TINDAKAN beberapa pelayar laman sosial yang menghina
jururawat dan menuduh mereka suka melihat kemaluan pesakit lelaki
mendapat perhatian seorang jururawat wanita yang bertindak membalas
kembali kritikan tersebut menerusi satu perkongsian.
"Assalamualaikum Tuan Cham Cham yang dihormati. Semoga saya dan
kawan-kawan nurse (jururawat) yang lain diampuni segala dosa dan
pekerjaan kami diterima dan diredai ALLAH taala," kata Putry Al Wafa di
laman sosial Facebooknya, semalam.
Putry bertindak membalas kenyataan pemilik akaun Tuan Cham Cham
memuatnaik status yang menuduh jururawat wanita 'suka melihat kemaluan
pesakit lelaki'.
"Untuk pengetahuan tuan, kami sebagai nurse wanita langsung tak hadap
nak tengok kemaluan lelaki melainkan itu adalah sebahagian dari tugas
kami.
"Bab-bab tugas yang lain saya tak mau cerita panjang, memandangkan tuan
hanya berkata kami 'sebok nak tengok kemaluan pesakit lelaki sahaja',"
tambahnya.
"Sekali lagi, saya harap Tuan faham apa yang saya nak sampaikan dan
terima kasih kerana menghina," akhiri Putry dalam perkongsian tersebut.
Pada bahagian komen, Putry sekali lagi menegaskan pendirian beliau.
"Saya bukan mencari glamour apatah lagi publisiti murahan macam ni.
Saya cuma fight for the right. Pertahankan profesion saya sebagai
jururawat.
"Sesiapa yang bekerja seperti saya, akan faham apa yang nak saya
sampaikan. Tak perlu hina kami dengan kata-kata yang boleh menjatuhkan
maruah kami yang juga seorang wanita," tegasnya.
Majoriti pelayar yang dipercayai jururawat juga memberikan sokongan dan menghentam kritikan Tuan Cham Cham tersebut.
"Kenapalah prasangka negatif. Tuan Cham Cham ni.. Tugas kami merawat
dan membantu.. Masya-ALLAH jangan sangka kami bukan-bukan. Tiada apa
yang kami harapkan dan sangat-sangat gembira melihat pesakit kami datang
dengan sakit dan pulang dengan sihat...," kata Mma Aini Ahmad .
"Adik aku, sepupu aku pun kerja jururawat. Hormatilah kerja orang.
Tukang sapu sampah pun ada maruah. Inikan pula jururawat. Dunia ni
bulat. Jangan bangga sangat apa yang kita ada. Tak kekal mana pun," kata
Kenji Faizal.
"Biadapnya laki tu... Harap nanti dia sedar la kebodohan dia tu boleh makan diri dia," kata Fiena Annie.
SUMBER: SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment