Pages

Jom Kita Berkawan

Friday 6 October 2017

Bajet 2018: MAAC Sokong Insentif Dua Kenaikan Gaji Penjawat Awam



Tarikh kemaskini: 05/10/2017

SEREMBAN, 5 Okt (Bernama) -- Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) menyokong penuh cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar kerajaan mempertimbangkan insentif dua kenaikan gaji tanpa mengira kumpulan pekerjaan dan pangkat.

Presiden MAAC Profesor Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin berkata bagaimanapun, pelaksanaan cadangan tersebut perlulah mengambil kira kemampuan semasa kerajaan.

"Sama ada kerajaan akan memberikan kenaikan gaji tahunan atau bonus sebulan gaji, ia amat diperlukan kerana penjawat awam adalah individu yang bergantung sepenuhnya kepada gaji yang mereka terima setiap bulan dan mereka juga merupakan pencarum tetap kepada kutipan cukai yang menjadi hasil pendapatan negara.

"Maka, sekiranya bonus sebulan gaji diberikan kepada penjawat awam, ia seakan memberikan semula gaji mereka yang dicukai manakala pemberian kenaikan gaji adalah bagi menampung kenaikan kos sara hidup yang sedang berlaku,"katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pada 29 Sept lepas, Cuepacs dilapor sebagai berkata meminta kerajaan mempertimbangkan insentif dua kenaikan gaji tanpa mengira kumpulan pekerjaan dan pangkat.


--- BERNAMA

No comments:

Post a Comment