Pages

Jom Kita Berkawan

Tuesday, 28 November 2023

Privacy Policy

Privacy Policy for Jururawat

At Jururawat, accessible from https://jururawat1malaysia.blogspot.com/, one of our main priorities is the privacy of our visitors. This Privacy Policy document contains types of information that is collected and recorded by Jururawat and how we use it.

If you have additional questions or require more information about our Privacy Policy, do not hesitate to contact us.

Log Files

Jururawat follows a standard procedure of using log files. These files log visitors when they visit websites. All hosting companies do this and a part of hosting services' analytics. The information collected by log files include internet protocol (IP) addresses, browser type, Internet Service Provider (ISP), date and time stamp, referring/exit pages, and possibly the number of clicks. These are not linked to any information that is personally identifiable. The purpose of the information is for analyzing trends, administering the site, tracking users' movement on the website, and gathering demographic information. Our Privacy Policy was created with the help of the Privacy Policy Generator.

Cookies and Web Beacons

Like any other website, Jururawat uses "cookies". These cookies are used to store information including visitors' preferences, and the pages on the website that the visitor accessed or visited. The information is used to optimize the users' experience by customizing our web page content based on visitors' browser type and/or other information.

For more general information on cookies, please read the "Cookies" article from the Privacy Policy Generator.

>>>>>>> parent of e1b9ab7 ([brands] Updated credits link)

Google DoubleClick DART Cookie

Google is one of a third-party vendor on our site. It also uses cookies, known as DART cookies, to serve ads to our site visitors based upon their visit to www.website.com and other sites on the internet. However, visitors may choose to decline the use of DART cookies by visiting the Google ad and content network Privacy Policy at the following URL – https://policies.google.com/technologies/ads

Our Advertising Partners

Some of advertisers on our site may use cookies and web beacons. Our advertising partners are listed below. Each of our advertising partners has their own Privacy Policy for their policies on user data. For easier access, we hyperlinked to their Privacy Policies below.

Privacy Policies

You may consult this list to find the Privacy Policy for each of the advertising partners of Jururawat.

Third-party ad servers or ad networks uses technologies like cookies, JavaScript, or Web Beacons that are used in their respective advertisements and links that appear on Jururawat, which are sent directly to users' browser. They automatically receive your IP address when this occurs. These technologies are used to measure the effectiveness of their advertising campaigns and/or to personalize the advertising content that you see on websites that you visit.

Note that Jururawat has no access to or control over these cookies that are used by third-party advertisers.

Third Party Privacy Policies

Jururawat's Privacy Policy does not apply to other advertisers or websites. Thus, we are advising you to consult the respective Privacy Policies of these third-party ad servers for more detailed information. It may include their practices and instructions about how to opt-out of certain options.

You can choose to disable cookies through your individual browser options. To know more detailed information about cookie management with specific web browsers, it can be found at the browsers' respective websites. What Are Cookies?

Children's Information

Another part of our priority is adding protection for children while using the internet. We encourage parents and guardians to observe, participate in, and/or monitor and guide their online activity.

Jururawat does not knowingly collect any Personal Identifiable Information from children under the age of 13. If you think that your child provided this kind of information on our website, we strongly encourage you to contact us immediately and we will do our best efforts to promptly remove such information from our records.

Online Privacy Policy Only

This Privacy Policy applies only to our online activities and is valid for visitors to our website with regards to the information that they shared and/or collect in Jururawat. This policy is not applicable to any information collected offline or via channels other than this website.

Consent

By using our website, you hereby consent to our Privacy Policy and agree to its Terms and Conditions.

Friday, 17 February 2023

Pertambahan jawatan jururawat antara syor LKAN

 

Gambar fail

16/02/2023 04:39 PM

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Pertambahan jawatan petugas kesihatan khususnya jururawat adalah antara syor yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2 yang dikeluarkan hari ini.

Menurut laporan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mempertimbangkan pertambahan berkenaan bagi mengatasi kekurangan staf kesihatan berbanding beban kerja mereka yang kian meningkat, terutamanya ketika pandemik COVID-19.

