Pages

Jom Kita Berkawan

Friday, 27 September 2019

Kementerian Kesihatan pantau penyakit polio - Dzulkefly


PUTRAJAYA, 25 Sept (Bernama) -- Kementerian Kesihatan menjalankan pemantauan kehadiran virus polio dalam persekitaran melalui pensampelan air kumbahan di beberapa loji rawatan air kumbahan terpilih sejak tahun 2012 lagi, kata Menteri Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

"Sehingga kini, tiada virus polio yang boleh menyebabkan penyakit polio dikesan," katanya dalam sidang media di sini hari ini apabila ditanya mengenai kejadian wabak polio yang dilaporkan berlaku di Filipina baru-baru ini.

Beliau berkata kerajaan memandang serius kejadian wabak polio yang membabitkan dua orang kanak-kanak di Filipina yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 19 dan 20 Sept lepas.

Bagi memastikan Malaysia terus bebas daripada penyakit polio, Dr Dzulkefly berkata kerajaan akan memastikan liputan imunisasi polio melebihi 95 peratus di semua lokaliti pada setiap masa termasuk di kawasan yang telah dikenalpasti rendah liputan imunisasi.

"Bagi negeri Sabah yang hampir dengan Filipina, liputan imunisasi yang tinggi adalah penting untuk melindungi kanak-kanak dari jangkitan polio," katanya.

Dr Dzulkefly berkata kerajaan juga akan memperluaskan pemantauan sampel persekitaran di kawasan berisiko tinggi seperti kawasan penempatan warga asing dari negara yang sedang mengalami polio.

Beliau turut menasihati ibubapa supaya memastikan anak-anak mereka mendapat imunisasi yang lengkap, agar sasaran liputan imunisasi polio melebihi 95 peratus dapat dicapai di semua lokaliti di Malaysia agar jangkitan polio tidak terjadi.

Menurut Dr Dzulkefly, kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada 1992 dan sejak Oktober 2000 Malaysia bersama-sama dengan negara rantau pasifik barat telah diisytiharkan bebas daripada penyakit polio.

Katanya kejayaan pembasmian penyakit itu adalah berikutan pencegahan melalui vaksin polio yang diperkenalkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan sejak 1972 dan diteruskan sehingga hari ini.

Penyakit polio adalah berjangkit yang boleh menyebabkan kelumpuhan kekal.
Ia disebabkan oleh virus polio yang merebak melalui oral-fekal dan boleh juga melalui makanan dan air yang tercemar.

-- BERNAMA 

143 maut akibat denggi sejak Januari tahun ini


KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Sebanyak 143 kematian direkodkan daripada 99,166 kes denggi yang dicatatkan di seluruh negara sejak awal Januari hingga Selasa lepas (24 Sept).

Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Rose Nani Mudin berkata jumlah itu mencatatkan peningkatan ketara berbanding tahun lepas bagi tempoh yang sama dengan 89 kematian daripada 54,379 kes denggi.

Beliau berkata, Selangor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 54,997 kes dengan 48 kematian berbanding 30,782 kes dengan 25 kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.

“Bilangan kes kedua tertinggi ialah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu 12,366 kes dicatatkan berbanding 5,292 kes tahun lepas dengan jumlah kematian tidak berubah iaitu tujuh kes juga bagi tempoh yang sama

“Johor adalah negeri ketiga tertinggi dengan merekodkan 8,480 kes tahun ini berbanding 4,152 kes tahun lepas dan jumlah kematian pula meningkat daripada 13 kematian kepada 22 kematian bagi tempoh sama,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dr Rose Nani berkata trend peningkatan kes denggi yang berlaku itu juga fenomena global yang dialami di beberapa negara lain.

“Peningkatan kes denggi ini bukan hanya berlaku di negara ini tetapi beberapa negara seperti Thailand, Singapura, Taiwan, China juga meningkat seperti yang dilaporkan WHO (World Health Organization).

“Kalau nak dibandingkan dengan negara lain, peningkatan kes yang berlaku di negara kita masih rendah yang mana negara lain ada yang mengalami peningkatan sehingga lapan kali ganda. Tetapi, kita turut bimbang dengan trend ini kerana apabila berlaku peningkatan kes, sudah pasti bilangan kematian pun akan meningkat dan kita tak mahu perkara ini berlaku,” katanya.

Bagi mengurangkan kes denggi, Dr Rose Nani berkata langkah pencegahan perlu dilakukan di setiap kediaman bagi memastikan tiada kawasan pembiakan aedes.

“Kita tak ada vaksin dan ubat yang boleh cegah denggi tetapi sekurang-kurangnya kita dapat hindarkan kawasan pembiakan aedes. 

“Kalau boleh, buanglah bekas yang menakung air. Pasu bunga hendaklah dicuci setiap minggu supaya  kita dapat hapuskan telur nyamuk sekiranya nyamuk telah bertelur dalam pasu bunga yang ada,” katanya yang turut menyarankan orang ramai menggunakan semburan aerosol dalam rumah bagi membunuh nyamuk.

-- BERNAMA

Thursday, 26 September 2019

Akta Jururawat 1950


Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jururawat 1950 dan terpakai di seluruh Malaysia.

Untuk Nurse yang tak penah belek Akta Jururawat boleh klik link di bawah  ya....

Klik ---> Akta Jururawat


Syafiqah jadi Siti Nurhaliza Junior

Faliq Lajim
faliq.lajim@nstp.com.my


NYANYIANNYA yang persis Datuk Seri Siti Nurhaliza membuatkan penuntut kejururawatan ini terkenal di media sosial.

Semuanya selepas video dia mendendangkan lagu popular penyanyi tersohor negara itu, tular dan mendapat pujian warganet.

Nur Syafiqah Haniza, 24, mengakui disebabkan itu dia menerima undangan untuk membuat persembahan pada majlis keraian termasuk anjuran kolejnya.

“Mereka kata nak upah (Datuk Seri) Siti Nurhaliza nyanyi mahal. Jadi mereka jemput saya saja untuk membuat persembahan.

“Alhamdulillah, walaupun bukan secara profesional, jemputan menyanyi dapat menampung perbelanjaan saya di kolej selain menjadi model sambilan,” katanya katanya ketika dihubungi, hari ini.

Gadis yang berasal dari Rawang, Selangor itu berkata, video nyanyiannya mula tular pada Mei 2018 apabila menyanyi dengan memakai seragam jururawat ketika menjalani latihan amali di hospital swasta di Kedah.

Katanya, dia sekali lagi menjadi tumpuan apabila video diambil kakitangan hospital itu dimuat naik pada Ogos tahun sama.

“Ketika itu saya sudah selesai latihan amali dan mahu pulang, namun seorang kakitangan meminta saya menyanyikan lagu Siti Nurhaliza.

“Saya tak sangka pula ia tular kembali, baru-baru ini,” katanya yang menyanyikan lagu Comel Pipi Merah.

Menurutnya, dia sememangnya peminat Siti Nurhaliza dan kerap menyanyikan lagu popular penyanyi itu termasuk ketika menyertai pertandingan nyanyian.

Katanya, apabila memasuki kolej, ada rakannya menggelarkan dia sebagai Siti Nurhaliza Junior berikutan kerap menyanyikan lagu Siti Nurhaliza.

Nur Syafiqah berkata, meskipun menerima reaksi positif warganet, ada juga pihak yang mengecam video nyanyiannya tetapi dia enggan memikirkan hal itu.

“Semua komen yang buruk saya ambil positif. Lagipun, video itu diambil oleh orang lain bukan saya sengaja nak buat,” katanya.




Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 September 2019 @ 8:00 PM (Harian Metro)

Monday, 16 September 2019

Iklan Pemangkuan Juru Xray (Terapi) Gred U44 Ke Gred U48

TajukIklan Pemangkuan Juru Xray (Terapi) Gred U44 Ke Gred U48
Tarikh Iklan13-09-2019
PeneranganSila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan25-09-2019
LampiranIklan Pemangkuan Juru Xray (Terapi) Gred U44 Ke Gred U48.pdf

Sumber: KKM


Iklan Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32 ke Gred U36

TajukIklan Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32 ke Gred U36
Tarikh Iklan13-09-2019
PeneranganSila Rujuk Lampiran
Tarikh Tutup Permohonan27-09-2019
LampiranIklan Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32 ke Gred U36.pdf

Sumber: KKM

Foto: Sinar Harian

Tuesday, 3 September 2019

Semakan Urusan Kenaikan Pangkat Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkara: Semakan Urusan Kenaikan Pangkat Kementerian Kesihatan Malaysia

Assalamualaikum dan salam hormat semua.......

tentu ramai antara kita ada yang tak sabar nak tahu status kenaikan pangkat sama ada melalui permohonan iklan bagi urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat secara time based berasaskan kecemerlangan.

mana yang dah tahu cara semak mungkin tak ada masalah kan.

bagi yang tak tahu dan tak sabar nak tahu status kenaikan pangkat boleh klik link di bawah dimana link tersebut akan membawa anda terus ke web semakan kenaikan pangkat KKM.

SEMAKAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Untuk makluman anda juga, link diatas boleh disemak oleh semua penjawat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.