SEGAMAT 13 Mei - Sempena sambutan Hari Jururawat yang disambut setiap
12 Mei dan menghargai pengorbanan serta peranan mereka yang terbabit
dalam bidang kesihatan di daerah ini, sebanyak 50 kuntum bunga ros
diedarkan kepada jururawat yang bertugas di Hospital Daerah Segamat
(HDS), di sini semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub
Rahmat selain menghargai jasa dan pengorbanan jururawat, kesempatan ini
juga diambil untuk mendekatkan diri dengan kelompok tersebut sebagai
satu penghargaan kepada karier yang telah digalas dengan ikhlas dan
penuh tanggungjawab.
Pada masa yang sama, hubungan erat di antara pemimpin masyarakat di
daerah ini dengan pihak HDS juga dapat ditambah baik seterusnya
memberikan semangat kepada mereka dalam menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan.
Kerajaan prihatin terhadap sebarang masalah yang dihadapi jururawat
terutama yang melibatkan bidang tugas mereka dan berusaha dari semasa ke
semasa untuk meningkatkan tahap profesionalisme bidang tersebut,"
katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bunga kepada jururawat
bertugas.
Yang turut hadir pada program kerjasama di antara Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim dan Pengarah HDS, Dr. Aman
Rabu.
Lawatan tersebut turut bertandang ke wad bersalin dengan 28 orang ibu
bertuah menerima sumbangan peralatan penjagaan bayi sempena sambutan
Hari Ibu.
Menurut Ayub, masyarakat harus sentiasa menghargai sumbangan
jururawat dan ibu tanpa mengira tarikh tertentu kerana mereka tidak
pernah berkira atau memilih waktu tertentu sahaja untuk memberikan
khidmat mereka selama ini.
No comments:
Post a Comment