Syor itu ialah susulan dapatan semakan audit yang dijalankan di empat hospital awam yang mendapati pengisian jawatan jururawat adalah tidak setara dengan keperluan dan tidak mengikut nisbah level of care atau tahap penjagaan yang disarankan, terutamanya dengan mengambil kira skop perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD).

Pengauditan itu telah dijalankan di Hospital Sungai Buloh, Selangor; Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan; dan Hospital Tunku Jaafar Seremban serta Hospital Tampin di Negeri Sembilan.

Perjawatan di empat hospital berkenaan telah diisi oleh antara tujuh hingga 62 jururawat dan peratus kekurangan jururawat ETD adalah antara 61.2 peratus hingga 35.3 peratus, menurut laporan itu.

Berdasarkan sampel daripada semakan audit di empat hospital berkenaan, laporan itu turut memaklumkan bilangan jururawat yang ditempatkan di Unit Penjagaan Rapi (ICU) semasa tempoh pandemik adalah tidak mencukupi dan menyebabkan jururawat perlu berkerja lebih masa. 

"Kekurangan jururawat menyebabkan tahap penjagaan pesakit terpaksa diubah kepada norma tiga per empat (3:4) dan jadual syif terpaksa diubah daripada waktu kerja tiga syif kepada dua syif… Secara puratanya, setiap jururawat akan bekerja melebihi 12 jam setiap hari dan akan bekerja double duty semasa kekurangan jururawat akibat cuti kuarantin," menurut laporan itu.


-- BERNAMA

Thursday, 9 February 2023

Urusan Kenaikan Pangkat Bagi Skim Jururawat (Perubatan/Kesihatan Awam) dari Gred U32 Ke U36 di Kementerian Kesihatan Malaysia

 


TajukUrusan Kenaikan Pangkat Bagi Skim Jururawat (Perubatan/Kesihatan Awam) dari Gred U32 Ke U36 di Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh Iklan08-02-2023
PeneranganSila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan22-03-2023
LampiranUrusan naik pangkat Jururawat dari Gred U32 ke U36 di KKM.pdf


________________________________________

INFO BUKU KERJAYA JURURAWAT




Buku Kerjaya Jururawat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini dikeluarkan sebagai panduan dan rujukan mudah bagi graduan bidang kejururawatan dan juga jururawat yang sedang berkhidmat. Buku ini menerangkan dengan ringkas mengenai syarat-syarat skim perkhidmatan Jururawat dan peluang kerjaya sebagai Jururawat di sektor awam terutamanya di KKM. Selaras dengan hasrat Kementerian untuk membangunkan modal insan dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan perubatan dan kesihatan, buku ini diharap dapat dijadikan sebagai panduan dalam merancang kerjaya dan memperjelaskan mengenai peluang kerjaya bagi Jururawat di KKM.

Wednesday, 9 November 2022

Urusan Pemangkuan Bagi Jururawat Masyarakat Gred U19 ke Gred U24 di Kementerian Kesihatan Malaysia

 Untuk kawan-kawan yang layak boleh memohon sekarang

tarikh tutup pemohonan adalah 02.12.2022.




TajukUrusan Pemangkuan Bagi Jururawat Masyarakat Gred U19 ke Gred U24 di Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh Iklan02-11-2022
PeneranganSila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan02-12-2022
LampiranIKLAN PEMANGKUAN JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19 KE GRED U24.pdf

- sumber: Portal Rasmi KKM

Wednesday, 17 August 2022

Senarai Semak keperluan sebelum bersalin di hospital

 


Senarai keperluan bayi di hospital

* 2 helai tuala mandi

* 2 helai selimut

* 20 helai kain lampin / pampers

* 2 pin besar

* 4 helai seluar kalis air

* 4 helai baju / baju sejuk

* 4 pasang seluar panjang

* 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan


Senarai keperluan ibu di hospital

* 1 helai tuala mandi

* 1 helai tuala muka

* 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali

* 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)

* 1 helai pakaian biasa

* 2 pasang stokin

* 1 pasang selipar

* 3 helai coli khas untuk menyusu

* 2 pasang pelapik coli

* 5 helai seluar dalam pakai buang

* sikat

* berus gigi dan ubat gigi

* barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)

* pakaian untuk pulang ke rumah

* bahan bacaan

* susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2


Senarai yang perlu dibawa oleh bapa

* surat rujukan doktor

* kad pengenalan anda

* kad pengenalan suami anda

* surat nikah

* wang

Tuesday, 7 June 2022

Urusan Pemangkuan Penolong Pegawai Perubatan Gred U41/42 ke Gred U44 Secara Hakiki/Fleksi di Kemeneterian Kesihatan Malaysia

 

foto BERNAMA


TajukUrusan Pemangkuan Penolong Pegawai Perubatan Gred U41/42 ke Gred U44 Secara Hakiki/Fleksi di Kemeneterian Kesihatan Malaysia
Tarikh Iklan30-05-2022
PeneranganSila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan30-06-2022
LampiranIKLAN PEMANGKUAN MA 41-44.compressed.pdf

Urusan Kenaikan Pangkat Jururawat (Perubatan & Kesihatan) Gred U32 Ke Gred U36 Kementerian Kesihatan Malaysia

 Untuk yang layak boleh memohon sekarang. 

Jangan lepaskan peluang untuk memohon kenaikan pangkat.

foto BERNAMA


TajukUrusan Kenaikan Pangkat Jururawat (Perubatan & Kesihatan) Gred U32 Ke Gred U36 Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh Iklan03-06-2022
PeneranganSila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan01-07-2022
LampiranKENAIKAN PANGKAT JURURAWAT (PERUBATAN DAN KESIHATAN AWAM) GRED U32 KE GRED U36.pdf

Sunday, 5 June 2022

 Jururawat rugi lebih RM20,000 terpedaya pelaburan saham



KUANTAN, 4 Jun (Bernama) -- Seorang jururawat mendakwa kerugian lebih RM20,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham yang menjanjikan pulangan berganda, menerusi media sosial.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang DSP Yap Huat Tian berkata mangsa berusia 44 tahun itu, berminat menyertai pelaburan tersebut selepas melihat tawaran menarik di aplikasi TikTok pada 20 Mei lepas.

Beliau berkata wanita berkenaan ditawarkan empat pakej pelaburan dan memilih ‘pakej gold’ yang dikenakan bayaran RM250, dengan dijanjikan pulangan berjumlah RM7,800 dalam masa lapan hingga 12 jam.

“Mangsa melakukan enam transaksi berjumlah RM20,130 ke dalam pelbagai akaun yang diberikan suspek dari 29 Mei hingga Khamis lepas (2 Jun).

“Bagaimanapun, dia berasa ditipu apabila suspek memintanya membayar RM5,620 lagi, sebagai komisen staf pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Yap berkata jururawat tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Temerloh semalam, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.


-- BERNAMA

Wednesday, 30 June 2021

Iklan Kenaikan Pangkat Jururawat (Kesihatan Awam) Gred U29 ke Gred U32

 


TajukIklan Kenaikan Pangkat Jururawat (Kesihatan Awam) Gred U29 ke Gred U32
Tarikh Iklan29-06-2021
PeneranganSila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan16-07-2021
LampiranSurat Iklan Kenaikan Pangkat Jururawat (Kesihatan Awam) Gred U29 ke Gred U32.pdf


Sunday, 7 March 2021

URUSAN KENAIKAN PANGKAT JURURAWAT MASYARAKAT GRD U19 KE GRED U24

 

TajukURUSAN KENAIKAN PANGKAT JURURAWAT MASYARAKAT GRD U19 KE GRED U24 DI KKM
Tarikh Iklan05-03-2021
PeneranganSILA RUJUK LAMPIRAN
Tarikh Tutup Permohonan05-04-2021
LampiranIKLAN KENAIKAN PANGKAT JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19 KE GRED U24.pdf





Thursday, 4 March 2021

Iklan Kenaikan Pangkat Juru X-Ray (Diagnostik) Gred U32 ke Gred U36

TajukIklan Kenaikan Pangkat Juru X-Ray (Diagnostik) Gred U32 ke Gred U36
Tarikh Iklan03-03-2021
PeneranganSila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan25-03-2021
LampiranIklan Naik Pangkat Juru X-Ray (Diagnostik) U32 ke U36.pdf

foto freepik


Tuesday, 23 February 2021

URUSAN KENAIKAN PANGKAT JURURAWAT (PERUBATAN DAN KESIHATAN AWAM) GRED U32 KE GRED U36


TajukURUSAN KENAIKAN PANGKAT JURURAWAT (PERUBATAN DAN KESIHATAN AWAM) GRED U32 KE GRED U36 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Tarikh Iklan03-02-2021
PeneranganSILA RUJUK LAMPIRAN
Tarikh Tutup Permohonan17-03-2021
LampiranIKLAN NP Jururawat Gred U32 ke U36_memangku 05.08.2020.pdf


 

Sunday, 28 June 2020

URUSAN PEMANGKUAN JURURAWAT GRED U41/U42 KE GRED U44 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TajukURUSAN PEMANGKUAN JURURAWAT GRED U41/U42 KE GRED U44 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Tarikh Iklan19-06-2020
PeneranganSila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan11-07-2020
LampiranUrusan Pemangkuan Jururawat U41u42 ke U44-1-3 dikkm.pdf

gambar hiasan

__________________________________________


Pesanan Penaja:-

Madu merupakan makanan yang banyak disebut di dalam ayat Al-Quran serta makanan utama di dalam syurga kelak mempunyai seribu satu khasiat yang boleh diamalkan merupakan makanan terbaik untuk minda juga.


Antara kelebihannya ialah;

• Mempunyai antioksida (Pinocembrin) yang tinggi dan baik untuk otak manusia

• Mempunyai vitamin, mineral dan enzim yang penting untuk badan

• Mampu menjadi ejen penyembuh kepada penyakit dan juga luka

Sungguh berkhasiat madu ni..

Tahu nak cari mana, jangan tengok dan tunggu jerr.. moh ler kita sembang.. Khabarnya MaduSafa ada buat pakej promotion PKPP.. Berbaloi baloi harganya.. Boleh guna seisi keluarga

WhatsApp kami ---> ODER SAFA MADU




Urusan Pemangkuan Jururawat Gred U41/U42 ke Gred U44

TajukUrusan Pemangkuan Jururawat Gred U41/U42 ke Gred U44
Tarikh Iklan23-06-2020
PeneranganSila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan11-07-2020
LampiranUrusan Pemangkuan Jururawat Gred U41U42 ke Gred U44 KKMnew.pdf

Gambar Hiasan




Thursday, 18 June 2020

Urusan Kenaikan Pangkat Jururawat (Perubatan Dan Kesihatan Awam) Gred U32 Ke Gred U36

TajukUrusan Kenaikan Pangkat Jururawat (Perubatan Dan Kesihatan Awam) Gred U32 Ke Gred U36
Tarikh Iklan16-06-2020
PeneranganSila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan17-07-2020
LampiranUrusan Kenaikan Pangkat Jururawat (Perubatan Dan Kesihatan Awam) Gred U32 Ke Gred U36.pdf

gambar hiasan


Tuesday, 9 June 2020

Yuran taska bawah RM600 tidak dapat tampung kos operasi ketika PKP dan PKPB - Persatuan

gambar hiasan

 
08/06/2020 11:25 PM
Oleh Nor Hayati Endan

KUALA LUMPUR, 8 Jun -- Taman asuhan kanak-kanak (taska) yang mengenakan yuran RM600 dan ke bawah sebulan tidak dapat menampung kos operasi terutama semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) Anisa Ahmad mencadangkan kadar yuran itu dinaikkan bagi memastikan kelangsungan operasi taska.

