Pages

Jom Kita Berkawan

Sunday 18 June 2017

Jururawat mogok: Enam pesakit maut

7 JUN 2017

Gambar hiasan

NAIROBI - Enam pesakit maut apabila perkhidmatan hospital kerajaan di beberapa negeri di Kenya tidak dapat beroperasi sepenuhnya selepas jururawat mengadakan mogok kerana kelewatan perjanjian berhubung kenaikan gaji, kata seorang pegawai kesatuan.

Mogok berkenaan juga menyebabkan ramai pesakit terpaksa dirujuk ke hospital lain sekaligus mengusarkan pihak kerajaan menjelang pilihan raya yang dijadual berlangsung pada 8 Ogos.

Menurut Ketua Pegawai Kesihatan Daerah Khadija Shikely, enam kematian itu dilaporkan di Hospital Pantai Daerah Mombasa iaitu tiga di Jabatan Kecemasan dan tiga lagi di wad.

Perjanjian mengenai kenaikan gaji ditandatangani pihak kesatuan, kerajaan pusat dan daerah bagaimanapun, suruhanjaya negara yang bertindak sebagai penasihat berkaitan gaji kakitangan sektor awam menolak perjanjian berkenaan.

Justeru Majlis Gabenor yang mewakili daerah bercadang mencabar penolakan itu.

"Jururawat berikrar meneruskan mogok sehingga kerajaan menandatangani perjanjian," kata pemangku Setiausaha Agung Kesatuan Jururawat Kebangsaan Kenya Maurice Opetu kepada Reuters. Kesatuan dianggotai kira-kira 26,000 jururawat.

Sementara itu, pesakit di wad hospital Mombasa diletakkan tanpa pengawasan dan bahagian kecemasan menyaksikan pesakit terpaksa beratur panjang bagi mendapatkan rawatan.

Hospital Pantai Daerah Mombasa adalah pusat perubatan kerajaan terbesar di kawasan pantai Kenya.

"Buat masa ini, kami menumpukan kes kritikal sahaja. Pusat bersalin langsung tidak dapat beroperasi tanpa jururawat dan menasihatkan ibu hamil mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta," kata seorang doktor di bahagian kecemasan. - Bernama

--- SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment