Pages

Jom Kita Berkawan

Friday 27 September 2019

KURSUS PRA PERKHIDMATAN : DIPLOMA KEJURURAWATAN

KURSUS PRA PERKHIDMATAN ANGGOTA SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (SEPARA PERUBATAN) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


DIPLOMA KEJURURAWATAN

PENGENALAN 

Kerjaya sebagai seorang Jururawat adalah memfokuskan kepada memberi perkhidmatan perawatan kepada semua lapisan masyarakat. Untuk menceburi profesion ini, anda perlu mempunyai ciri-ciri penyayang, penyabar, berdisiplin dan boleh bekerjasama dengan ahli pasukan kesihatan.


DESKRIPSI TUGAS 

I. Hospital
Di hospital, jururawat bertugas di wad-wad, dewan bedah, jabatan pesakit luar dan klinik-klinik pakar. Fungsi utama ialah memberi perawatan holistic kepada semua pesakit.

II. Unit Kesihatan
Di Unit Kesihatan Awam, jururawat bertugas sebagai seorang ahli pasukan kesihatan awam dalam memberi jagaan kesihatan keluaga dan perkhidmatan kesihatan awam dengan objektif untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON 

A. Syarat-syarat Asas Skim Perkhidmatan Pemohon hendaklah terdiri daripada:
• Warganegara Malaysia
• Lelaki/Perempuan (belum berkahwin)
• Umur antara 17-25 tahun pada tarikh permohonan


Kelayakan: 

• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

• SPM Mengikut Sistem Terbuka-Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skimskim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.

  • a)lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau 
  • b) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan bagi tempoh tiga tahun berturut-turut; dan 
  • c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan. 


B. Syarat-syarat Keutamaan Pemilihan
• Lulus dengan kredit dalam mata pelajaran Sains dan Matematik serta 3 mata pelajaran lain.
• Mempunyai kesihatan fi zikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon-calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.


ELAUN DI PERINGKAT DIPLOMA 

  • Biasiswa RM835.57 sebulan 
  • Elaun Buku RM250.00 setahun 
  • Elaun Perkakas RM25.00 sepanjang tempoh latihan 
  • Elaun Kertas Projek RM90.00 setahun 
  • Elaun Jahitan Pakaian Seragam RM45.00 sepasang

PROSPEK KERJAYA

Mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Kejururawatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Setelah 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan anda boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan ke peringkat ijazah di universiti tempatan. Seterusnya anda berpeluang dinaikkan ke gred jawatan yang lebih tinggi.

PERLANTIKAN KE SKIM PERKHIDMATAN 
• Nama Jawatan: Jururawat 
• Taraf Jawatan: Tetap 
• Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tamat latihan dengan jayanya akan dilantik ke Jawatan Jururawat Gred U29, 


SUMBER: KKM

No comments:

Post a Comment