Nik Nor Aisah menaiki perahu untuk ke rumah pesakitnya di Kampung Tersang.
RANTAU PANJANG - Kenaikan paras air di beberapa kampung berikutan
limpahan air dari Sungai Golok tidak mematahkan semangat seorang
jururawat masyarakat untuk meneruskan tugas seperti biasa.
Jururawat Klinik Kesihatan Gual Periok, Nik Nor Aisah Nik Zul Azhar berkata, rutin tugasnya diteruskan untuk membantu ibu bersalin di kawasan yang dinaiki air.
“Sudah menjadi kebiasaan menjelang musim tengkujuh, untuk menaiki perahu ke rumah-rumah pesakit di sini.
“Pemeriksaan ini penting agar ibu dan bayi yang baharu dilahirkan mempunyai kesihatan yang baik,” katanya ketika ditemui menaiki perahu ke rumah Suriana Deraman, semalam.
Nik Nor Aisah memeriksa tahap kesihatan Suriana dan bayi lelaki yang baharu dilahirkan di hospital, Sabtu lalu.
Sementara itu, seorang tukang urut, Lijah Mat San, 56, berkata, dia juga tidak kekok untuk menaiki perahu ke rumah penduduk di sini.
“Keadaan air tidak terlalu membahayakan kerana banjir kali ini baharu sahaja memasuki fasa pertama.
“Ia akan bertukar menjadi ‘banjir termenung’ dan hanya akan surut sepenuhnya dalam masa beberapa minggu,” katanya.

SUMBER: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment