanpa mengira latar belakang serta memperkukuh sistem data bagi setiap kelahiran,” katanya.

-- BERNAMA

Thursday 14 November 2019

URUSAN KENAIKAN PANGKAT JURURAWAT MASYARAKAT GRED U24 KE GRED U26

TajukURUSAN KENAIKAN PANGKAT JURURAWAT MASYARAKAT GRED U24 KE GRED U26 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Tarikh Iklan30-10-2019
PeneranganSILA RUJUK LAMPIRAN
Tarikh Tutup Permohonan24-11-2019
LampiranSurat Iklan Kenaikan Pangkat JM Gred U24 ke Gred U26 (Memangku 02.05.2019).pdf

gambar vocket