IPOH – “Walaupun telah minta maaf, ia tetap satu kecuaian sehingga
menyebabkan badan anak saya melecur,” demikian kata bapa bayi lelaki
malang yang cedera di belakang badan ketika dimandikan jururawat di
Hospital Seri Manjung, Rabu lalu.
Pegawai Waran 1, TLDM Lumut, Abdul Malek Jumat, 42, berkata, anaknya itu kini dalam pemerhatian rapi oleh pegawai perubatan selepas aduan dibuat kepada pengarah hospital terbabit terhadap kecuaian itu.
Menurutnya, beliau kesal dengan sikap jururawat yang berusia lingkungan 40-an yang tidak bersua muka untuk meminta maaf sejurus berlakunya kejadian itu.
“Selepas dua hari, barulah dia datang menangis sambil meminta maaf terhadap apa yang berlaku pada anak keempat saya ini dan mengakui kecuaiannya.
“Bagaimanapun, pengarah hospital ada memberi jaminan akan berikan yang terbaik untuk merawat kecederaan dialami bayi kami,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Abdul Malek berkata, bayi lelakinya itu telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung kecederaan itu.
“Bagaimanapun, tiada rawatan lanjut yang dapat dibuat setakat ini menyebabkan saya meminta bayi saya dipindahkan semula ke Hospital Seri Manjung buat sementara ini.
“Pada Rabu minggu hadapan, bayi saya akan dirujuk semula ke HRPB untuk satu temujanji dengan doktor pakar plastik bagi merawat kulit yang melecur itu,” katanya yang masih belum memberikan nama kepada anaknya itu.
Jelasnya, isterinya, Sarjan Jamaliah Mohd Diah, 39, masih berada sedih dan kesal atas kejadian yang menimpa cahaya mata ke empat mereka.
“Isteri saya masih bersedih setiap kali melihat kesan merah dan bergelembung akibat air panas itu dan tidak dapat membayangkan kesakitan yang dialami bayi kami.
“Namun, kami masih mengikuti prosedur ditetapkan oleh pihak hospital untuk merawat dan memulih semula kecederaan bayi kami,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Rahimi Goon berkata, laporan awal telah dihantar ke Kementerian Kesihatan Malayisa (KKM) berhubung kecuaian itu.
Menurutnya, siasatan dalaman telah dijalankan sendiri oleh Pengarah Hospital Seri Manjung setelah menerima laporan itu.
“Kesemua yang terlibat dalam kejadian tersebut telah dipanggil memberi keterangan dan pihak jabatan negeri telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Laporan awal telah dihantar dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN