April 3, 2014
SHAH ALAM - Mahkamah tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman penjara
tujuh tahun dan dua sebatan terhadap seorang doktor atas dua tuduhan
mencabul pesakitnya, di sebuah Hospital Kajang, tiga tahun lalu.
Hakim, Datuk Noor Azian Shaari berkata, mahkamah menolak rayuan perayu berhubung sabitan dan hukuman tersebut setelah mendapati permohonan tiada merit.
Menurut hakim berkenaan, sebagai seorang doktor yang mempunyai akses merawat pesakit berlainan jantina, dia sepatutnya ditemani oleh orang ketiga.
Pada 8 Februari tahun lalu, Mahkamah Majistret Kajang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan dihadapi Dr Ahmad Hisham Ahsan, 44.
Dia didakwa mencabul pesakit berumur 19 tahun pada ketika itu sebanyak empat kali di katil pesakit, Wad 4, hospital tersebut antara jam 3.15 sehingga 4 pagi, 25 Disember 2011.
Sebelum kejadian, mangsa dihantar ke hospital oleh ibu bapanya kerana sakit perut dan tertuduh didakwa memeriksanya tanpa ditemani oleh jururawat dan melakukan perbuatan itu tanpa keizinan.
Dalam kes ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suzanna Abd Latif dan Zuraida Wan Nawan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan manakala Dr Ahmad Hisham diwakili peguam, Ahmad Khusyairi Mohamed Tansi.
SUMBER: Sinar Harian

No comments:
Post a Comment