“Walaupun sejak 4 Mei lepas ada taska yang sudah beroperasi dan semakin banyak taska akan dibuka pada 9 Jun ini, namun dengan bilangan kanak-kanak yang terpaksa dikurangkan sehingga 50 peratus bagi mematuhi penjarakan sosial, maka kutipan yuran juga berkurang.

“Hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan operasi taska kerana tidak dapat menampung beberapa kos seperti gaji pengasuh taska, sewa premis, bil api dan air, makan dan minum serta alat bantuan mengajar. Kita tunggu dalam dua hingga tiga bulan lagi dan lihat sama ada operasi taska ini boleh bertahan atau tidak,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keluhan pengendali taska yang menzahirkan kerisauan operasi taska mereka terjejas susulan pelaksanaan PKP dan PKPB oleh kerajaan sejak 18 Mac lepas.

Anisa berkata ibu bapa juga hendaklah mengambil berat mengenai kenaikan kadar yuran itu kerana kos operasi taska kekal meskipun bilangan kanak-kanak di sesebuah taska berkurangan.

“Kenaikan kadar yuran taska ini perlu dimaklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak dan dilampirkan juga dalam perjanjian baharu pembayaran yuran taska,” katanya.

Sementara itu, Anisa menzahirkan kesyukuran terhadap pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang memberi geran secara ‘one off' sehingga RM5,000 kepada pengendali taska yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sehingga 31 Dis depan bagi menggalakkan mereka mematuhi dan melaksanakan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan.

“Tidak kira berapa banyak peruntukan yang diberikan kerajaan, sekurang-kurangnya duit itu dapat digunakan untuk mensanitasi premis taska dan baik pulih beberapa peralatan di dalamnya,” katanya.

-- BERNAMA

Friday, 29 May 2020

Kanak-kanak lima tahun digigit anjing positif rabies di Sarawak - Uggah




29/05/2020 08:03 PM

KUCHING, 29 Mei  -- Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dari Taman Sanhill Barat, Sibu, digigit anjing peliharaannya yang positif rabies, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) memaklumkan kanak-kanak berkenaan digigit anjing peliharaannya pada 25 Mei lepas dan keadaannya dilaporkan stabil serta sedang menerima rawatan.

“Keputusan ujian pada 27 Mei 2020 melalui ujian ‘Antigen Rapid Rabies Ag Test’ menunjukkan bahawa anjing tersebut positif rabies dan sampel anjing tersebut juga telah dihantar ke Makmal Diagnosa Veterinar Sarawak untuk ujian makmal ‘Direct Fluorescent Antibody Technique’ (FAT),” katanya pada sidang media harian jawatankuasa itu di sini hari ini.

Wabak rabies pertama di Sarawak telah diisytiharkan pada 1 Julai 2017 kini telah memasuki tahun keempat namun ia masih terkawal dan sejak Januari 2020 sehingga 27 Mei 2020, JPVS telah menerima 1,254 jumlah notifikasi kes gigitan haiwan yang terdiri daripada 81.9 peratus haiwan bertuan dan 18.1 peratus haiwan liar.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Uggah berkata beliau telah mengarahkan semua agensi dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian untuk bersiap siaga menghadapi musim kemarau yang bakal tiba bagi memastikan semua logistik dan sumber manusia dapat digerakkan pada bila-bila masa.

“Saya juga ingin menasihati semua rakyat Sarawak untuk bersedia menghadapi musim kemarau dengan langkah-langkah seperti meminum air secukupnya, mengurangkan aktiviti di luar, elak daripada melakukan pembakaran terbuka, jangan membuang puntung rokok di kawasan belukar, memakai pelitup separuh muka dan menyimpan bekalan air secukupnya,” katanya.

-- BERNAMA

Wednesday, 27 May 2020

Penjawat awam palsukan tarikh surat kebenaran dihalang rentas negeri





ALOR SETAR, 26 Mei  -- Seorang penjawat awam dihalang daripada pulang semula ke Putrajaya, selepas disyaki memalsukan tarikh surat kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh polis Putrajaya, semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata, lelaki berusia 40-an itu, sebelum ini pulang ke Kedah bersama keluarganya dan menetap di Pendang, namun dia hanya dibenarkan merentas negeri untuk kembali ke Putrajaya pada 17 Mei lepas.

Katanya ketika ingin memulakan perjalanan pulang ke Putrajaya semalam, pihak polis membuat semakan pada surat kebenaran rentas negeri yang dikemukakan lelaki berkenaan, namun mendapati tarikh pergerakan telah dipinda secara tidak sah, daripada 17 Mei kepada 25 Mei.

 “Lelaki berkenaan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan, kerana pemalsuan dokumen dan dia juga dihalang pulang ke Putrajaya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Zainuddin mengetuai operasi pemeriksaan dari rumah ke rumah di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini, bagi mengesan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri yang ditetapkan kerajaan.

Sementara itu Zainuddin berkata, polis Kedah akan terus mempertingkatkan pemeriksaan kenderaan di pintu masuk dan keluar negeri ini, bagi memastikan pematuhan SOP berada pada tahap optimum.

“Dulu kita tapis orang awam balik ke Kedah, tapi sekarang ni kita tapis orang yang nak keluar dari Kedah, sama ada mereka ini benar balik dengan kebenaran atau lolos di pintu masuk.

“Oleh itu kita adakan sekatan jalan raya dua hala, iaitu susur keluar tol dan hala masuk pun kita periksa, dan kita akan teruskan sehingga Kedah betul-betul bebas COVID-19,” katanya.

-- BERNAMA

Langgar larangan rentas negeri, berani buat berani tanggung




27/05/2020 08:25 AM

KUALA LUMPUR, 27 Mei  -- Mereka yang terperangkap di kampung sewaktu musim perayaan ini akibat melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kini mungkin tidak senang duduk malah dalam dilema membuat pilihan.

Ini berikutan laporan media yang memetik kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia Datuk Shamsuddin Bardan sebagai berkata pekerja swasta yang terlibat dengan kesalahan itu boleh dibuang kerja jika tidak kembali bertugas ke pejabat selama lebih dua hari berturut-turut.

Bagi penjawat awam pula, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman dilaporkan berkata mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri kerana terperangkap di kampung, akibat melanggar larangan rentas negeri.

Jika tidak balik bekerja, boleh dikenakan tindakan tatatertib, atau lagi teruk boleh hilang kerja, tetapi jika mahu balik bekerja, akan ‘kantoi’ sebab telah melanggar PKPB, malah terpaksa membayar kompaun pula.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula berkata mana-mana pihak yang sudah pulang ke kampung sempena cuti perayaan dinasihatkan untuk berdepan dengan  tindakan undang-undang.

Beliau berkata mereka perlu pulang atau berdepan risiko hilang pekerjaan, namun tindakan yang bakal dikenakan terpulang kepada polis memandangkan sekatan jalan raya akan terus dikekalkan.

Jadi pilihan terletak di tangan anda, berani buat beranilah tanggung.

Semalam, kes positif COVID-19 terus merekodkan peningkatan iaitu sebanyak 187 kes baharu, setelah kembali melonjak kepada tiga digit pada hari sebelumnya dengan sebahagian besarnya membabitkan individu bukan warganegara.

Dengan kemunculan satu persatu kluster baharu, perjuangan menentang virus pembunuh tidak kelihatan ini nampaknya masih belum sampai ke penghujungnya sekali gus menuntut komitmen penuh dan jitu bukan sahaja barisan hadapan, tapi juga rakyat Malaysia.

Seperti kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab memikul tugas membendung penularan wabak COVID-19 untuk memberi peluang petugas barisan hadapan 'berehat'.

Patuhilah prosedur operasi standard, kita mampu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

-- BERNAMA

Simptom serangan jantung pada wanita 'lemah', sukar dikesan - Pakar



27/05/2020 08:49 AM

Oleh Shuhaida Mohd Said

ALOR SETAR, 27 Mei  -- Serangan jantung yang terjadi akibat gangguan aliran darah ke jantung boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan cepat dan tepat.

Tidak seperti golongan lelaki, tanda serangan jantung pada wanita adalah lebih 'lemah' dan sukar dikesan sehingga kadangkala apabila dikesan ia sudah berada pada tahap serius serta sukar dirawat kerana berlaku 'kerosakan' pada jantung.

Pakar Jantung Kedah Medical Centre (KMC) Dr Abd Rahim Tahir berkata walaupun kes serangan jantung sering didengar melibatkan golongan lelaki, wanita juga sebenarnya berisiko terutama bagi penghidap darah tinggi atau diabetes kronik.

"Sakit jantung terhadap lelaki dan wanita sama saja dari segi keterukan, keseriusan dan cara rawatan tapi yang jadi masalah, wanita 'tertinggal' di belakang kerana tandanya tidak nyata seperti lelaki, akibatnya wanita tidak dapat rawatan yang sempurna dari awal.

"Sesetengah pakar kata risiko (serangan jantung) pada wanita juga biasanya datang lewat sikit, sebab semasa dalam kitaran haid, hormon itu boleh bantu kurangkan masalah jantung," katanya kepada Bernama di sini.

Dr Abd Rahim berkata tidak seperti lelaki, tanda serangan jantung pada golongan itu lebih jelas seperti sakit dada yang serius, berbanding wanita yang kadang kala hanya berasa letih, berpeluh, berdebar-debar atau berasa kurang selesa pada dada.

"Macam letih, ia ada banyak sebab, contohnya demam atau hypoglycemia yang biasa dialami pesakit kencing manis. Letih yang dimaksudkan adalah letih luar biasa atau jika berpeluh, ia juga luar biasa, misalnya sebelum ni buat kerja dua tiga jam baru berpeluh, ini bergerak sikit dah basah peluh.

"Saya ada ramai pesakit wanita yang ada tanda macam tu dan bila buat pemeriksaan terperinci, didapati pesakit sebenarnya mempunyai masalah jantung. Kadang-kadang buat elektrokardiogram (ECG) tak nampak, tapi bila buat ujian stress baru nampak dia sakit," katanya.

Beliau berkata gejala atau simptom serangan jantung yang tidak jelas itu juga sering dialami golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas atau penghidap kencing manis kronik.

"Pesakit kencing manis ni saraf mereka bermasalah... deria rasa mereka tak kuat, tak rasa sakit, deria rasa ada pada jantung juga, jadi tanda serangan jantung pada mereka tidak nyata," katanya.

Dr Abd Rahim berkata tindakan terhadap pesakit yang lambat mendapatkan rawatan akan menjadi lebih kompleks dan berkemungkinan mereka tidak dapat sihat sepenuhnya kerana jantung mereka sudah 'tercedera'.

Oleh itu katanya, wanita perlu lebih peka dengan perubahan pada diri dan perlu tahu mengukur tahap kesihatan mereka sendiri bagi mengesan simptom-simptom yang tidak jelas itu.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengamalkan gaya pemakanan yang sihat seperti yang disarankan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan seperti banyak makan sayur atau ulam dan ambil makanan kurang minyak dan garam.

"Selain itu orang selalu sebut Q10 bagus, sama ada dalam bentuk vitamin atau kapsul dan dalam sesetengah minyak ada banyak Q10 contohnya minyak zaitun.

"Q10 adalah satu enzim kita guna dalam badan untuk kurangkan kadar penukaran lemak tak tepu kepada tepu. Jika kadar lemak tepu rendah, kemungkinan berlaku penyempitan saluran darah lebih rendah sekali gus dapat mengurangkan risiko serangan jantung," katanya.

-- BERNAMA