Halipa luas empayar Planet Big Business
JIKA dahulu dia hanya seorang jururawat yang
bersengkang mata di wad bersalin; bekerja makan gaji dan mudah menangis
bila dalam kesusahan, kini hatinya lebih kental berdepan ujian. Dunia
perniagaan sesungguhnya mengajar Datin Halipa Suhaimah Abidin erti
kecekalan dan kesungguhan.
Hatinya tidak lagi mudah dibolak-balikkan dengan permainan dan percaturan orang lain, sebaliknya tetap dengan matlamat sendiri sehingga beroleh kejayaan yang dia inginkan. Wanita berusia 33 tahun ini sudah mampu tersenyum gembira dengan kejayaan demi kejayaan yang beliau raih dalam dunia perniagaan.
Mengenali Datin Halipa dengan lebih dekat, menyemai suatu perasaan senang penulis atas sikap ramah dan rendah diri yang beliau ada. Datin Halipa lebih selesa membiasakan diri sebagai kakak, begitu juga suaminya, Datuk Zahiruddin Zainal Abidin yang hanya mahu dipanggil abang.
Kemesraan Datin melayan saya dan jurufoto Rosli Talib tidak menimbulkan jurang antara kami malah wawancara dan sesi fotografi berjalan santai seakan berada di rumah sendiri.
Simpati pada haiwan
Bermula sebagai peniaga pokok bunga dengan memiliki pusat semaian sendiri di rumah, Datin Halipa kemudiannya meluaskan perniagaan menjual arnab secara kecil-kecilan kerana suaminya memelihara haiwan tersebut.
Dek kekangan waktu kerana Datin Halipa masih bekerja sebagai jururawat, didesak dengan permintaan arnab yang semakin tinggi di pasaran, beliau terpaksa menutup pusat semaian dan jualan pokok bunga untuk memberikan fokus penuh kepada jualan dan penternakan arnab.
“Saya mudah simpati dengan haiwan. Masa tu dilema juga nak teruskan perniagaan yang mana. Sebab kedua-duanya saya suka. Nak cari pekerja pun susah jadi mahu tidak mahu, terpaksa tutup salah satu bisnes. Saya kekal jual arnab dan dari situ saya dan suami kembangkan perniagaan kepada penjualan haiwan lain pula.
“Daripada pelbagai jenis kucing, ikan, sugar glider, ular, tupai tanah, dan pelbagai spesis eksotik lain sehinggalah kepada jenis kala jegking turut dijual di kedai Planet Aqua & Pets.
Kami juga ada jual harimau atau nama saintifiknya serval cat. Haiwan itu ditempatkan di sebuah ladang di Gurun Kedah dengan penjagaan rapi beberapa pekerja di sana. Setiap bulan saya dan suami akan ke sana untuk melawat mereka yang sudah setahun dalam jagaan kami,” katanya yang membuka perniagaan menjual haiwan peliharaan di Uptown Shah Alam Seksyen 24.
Menurut Halipa, ada juga antara harimau tersebut dibeli oleh VVIP dan masih ditempatkan dalam penjagaan Planet Aqua & Pets kerana mereka masih dalam proses membiasakan diri untuk memelihara haiwan tersebut. Pembeli yang ingin memilikinya perlu memiliki lesen sah.
Sambutan memberangsangkan
Tiga tahun memulakan perniagaan tersebut, sambutan diterima begitu memberangsangkan. Ternyata percaturannya membuka kedai haiwan peliharaan membuahkan pulangan lumayan sehingga keputusan menutup perniagaan menjual pokok bunga dan tapak semaian tidak lagi menjadi kesedihan.
Terus terang katanya, sebelum ini, dilema memilih kedua-dua perniagaan amat dirasai dan pertimbangan wajar dari segenap sisi terpaksa dibuat maka akhirnya perniagan haiwan peliharaan menjadi pilihan.
“Permintaan haiwan peliharaan dan kelengkapannya lebih tinggi ketika itu dan hasilnya amat menguntungkan. Saya juga terpaksa berhenti jadi jururawat, satu kerjaya yang amat saya sayang setelah sekian lama menceburinya,” cerita Halipa yang pernah berkhidmat di Pusat Bersalin Indra Klang selama lima tahun.
Selain haiwan peliharaan, Planet Aqua & Pets turut menjual keperluan lengkap seperti sangkar, makanan, sabun, syampu mandi haiwan, aksesori dan vitamin. Kebanyakan haiwan diimport dari Australia dan Indonesia dan ada juga orang persendirian yang datang menjual haiwan di kedainya.
Uji kesungguhan suami
Mengenali suami dalam satu tragedi tidak terduga akhirnya membuka hati Halipa untuk menyintai lelaki bergelar Datuk Zahiruddin Zainal Abidin itu.
“Waktu itu saya nak ke rumah kakak di Kedah. Kebetulan saya sedang bercuti menunggu keputusan SPM. Di jeti ketika itu, saya minta tukar duit kecil dengan datuk tapi dia tak ada duit kecil. Akhirnya dia bagi saya duit dia tapi atas alasan untuk pulangkan balik duit itu kami bertukar-tukar nombor telefon.
“Dari situlah Datuk ajak jumpa dan berkenalan. Kami berhubung menerusi telefon. Saya pada mulanya tak berapa nak layan sebab saya dah ada teman lelaki.
Tapi entah macam mana saya teringin nak buat temu janji dengan dia. Saya ajak jumpa di satu kompleks beli-belah. Saya sebenarnya lewat sejam tapi bila sampai saya tunggu dan menyorok di tingkat atas kompleks sambil perhatikan dia.
Hampir sejam saya tengok Datuk berdiri di tempat sama tanpa berganjak walaupun saya lambat. Sejak itu, saya terpikat untuk menyayangi dia,” ujarnya diiringi ketawa.
Pasangan ini akhirnya sepakat memilih tarikh 5 April 1998 untuk mengakhiri zaman bujang masing-masing. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata; Muhammad Zulkarnai, 14 dan Dhia Nur Aisy, 8.
Rumah tangga Halipa diserikan lagi dengan kehadiran para pekerja Planet Aqua & Pets di mana sebahagian banglo pasangan itu dibuatkan bilik untuk para pekerjanya.
Lancar Shape Up
Baru-baru ini, Halipa melancarkan produk pelangsingan terbaharu jenama Shape Up dengan melantik pelakon terkenal Fizz Fairuz sebagai duta produk. Produk ini merupakan rumusan kesihatan yang membantu Halipa menguruskan badan dalam masa sebulan tanpa perlu berdiet.
“Saya tertarik dengan produk ini kerana saya sudah mencubanya. Dalam tempoh sebulan saya berjaya turunkan berat badan lebih 10 kilogram. Selama ini saya memang mencari-cari produk terbaik untuk dipasarkan dan kerana ia memberikan kepuasan, saya ambil keputusan untuk mempaternkannya atas jenama saya sendiri.
“Dari situlah saya menubuhkan Planet Big Business Sdn Bhd di mana saya bertindak sebagai Pengarah Urusan. Pemilihan Fizz Fairuz sebagai duta produk adalah kerana sifat humornya dan dia sendiri telah pun mencuba dan mendapat hasil yang baik untuk berat badannya,” kata Halipa.
Jika sebelum ini sebut sahaja mengenai produk menguruskan badan, ia sinonim disabitkan dengan wanita. Hakikatnya kata Halipa, lelaki juga memiliki masalah sama dan sering tercari-cari produk apa yang sesuai dengan mereka.
Oleh sebab itu, Fizz Fairuz dipilih sebagai duta, Ini demi memberikan gambaran jelas kepada pengguna bahawa Shape Up sesuai untuk lelaki dan perempuan. Produk Shape Up telah mula dipasarkan ke Brunei sejak sebulan lalu.
Aidilfitri dengan pekerja
Ditanya mengenai rahsia kejayaan dan faktor yang sentiasa merapatkan hubungan Halipa dengan para pekerjanya, beliau berkata, kasih sayang dan ukhuwah.
“Saya melayan pekerja macam adik-beradik sendiri. Kami ibarat satu keluarga besar. Rumah saya, ada disediakan bilik pekerja. Mereka dekat dengan saya. Di pejabat dan kedai, mereka adalah pekerja saya. Tapi di rumah mereka ibarat adik-beradik saya.
“Ada masa mereka berkongsi masalah. Malah, Datuk sendiri akan hantar pekerja ke lapangan terbang kalau dia ada kelapangan,” kongsi Halipa.
Ibu dua anak ini turut berkongsi kebiasaan yang mereka lakukan pada setiap hari raya Aidilfitri mahupun Aidiladha.
“Pekerja saya ada yang bukan warga negara Malaysia. Ada juga yang berasal dari Sabah. Ada masa mereka tidak pulang bercuti ke kampung halaman mereka.
Justeru, pada setiap tahun perayaan saya akan bawa dan belanja semua pekerja menginap di mana-mana hotel dalam negara. Raya pertama kami di rumah sahaja melayan tetamu, raya kedua dan seterusnya kami bercuti.
“Pekerja yang mencatat jualan tertinggi pula akan diberikan hadiah dan dibawa ke luar negara. Itu janji saya dan datuk. Biasanya kami bercuti selama tiga atau empat hari.
Lokasi pilihan sama ada resort atau hotel yang memberikan keselesaan kepada pekerja. Selepas itu baharulah saya dan datuk akan penuhi jadual beraya kami sekeluarga, iaitu mengunjungi keluarga dan rakan-rakan,” katanya yang turut mengadakan rumah terbuka pada raya ke sepuluh atau seterusnya.
Planet ke Planet
Dari Planet Aqua & Pets (kedai haiwan peliharaan), Halipa membuka Planet Gadjet (kedai aksesori telefon bimbit), kemudian beliau membuka pula Planet Locost yang menyediakan khidmat percetakan baju, sama ada untuk syarikat korporat mahupun individu dan terkini, beliau meluaskan empayar perniagaannya bersama Planet Big Business.
Paling menggembirakannya adalah apabila Planet Locost diberikan kepercayaan oleh akhbar Sinar Harian untuk mencetak baju bagi program Singgah Mesra yang diadakan dua bulan lalu.
Harapan besar dari hati kecil wanita ini mahu terus maju di dunia perniagaan, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dan membantu mereka yang memerlukan.

SUMBER: SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment