Pages

Jom Kita Berkawan

Sunday 17 November 2019

Pelayaran ihsan APMM bantu jururawat hamil alami pendarahan

Tarikh kemaskini: 12/11/2019



MERSING, 12 Nov -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pelayaran ihsan bagi menyelamatkan seorang wanita hamil tujuh bulan yang mengalami pendarahan di Pulau Aur di sini, tengah hari tadi.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Mersing, Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata pelayaran itu dilakukan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Mersing kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.

Beliau berkata wanita yang dikenali sebagai Faridah Abdullah, 34, itu merupakan seorang jururawat yang bertugas di Klinik Kesihatan Pulau Aur.

"Sebuah aset yang sedang melakukan Op Jaksa digerakkan bagi membawa wanita berkenaan yang ditemani suaminya dan diiringi oleh seorang doktor serta dua kakitangan Klinik Kesihatan Mersing menaiki Penggalang 43.

"Beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan selamat ketika tiba di Jeti Penumpang Mersing seterusnya diserahkan kepada Klinik Kesihatan Mersing bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Haris Fadzillah menyeru orang ramai melaporkan sebarang kegiatan, kecemasan dan aktiviti laut oleh komuniti maritim di pejabat APMM berhampiran bagi membanteras dan menyekat aktiviti jenayah di perairan negara.

"Kerjasama semua pihak termasuk persatuan nelayan, komuniti nelayan dan semua pengusaha bot amat penting dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199404 dan MERS 999 yang beroperasi 24 jam," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment