Pages

Jom Kita Berkawan

Saturday, 2 May 2020

Trauma si 'penamat riwayat'



London: Seorang ketua jururawat kini menanggung tugas berat apabila dipertangunggjawabkan untuk menghentikan mesin pernafasan bagi pesakit Covid-19.

Juanita Nittla, 42, yang bertugas Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Royal Free di sini, ditugaskan berbuat demikian untuk pesakit yang disifatkan 'tiada harapan untuk pulih.'

Dalam laporan Metro.co.uk, Nittla berkata, tugasnya itu adalah satu mimpi ngeri sehingga dia sukar melelapkan mata.

Menurutnya, dia sudah bekerja di ICU hospital berkenaan sejak 16 tahun lalu.

Bercakap kepada BBC, dia menganggap kerjaya itu sebagai sesuatu yang mendukacitakan dan traumatik kerana 'bertanggungjawab' atas kematian seseorang. - Harian Metro

berita penuh: https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/573210/trauma-si-penamat-riwayat

No comments:

Post a Comment