Pages

Jom Kita Berkawan

Wednesday 6 August 2014

Info Kepada Yang Berminat Menjadi Jururawat Pergigian

Jururawat Pergigian


� Membuat pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk kanak-kanak berumur < 17 tahun.
� Melibatkan diri dalam semua aktiviti penggalakan kesihatan pergigian.
� Bertugas dalam pasukan Pergigian Bergerak.
� Berhubung dengan guru besar/ guru-guru serta ketua kampung.
� Berhubung dengan orang awam.



Kelayakan :

Umur : 17- 24 tahun

Jantina : Perempuan

Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau yang setaraf denganya serta kepujian dalam Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan 2 matapelajaran yang lain. Calon yang lulus Bahasa Inggeris akan diberi keutamaan.

Kebolehan/ kemahiran :
� Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kebolehan bertutur dalam bahasa lain adalah satu kelebihan.
� Mempunyai ketangkasan tangan yang baik.
� Mempunyai pengetahuan komputer.

Fizikal :
� Sederhana tinggi
� Sempurna pancaindera serta anggota

Taraf kerakyatan : Malaysia

Syarat Kenaikan
Pangkat Secara Lantikan(KPSL):
� Pembantu Pembedahan Pergigian yang telah disahkan dalm jawatan.
� Berumur < 45 tahun.
� Kelayakan seperti di atas.

Cara memohon :
� Borang boleh diperolehi dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. ( www.spa.gov.my)
� Calon-calon yang berjaya akan menjalani latihan 3 tahun di Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang.

Elaun biasiswa :
Pelatih akan diberi elaun biasiswa dan tempat tinggal asrama beryuran.




Struktur kursus :

Tempoh latihan : 3 tahun

Tahun 1 dan 2
Lokasi latihan : Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang.
Semester I, II, III,IV : Teori dan latihan amali.

Tahun 3
Lokasi latihan : Pusat Latihan Amali di negeri/ daerah dan
di SLPM.
Semester V : Latihan Klinikal dan Kerja Projek
Semester VI : Teori/ Latihan Klinikal



Matapelajaran yang dipelajari :
� Sains asas
� Sains Tingkahlaku
� Sains Pergigian
� Sains Klinikal
� Pengurusan Kesihatan
� Teknologi Maklumat
� Sains Pengkayaan



Taraf Kelulusan : Diploma Kejururawatan Pergigian



Peluang Pekerjaan : Pelatih yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Kejururawatan Pergigian dan wajib berkhidmat selama 5 tahun.


Tangga Gaji: Gred U29; P1T6 RM 1,493.44 ( tertakluk kepada perubahan semasa)


Lain-lain Faedah:

  • Lantikan tetap dan berpencen.
  • Pakaian seragam dan kasut percuma.
  • Cuti tahunan.
  • Kemudahan perkhidmatan perubatan dan pergigian.
  • Skim pinjaman perumahan.
  • Latihan dalam perkhidmatan.
  • Skim pinjaman komputer.


Penempatan :

  • Klinik Pergigian di Hospital Kerajaan
  • Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan
  • Klinik Pergigian Sekolah
  • Pasukan Pergigian Bergerak



Kursus Pos-basik :
� Kursus Pergigian Pediatrik
� Kursus Ortodontik


Kursus tersebut
dijalankan selama 6 bulan sepenuh masa melalui 3 fasa:

Fasa I : selama 1 bulan di KLPM
Fasa II : selama 4 bulan di klinik-klinik
Pakar Berkenaan
Fasa III : selama 1 bulan di KLPM


Prospek Kerjaya :

  • Jururawat Pergigian U29 yang telah berkhidmat selama 5 tahun, layak memohon untuk kenaikan pangkat melalui
    temuduga untuk jawatan kanan Gred U32 hingga ke Tingkatan Tertinggi Gred U36, dan U38 tertakluk kepada prestasi.
  • Jururawat Pergigian di Klinik Pergigian Pakar.
  • Pengajar di KLPM.
SUMBER: FORUM PARAMEDIK

No comments:

Post a Comment