KAMPUNG APAL - Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar kesal terhadap pihak
yang mengasari seorang jururawat di Unit Kecemasan Hospital Besut dalam
kejadian di hospital berkenaan pada 9 Mac lalu.
Menurutnya, tindakan seorang bapa pesakit yang melakukan kekerasan terhadap jururawat terbabit ketika memberi rawatan terhadap anak lelaki itu sepatutnya tidak berlaku.
“Kita menolak sebarang kelakuan tidak sopan dan kasar terhadap petugas di mana-mana hospital sekalipun kerana ia tidak sesuai dengan adat masyarakat kita,” katanya ketika menziarahi keluarga jururawat terbabit di sini.
Mohd Iskandar berkata, tindakan kasar itu bukan sahaja tidak manis sebaliknya boleh menjadi kes polis dan berdepan tindakan undang-undang.
Menurutnya, sebarang ketidakpuasan hati perlu disalurkan dengan cara yang sewajanya agar siasatan dan tindakan dapat dilakukan terhadap pihak berkenaan.
Pada masa sama, Mohd Iskandar meminta pihak hospital juga perlu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan bagi membendung ketidakpuasan hati dalam kalangan pesakit.
“Saya berharap agar isu ini dapat diselesaikan secara baik antara keluarga pesakit dan pihak hospital,” katanya.
Sinar Harian pada 11 Mac lalu, menyiarkan kisah seorang jururawat berusia 28 tahun membuat laporan polis mendakwa ditampar seorang lelaki yang memarahi jururawat terbabit merawat bayinya yang berusia empat bulan.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, jururawat itu turut mendakwa dimarahi dan diugut lelaki berkenaan agar tidak membuat laporan polis.

SUMBER: SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment