Sharifah Zamrot Syed Abdul Rahman, 63, sering kali
mengalami pening kepala yang pada awalnya hanya dianggap kesan
daripada penyakit darah tinggi yang dihidapinya. alaminya.
Namun, apabila kerap berlaku sehingga kadang kala pening yang dialami
hampir membuatnya pitam dan mengganggu aktiviti seharian, dia mengambil
keputusan untuk bertemu dengan doktor.
Terkejut apabila doktor mengesahkan dia menghidap kanser otak dan
ketumbuhan atau tumor sebesar 2.5 sentimeter sedang membesar di dalam
otaknya.
Tidak menunggu masa yang lama, dia terus bersetuju dengan rawatan pembedahan yang disyorkan oleh doktor.
Pembedahan yang memakan masa selama enam jam itu benar-benar
meninggalkan kesan trauma kepada dirinya kerana memerlukan penjagaan
yang khusus sebelum dan selepas pembedahan.
Selepas pembedahan, masih terdapat saki baki tumor yang gagal dikeluarkan dan dia perlu menjalani pembedahan kali kedua.
Kanser otak antara penyakit paling digeruni masyarakat dunia selain
pelbagia jenis kanser lain. Ia boleh menyerang sesiapa tanpa mengira
umur dan jantina sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Terdapat dua jenis tumor yang diklasifikasikan sebagai kanser iaitu tumor benigna dan tumor malignan.
Tumor benigna tumbuh secara perlahan-lahan dan tidak merebak ke
anggota badan lain. Jika tumor ini berjaya dibuang ia tidak akan
menimbulkan masalah.
Sebaliknya, sel tumor malignan berkemampuan merebak ke anggota badan
lain dan menyerang dengan pantas, tetapi ia jarang merebak keluar dari
sistem saraf pusat.
Selain itu, terdapat juga dua kategori barah otak iaitu tumor otak
primer (berasal atau tumbuh dari otak) serta tumor otak sekunder
(berasal atau merebak dari bahagian badan seperti buah pinggang, payu
dara dan kulit).
Pun begitu jika barah itu terletak berdekatan struktur otak penting,
ia boleh menimbulkan masalah kesihatan serius kerana ketumbuhan yang
membesar boleh menyebabkan beberapa komplikasi serta mengancam nyawa.
Tumor secara langsung boleh memusnahkan sel otak dan secara tidak
langsung memusnahkan sel-sel apabila berlaku keradangan, mampatan akibat
ketumbuhan tumor, bengkak dan peningkatan tekanan dalam otak (tekanan
intrakranium).
Rawatan
Rawatan tumor otak terdiri daripada pembedahan, radioterapi dan kemoterapi, secara bersendirian atau kombinasi.
Dalam kebanyakan kes, pakar bedah otak akan mengeluarkan tumor
sebanyak yang mungkin bergantung kepada kedudukannya sama ada berdekatan
dengan sarat atau tidak.
Sekiranya tumor tidak boleh dikeluarkan kerana berada di kedudukan
yang berbahaya seperti di stem otak, maka radioterapi boleh diberikan
selepas pembedahan.
Sementara itu, Hospital Gleaneagles Kuala Lumpur (GKL) menjadi
hospital pertama di Malaysia yang mengaplikasikan sistem Leksell Gamma
Knife Perfexion iaitu teknik pisau gamma paling canggih pada masa kini
dalam rawatan tumor otak.
Menurut Ketua Pusat Pisau Gamma GKL, Dr. Chee Chee Pin, walaupun pada
dasarnya menggunakan perkataan pisau, ia sebenarnya tidak melibatkan
langsung penggunaan pisau pembedahan atau scalpels.
Sebaliknya, ia merupakan satu bentuk radiosurgeri, iaitu prosedur
bukan membabitkan pembedahan terbuka sebaliknya menggunakan pelbagai
sumber sinaran untuk sasaran dan merawat keabnormalan dalam otak, dengan
kesan minimum pada tisu sihat.
Pisau merujuk kepada 192 pancaran atau sinaran tepat yang memberi
tumpuan kepada kawasan yang disasarkan yang akan mengecut sedikit demi
sedikit. atau menghentikan terus pertumbuhannya.
Sistem Leksell Pisau Gamma menawarkan pembedahan stereotaktik tanpa
insisi (potongan) yang tidak menyakitkan dan dilaksanakan dengan
ketepatan paling tinggi untuk mengecilkan tumor dan membunuh sel-sel
kanser tanpa menjejaskan tisu-tisu sihat di sekitar bahagian yang
disasarkan untuk rawatan," katanya dalam sidang akhbar majlis pelancaran
Sistem Leksell Gamma Knife Knife Perfexion di hospital tersebut
baru-baru ini.
Majlis perlancaran disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Kumpulan Hospital Gleaneagles, Datuk
Amir Firdaus Abdullah, prosedur ini mengambil masa singkat dan akan
memberikan hasil klinikal yang lebih baik berbanding pembedahan otak
konvensional.
Ini kerana kerana ia tidak memerlukan insisi sewaktu pembedahan
ataupun penggunaan ubat bius, sekali gus mengurangkan risiko pendarahan
atau jangkitan.
Prosedur ini bermanfaat untuk pesakit yang lebih berusia atau
individu yang mengalami keadaan perubatan yang menyebabkan mereka
terlalu berisiko untuk diberikan bius dan menjalani pembedahan
konvensional," katanya,
Sementara itu, Ketua Pembedahan Saraf Hospital Beaumont, Dr. Fernando
Diaz, menerangkan melalui prosedur pisau gamma, pesakit akan memakai
bingkai kepala khas yang dilekatkan pada tengkorak kepala melalui teknik
pembedahan supaya tumor otak berada pada kedudukan pegun apabila
sinaran gamma disasarkan pada bahagian terbabit.
Katanya, pesakit tidak perlu mencukur kepala mereka dan mereka juga
lazimnya tidak perlu tinggal di hospital kerana keseluruhan prosedur
bhanya mengambil masa separuh hari untuk diselesaikan.
Selain itu, masa penyembuhan juga amat singkat.
Berbanding pembedahan otak konvensional, prosedur pisau gamma juga
berupaya merawat tumor yang sukar dicapai atau tumor yang terletak di
bahagian penting otak.
Pesakit yang memilih kaedah pembedahan ini perlu berunding terlebih
dahulu dengan pasukan multidisplin yang terdiri daripada pakar bedah
saraf, pakar onkologi radiasi dan doktor pakar untuk melihat sama ada ia
bersesuaian dengan keadaan mereka," ujarnya.
Selepas prosedur pisau gamma dijalankan, rawatan susulan akan dijalankan.
Pesakit akan diberi temu janji sebagai pesakit luar selepas sebulan
dan a mungkin perlu menjalani imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging)
secara tetap bagi memastikan tumor telah dimusnahkan sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment