Pages

Jom Kita Berkawan

Thursday 5 October 2017

Bajet 2018 Untuk Semua Rakyat - KSN



Tarikh kemaskini: 04/10/2017

PUTRAJAYA, 4 Okt (Bernama) -- Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Okt ini bukan sahaja akan memberi harapan kepada penjawat awam tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata Bajet 2018, yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan prestasi ekonomi dan kecemerlangan negara secara keseluruhannya.

"Sekarang (Bajet 2018) dalam proses, kita perlu lihat hasil dan peruntukan untuk pembangunan dan operasi," katanya diminta mengulas ucapan Najib pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-15 semalam bahawa beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018.

Mengenai amanat perdana menteri mengenai enam falsafah perhidmatan awam ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang antara lain menyentuh prinsip 'Wala' atau kesetiaan, Ali berkata perkhidmatan awam sentiasa menyokong padu dan melaksanakan segala dasar yang diluluskan kerajaan.

"Perdana Menteri telah memberi ucapan cukup padat khususnya dari segi perkembangan yang dilalui negara terutamanya pentadbiran perkhidmatan awam yang membawa negara ke tahap membanggakan," katanya ketika ditemui pemberita pada Seminar Tahunan Kesihatan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), di sini hari ini.


--- BERNAMA

No comments:

Post a Comment