Gambar persandingan arwah Rosland Rajudin sekitar 90 an yang disimpan Siti Annuha.
MENTAKAB – Seorang jururawat buntu memikirkan persiapan perkahwinannya
terpaksa ditanggguhkan apabila masih gagal mengesan wali sedangkan
tarikh pernikahan mereka hanya tinggal tiga bulan.
Siti Annuha Rosland 22, akan menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya, Muhammad Fadhine Roslan 22, pada November ini tetapi kesemua persiapan perkahwinan tidak dapat diuruskan dengan sempurna kerana masih gagal mencari wali iaitu adik beradik sebelah arwah ayahnya.
Menurutnya, dia kematian bapa pada 1998 dan datuknya pula meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
“Sekarang saya perlu cari adik beradik arwah ayah yang berasal dari Muar, Johor sedangkan saya tidak pernah dibawa atau mengenali mereka.
“Emak saya juga tidak tahu di mana keluarga asal arwah ayah kerana sewaktu mereka berkahwin arwah ayah hadir ke majlis seorang diri.
“Ini menyebabkan emak juga tidak dapat membantu saya mencari wali iaitu bapa saudara sebelah arwah ayah,” katanya.
Siti Annuha berkata, dia membesar di Batu 7, Jalan Karak dan tinggal bersama emak, nenek dan seorang adik lelaki orang kurang upaya (OKU) sehinggalah dia bertugas sebagai jururawat di Sabah Februari lalu.
“Saya perlu menyelesaikan atau mencari wali dalam tempoh segera kerana terpaksa balik bertugas di Sabah pada Ahad ini,” katanya.
Sementara itu, tunangnya Muhammad Fadhine berkata, perkara itu telah dirujuk ke pejabat agama dan dia akan menuruti semua nasihat yang diberikan pegawai bertugas termasuklah usaha mengesan wali melalui akhbar.
Menurutnya, kepada mereka yang mengenali arwah Rosland Rajudin atau saudara mara yang mengetahui di mana adik beradiknya berada boleh berhubung dengannya di talian 019-9640051.
SUMBER: SINAR HARIAN

No comments:
Post a Comment