Tarikh kemaskini: 23/11/2019
foto: Sinar Harian |
KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Satu kebakaran kecil dilapor berlaku di Jabatan X-Ray, Hospital Kuala Lumpur kira-kira 7.30 malam ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah alat pendingin hawa yang terbakar sebanyak 20 peratus.
“Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” demikian menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, 50 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Hang Tuah dan Tun Razak dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.55 malam.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment