Pages

Jom Kita Berkawan

Saturday, 31 May 2014

Emosi terpendam jururawat



MASIH ramai golongan muda yang berminat untuk menceburi bidang kejururawatan walaupun tahu liku-liku yang bakal ditempuhi sewaktu bertugas. - Gambar Hiasan

WALAUPUN sambutan Hari Jururawat yang diraikan pada 12 Mei setiap tahun telah berlalu, namun masih belum terlambat untuk kita mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Jururawat mungkin bukan pekerjaan yang glamor jika dibandingkan dengan kerjaya doktor atau pramugari. Apabila membayangkan kerjaya ini, ramai yang terlebih dulu membayangkan imej jururawat yang garang.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa mereka perlu bertugas dan berjaga sepanjang malam ketika orang lain sedang tidur nyenyak.

Tatkala orang lain melayan kerenah manusia normal yang gembira, jururawat pula perlu melayan kerenah manusia yang sakit.

Malah, kisah jururawat berhadapan dengan pesakit yang garang dengan bertindak mengherdik dan memarahi mereka mungkin jarang diperkatakan dan disiarkan di media massa.

Perkara tersebut pastinya melibatkan emosi yang teruk. Mereka perlu sentiasa tersenyum sekalipun mungkin tidak menyukai sesetengah perkara. Mereka perlu menahan sebak sekalipun bersedih.

Demi tugasan yang diamanahkan, mereka perlu melakukan yang terbaik kerana ia merupakan satu-satunya cara memulih dan menyelamatkan nyawa orang lain.

Tugas jururawat juga adakalanya sangat sukar untuk dibayangkan. Di sesetengah negara, terdapat jururawat yang perlu bertugas di medan perang. Mereka juga perlu melakukan kebaikan kepada sesiapa sahaja sekalipun kepada seorang penjenayah.

Ia merupakan salah satu contoh tugasan yang bermain dengan emosi saban hari. Mereka mungkin tidak sempat menjaga keluarga sendiri di rumah tetapi perlu menjaga orang lain di hospital.

Emosi

Sebab itu, tidak adil apabila ada satu gelaran atau label yang tidak baik dikaitkan dengan tugas jururawat. Mereka juga manusia biasa.

Sesekali sekiranya mereka mungkin garang, kemungkinan perkara itu hanyalah dalam sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Kajian-kajian yang dilakukan setakat ini menunjukkan tugas jururawat saban waktu terdedah dengan emosi terpendam. Selain itu, mereka berhadapan dengan kematian orang lain setiap hari.

Sebagai manusia biasa, mereka bersedih apabila ada pesakit yang meninggal dunia dalam penjagaan di hospital.

Ada yang membayangkan diri mereka berada pada tempat keluarga pesakit. Bagaimanapun, pada masa yang sama, mereka juga bertindak sebagai seorang profesional. Menyembunyikan perasaan sebenar yang dialami adalah sebahagian daripada punca tekanan kerja yang teruk.

Kita seharusnya bersikap adil terhadap golongan ini sungguhpun sesekali mendengar berita yang tidak enak berkenaan mereka.

Kajian ahli psikologi Barat, Profesor Sharon Glazer di beberapa buah negara seperti Israel, Itali, United Kingdom, Hungary dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa jururawat menghadapi semua simptom tekanan pekerjaan.

Mereka terdedah dengan beban tugas yang berat, pesakit yang ramai, persekitaran kerja yang tidak menyenangkan dan kebimbangan melakukan kesilapan.

Bahkan mereka juga perlu menahan emosi melihat manusia yang sakit dan berhadapan dengan kematian.

Risiko

Ia bukan pekerjaan yang mampu dilakukan oleh setiap individu. Kajian juga mendapati bidang kejururawatan adalah antara kerja yang terdedah dengan risiko kelesuan, keletihan dan kebimbangan.

Ia merupakan risiko psikologi yang mendedahkan seseorang dengan penyakit fizikal seperti penyakit jantung, darah tinggi dan beberapa penyakit berisiko yang lain.

Jururawat juga dikatakan terdedah dengan pemindahan emosi daripada pesakit. Misalnya, apabila pesakit mengadu mereka mengalami kesakitan, jururawat terlibat juga mungkin akan mengalami kesan yang sama.

Dalam bidang psikologi, ini dinamakan sebagai Kesan Jangkitan (çontagion effect). Sekiranya ia hanya dialami sehari dua, ia mungkin tidak mengapa.

Bayangkan, sekiranya kesan psikologi negatif seperti ini perlu dilalui setiap hari selama sepanjang kerjaya seorang jururawat. Ia merupakan antara kisah hidup yang mungkin jarang diketahui oleh kebanyakan masyarakat.

Jururawat bukan sekadar cuba merawat, menyembuh dan menyelamatkan kita. Adakalanya mereka juga terkorban dalam situasi pekerjaan yang penuh emosi.

Semua ini adalah antara cerita kurang indah yang mungkin jarang dibincangkan. Terima kasih kepada semua jururawat dan kasih sayang yang telah berikan kepada kami.

---- KOSMO

Thursday, 29 May 2014

Kebakaran hospital: 20 pesakit, jururawat maut


Antara pesakit yang berjaya melarikan diri dari kebakaran di tingkat bawah hospital. Foto BBC
SEOUL - KOREA SELATAN. Sekurang-kurangnya 20 pesakit dan jururawat terbunuh manakala enam lagi parah dalam kebakaran di Hospital Hyosarang, di daerah Janseong iaitu 300 km dari Seoul, awal pagi tadi.

BBC melaporkan, mangsa yang maut merupakan pesakit warga emas berusia 7o hingga 80 tahun.

Menurut pegawai, mangsa yang meninggal dunia disebabkan sesak nafas akibat asap tebal.

Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadam dalam tempoh setengah jam.

SUMBER: Sinar Harian

Thursday, 22 May 2014

Jadi jururawat demi bapa


Suhaily (kiri) membantu salah seorang pesakit di Hospital Salam.

SENAWANG - Tidak pernah sekali pun terlintas dalam mindanya untuk menjadi seorang jururawat. Namun, demi menurutkan permintaan bapanya, Suhaily Samsudin, 39, sanggup mengorbankan cita-citanya sendiri.

Bagi Suhaily, tindakannya meninggalkan jurusan penyajian dan pengurusan makanan di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terkemuka suatu masa dahulu walaupun sudah menjangkau semester dua, bukanlah pengorbanan sia-sia.

Ternyata, Allahyarham Samsudin Ahmad membuat pilihan tepat apabila meminta anak sulung daripada lima beradik itu menceburi bidang kejururawatan sebagai kerjaya, 20 tahun lalu.

Berkat doa dan keredaan orang tua, kini Suhaily mampu berbangga dengan pencapaiannya selaku Pengurus Unit Kejururawatan di Hospital Pakar Salam, di sini.

Kata Suhaily, sememangnya menjadi harapan bapanya selama ini untuk melihat sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka lima beradik menjadi jururawat.

“Bagi bapa saya, kerja dalam bidang perubatan mempunyai masa depan yang cerah, selain mampu memantau kesihatan keluarga sendiri.

“Kini, dua adik saya turut mengikut jejak langkah saya, di mana salah seorang daripadanya bertugas sebagai ahli fisioterapi,” katanya yang memberitahu berasa sangat gembira dan selamat apabila berada dalam hospital kerana dianggap tidak ubah seperti rumah keduanya.

Sementara itu, menceritakan suka-duka sepanjang bergelar jururawat sehingga mencapai tahap matron, Suhaily berkata, paling tidak dapat dilupakan semasa bertugas di wad kecemasan pada 2000.

“Seorang lelaki warga Indonesia cedera parah akibat dilibas dengan parang kerana berebut bekalan air yang dicatu. Paru-parunya jelas kelihatan melalui luka dialami di bahagian dada.

“Pengalaman manis pula, apabila salah seorang pesakit yang dijaga mengambil saya sebagai anak angkatnya pada 1994 dan kekal hingga sekarang,” katanya. 

Suhaily yang berkemahiran dalam pengkhususan kejururawatan perioperatif (bahagian dewan bedah) turut berpesan kepada mereka yang berminat menjadi jururawat supaya membuat kajian terlebih dahulu tahap profesionalisme bidang berkenaan.

“Jangan jadikan bidang ini sebagai batu loncatan, kononnya mudah mendapat peluang pekerjaan. Kalau tidak ikhlas, lebih baik berhenti atau jangan libatkan diri langsung dalam dunia kejururawatan memandangkan kita berdepan dengan nyawa pesakit,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN

Jasa Jururawat Tidak Terbalas

Oleh Norhayati Mohd Akhir

 
 
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Ia satu profesion yang tidak menjanjikan populariti mahupun gaji besar.

Namun jasa dan bakti sebagai jururawat sekadar dibalas dengan kalungan penghargaan atau susunan ayat indah oleh pesakit dan masyarakat.

Meskipun dianggap satu profesion yang mulia, namun kejururawatan bukanlah jawatan yang menjadi pilihan bagi kebanyakan orang.

Apatah lagi apabila perlu menjaga pesakit siang dan malam dengan pelbagai ragam, memerlukan ketabahan dan kesabaran diri.

Bersempena Hari Jururawat Antarabangsa pada 12 Mei baru-baru ini, BERNAMA sempat meluangkan masa menemubual beberapa insan yang berjasa dalam bidang ini, di sebuah hospital swasta ibu negara.

PENGALAMAN BERHARGA TIADA TANDINGAN
 

Pengalaman selama 25 tahun dalam bidang kejururawatan adalah pengalaman terindah dan akan diteruskan buat Jasbal Kaur, 55 tahun.

Antara pengalaman yang paling bermakna sepanjang menjadi jururawat ialah setiap tahun pada tanggal 12 Sept beliau akan menerima kiriman sekotak hadiah berupa coklat daripada seorang pesakit yang pernah dirawatnya beberapa tahun lepas.

Lebih bermakna, pada tarikh itu adalah hari kelahiran Jasbal yang juga ibu kepada seorang anak lelaki.

"Wanita itu bernama Shahrizat. Saya yang menjaganya sepanjang berada di wad akibat sakit kaki.

"Walaupun beberapa tahun berlalu, namun beliau masih menghubungi saya dan setiap tahun pada hari lahir saya, beliau akan hadiahkan coklat," katanya.

Dalam menjalani susur kehidupan di dunia ini, pastinya pelbagai cabaran perlu dilalui apabila memilih profesion ini. Namun kata Jasbal, seseorang itu perlu bijak untuk menanganinya kerana melalui kesabaran menghadapi cabaran, kepuasan bakal dirasai dalam melaksanakan tugasan.

"Saya tidak pernah jemu dengan kerjaya ini malah berbangga mempunyai pengalaman berharga yang tiada tandingan," kata Jasbal.

BERUBAH TEMPAT

Menceritakan pengalaman pertama berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Angkatan Tentera Kem Kinrara 95 di ibu negara, Jasbal berkata beliau bekerja di hospital itu selepas tamat Sijil Latihan Kejururawatan di Sekolah Kejururawatan Hospital Kuala Lumpur 30 tahun lepas.

Selepas lima tahun mencurah bakti di hospiral itu, Jasbal mendapat tawaran untuk menjadi jururawat di Pusat Rawatan KPJ Tawakkal di sini namun ketika baharu lima tahun berkhidmat beliau terpaksa mengikut suaminya ke Ipoh.

"Sebelum ke Ipoh, saya nekad untuk terus berkhidmat dalam bidang yang sama. Saya mohon jawatan sama di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan diterima berkhidmat," katanya.

"Selama 10 tahun di sana, saya menimba pelbagai pengalaman dan menerima cabaran sebagai suatu proses pembelajaran bagi meningkatkan kualiti kerjaya selain memberi khidmat terbaik kepada pesakit.

"Bagi saya walau terpaksa berpindah randah, namun semua itu tidak pernah patahkan semangat untuk terus berbakti kepada pesakit," katanya yang kini kembali berkhidmat di Pusat Rawatan KPJ Tawakkal.

SATU DALAM SEJUTA

Bagaikan permata di tengah lautan, begitulah diibaratkan bagi kaum Adam yang memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan dan kemudian menjawat jawatan sebagai jururawat.

Statistik terkini menunjukkan hanya 1.7 peratus daripada 117,000 jururawat di seluruh negara ini terdiri daripada jururawat lelaki.

Anak muda berusia 22 tahun ini adalah antara yang berada dalam peratusan kecil itu. Beliau berasal dari Negeri Sembilan pada mulanya bertarung dengan diri sendiri memilih jurusan sesuai selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2009.

Insan ini bernama Mohamad Fakhrulrazi Mohd Redzuan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Perakaunan namun beliau buntu untuk membuat pilihan.

Situasi itu mendorong anak sulung daripada tiga beradik itu untuk mendapatkan pandangan daripada kedua-dua ibu bapa serta saudara-mara terdekat bagi membuat pilihan tepat yang bakal menentukan masa hadapannya.

"Merekalah insan yang menyebabkan saya berada di sini menjawat jawatan mulia ini. Tanpa mereka saya mungkin tidak memilih kerjaya yang sememangnya memberi kepuasan kerana dapat membantu menyelamatkan nyawa manusia dan tidak siapa mampu memikul tanggungjawab ini jika mereka tidak nekad serta kuat," katanya.

Pelajar lulusan diploma Kejururawatan Kolej Universiti KPJ itu kini tidak segan silu malah berbangga apabila ditanya mengenai kerjayanya sekarang.

"Saya bangga memilih kerjaya ini yang adalah satu bidang istimewa dan bermakna bagi saya," katanya yang baru setahun berkhidmat di hospital berkenaan.

IKTIRAF KERJAYA JURURAWAT

Dua lagi jururawat turut berkongsi pengalaman ialah Maimon Md Ramli, 49, dan Chua Seok Chin, 48, yang masing-masing berkhidmat selama 22 tahun dalam bidang kejururawatan dan merawat ratusan pesakit dari pelbagai lapisan umur, keturunan dan latar belakang.

Bagi mereka, penghargaan bukanlah sesuatu yang diharapkan tetapi mereka berharap agar jururawat diiktiraf sebagai satu kerjaya yang mampu membawa kejayaan serta memberi kepuasan kepada mereka yang memilih profesion itu.

"Ramai yang masih teragak-agak memilih profesion ini lebih-lebih lagi kaum Adam. Tidak salah jadi jururawat lelaki malah patut bangga sebab dapat bantu insan lain yang dalam kesakitan," kata Chua ibu kepada tiga anak.

Kenyataan Chua diakui Maimon dan rakan-rakan jururawat lain demi memberi dorongan serta semangat terutama kepada pelajar yang masih mencari bidang sesuai bagi melanjutkan pelajaran selepas SPM.

Keempat-empat jururawat itu mewakili beribu jururawat di negara ini menyimpan hasrat mahu memartabatkan profesion jururawat, meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pesakit serta menjalin hubungan baik dengan pesakit.

Mereka mengakui profesion ini bukanlah mudah kerana jururawat adalah orang pertama yang menemui pesakit apabila datang ke klinik atau hospital.

"Kami sebenarnya boleh diibaratkan orang kedua penting selepas doktor", kata Maimon mengakhiri sesi temubual.

-- BERNAMA

Tuesday, 20 May 2014

Rufaidah jururawat pertama dalam sejarah Islam

Oleh Ibrahim Abdullah
2011/05/26

Gambar Hiasan

KHIDMAT jururawat pertama Islam bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW yang dikenali dengan nama Siti Rufaidah binti Saad. Beliau selalu memberikan rawatan terbaiknya terutama kepada pesakit yang cedera di medan perang.

Eropah dan Amerika Syarikat mengenali Florence Nightingale sebagai pelopor jururawat moden. Negara di Asia Barat memberikan kedudukan awal kepada Rufaidah, seorang jururawat Islam yang terkenal.

Perjuangan dan kemasyhuran Rufaidah secara berterusan daripada generasi ke generasi khususnya di Arab Saudi dan diteruskan ke generasi moden di Asia Barat sehingga ini.

Rufaidah (570-632 SM) tokoh jururawat Islam tersohor itu muncul pada masa peperangan dalam Islam. Prof Dr Omar Hasan Kasule, dalam kertas kerjanya pada Persidangan Antarabangsa Kejururawatan ketiga di Brunei Darussalam pada 1998 menyatakan, Rufaidah adalah jururawat profesional pertama dalam sejarah Islam.

Beliau hidup pada zaman Rasulullah SAW pada abad pertama hijrah dan diiktiraf sebagai jururawat teladan. Rufaidah adalah seorang pemimpin, penggerak, mampu memberi motivasi kepada orang lain. Beliau turut digambarkan memiliki pengalaman klinikal yang dapat disalurkan kepada jururawat lain untuk dilatih dan bekerja dengannya.

Rufaidah tidak hanya melaksanakan tugas sebagai jururawat dalam aspek klinikal semata-mata, namun melaksanakan tugas komuniti dan mencari punca pelbagai masalah sosial yang boleh menyebabkan timbulnya bermacam penyakit.

Rufaidah bertindak sebagai jururawat kesihatan komuniti, tidak memandang miskin atau kaya. Beliau adalah pekerja sosial yang cekap menjadi inspirasi bagi kerjaya jururawat dunia Islam.

Rufaidah tinggal di Madinah dan lahir di Yathrib termasuk dalam kaum Ansar, golongan pertama menganut Islam di Madinah. Ayahnya seorang doktor dan Rufaidah mempelajari ilmu perawatan ketika bekerja membantu ayahnya.

Rufaidah mengabdikan diri merawat kaum Muslim yang sakit di luar kawasan Masjidil Nabawi ketika perang Badar, Uhud, Khandak dan perang Khaibar dengan beliau menjadi sukarelawan dan merawat korban yang terluka dan cedera parah akibat peperangan. Beliau juga mendirikan hospital lapangan.

Nabi Muhammad SAW sendiri memerintahkan agar tentera yang cedera parah dirawat oleh Rufaidah. Pernah digambarkan saat perang Khandak, Saad bin Maadh yang terluka terkena panah di tangannya dirawat oleh Rufaidah hingga sembuh.

Rufaidah turut melatih beberapa wanita untuk menjadi jururawat dan dalam perang Khaibar mereka meminta izin Nabi Muhammad SAW untuk ikut serta di garisan belakang pertempuran bagi merawat mereka yang terluka dan Nabi mengizinkannya.

Rufaidah digambarkan memiliki keperibadian yang luhur dan simpati kepada semua orang dan melayani pesakit dengan baik. Sentuhan perikemanusiaan adalah hal yang penting bagi jururawat.

Sejarah Islam juga mencatatkan beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah seperti Ummu Ammara, Aminah, Ummu Ayman, Safiyah, Ummu Sulaiman dan Hindun.

Sumber: Berita Harian

Uniform Jururawat Pelbagai Negara

Berikut adalah uniform nurse pelbagai negara. Mungkin lain hospital lain patten dan lain kaler kot... yg mana satu anda suka tengok? :)

 Filiphina

 Jepun

 Malaysia

 Singapura

 Thailand

UK

Penyakit "Severe Combined Immunodeficiency" (SCID) - Siri 2

Kesedaran Bahaya Penyakit PID Dan SCID

Oleh Kurniawati Kamarudin

 
 
 
Ini adalah siri kedua dan terakhir rencana memaparkan mengenai penyakit lemah daya imun sejak lahir atau penyakit Imunodefisiensi Primer yang boleh mengundang maut sekiranya tidak dirawat segera.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kisah David Phillip Vetter dari Texas, Amerika Syarikat, yang terpaksa menjalani kehidupan didalam gelembung plastik sejak lahir hingga akhir hayatnya, pernah menarik perhatian dunia.

Sebuah filem mengkisahkan kehidupan beliau yang menghidap penyakit berkenaan pernah ditayangkan di televisyen sekitar 1976.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1984 ketika berusia 12 tahun, beberapa bulan selepas menjalani pemindahan tulang sum-sum.

Kematian Vetter memberi ilmu baharu mengenai penyakit gabungan kekurangan imun atau "Severe Combined Immunodeficiency" (SCID) yang jarang diketahui umum.

SCID adalah tahap paling teruk dalam penyakit kekurangan imun primer (PID) yang diklasifikasi sebagai kekurangan daya imun melibatkan antibodi dan sel limfosit.

Penyakit bawaan genetik ini dikesan sejak 1926 di Amerika Syarikat namun kesedaran dan pengetahuan tentang penyakit PID termasuk SCID dalam kalangan masyarakat negara ini masih kurang. Mungkin kerana jarang berlaku menyebabkan penyakit ini kurang diberi pendedahan.

Bagaimanapun, telah ada petanda peningkatan kes itu di seluruh negara.

Laporan seminar antarabangsa di Kuala Lumpur "Creating Awareness On Primary Immunodeficiencies" pada tahun lepas menunjukkan berlaku peningkatan kes daripada rekod yang dirujuk.

Pada tahun 1986 hingga 1994, purata kes yang direkodkan sebanyak 2.5 kes setahun, kemudian meningkat kepada tiga kes setahun pada 2003 dan dari 2007 hingga 2011 sebanyak 24 kes setahun, peningkatan 10 kali ganda berbanding 2003.

Pakar imunologi klinikal, Jabatan Pediatrik, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Lokman Mohd Noh mengesan 167 kes pelbagai kategori PID di bawah kelolaannya termasuk 17 kes membabitkan SCID sehingga 2013.

SEJARAH PENYAKIT

Penyakit PID bukanlah penyakit baharu, sebaliknya diketahui lebih awal daripada penyakit HIV/AIDS.

Mula dikesan pada tahun 1926 dalam bentuk telangiektasia-ataksia yang menunjukkan tidak normal pada mata putih dengan kegelombongan saluran darah kecil atau kapilari.

Sementara itu di Malaysia, kes pertama PID dikesan pada tahun 1979 oleh Dr Y.H. Thong, pakar imunologi klinikal Hospital Universiti Malaya, iaitu 53 tahun selepas penyakit PID pertama dunia.

Selepas 1987, lebih banyak kes PID dikesan. Menurut Dr Lokman jumlah sebenar pesakit PID termasuk SCID tidak diketahui kerana tiada pengesanan secara khusus, dijalankan termasuk ketiadaan pendaftaran kebangsaan bagi PID.

Dalam kalangan pakar pediatrik di hospital beberapa bandar besar, penyakit ini mula dikenali sekitar tahun 1990an.

Ia hanya boleh dipastikan melalui ujian makmal imunologi tertiari atau ujian termaju seperti di Pusat Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia, Bertam, Pulau Pinang.

"Oleh kerana penyakit ini masih baharu dikenali di Malaysia, pengamal perubatan yang kurang mahir kadang kala terlepas pandang, yang akhirnya membawa komplikasi teruk dan berakhir dengan kematian pesakit.

"Kebiasaannya pesakit yang mengalami jangkitan ketara berulang akan diamati pakar pediatrik hospital sebelum merujuknya ke pakar imunologi klinikal," kata Dr Lokman.

Jika data di Amerika Syarikat (Immune Deficiency Foundation, 1999) dijadikan sandaran iaitu setiap 1 bagi 5,000 penduduk menghidap PID, maka akan ada 5,000-6,000 individu yang mengidap PID di Malaysia.

Lebih membimbangkan laporan terkini 2014, pada "J Project Declaration 2014" di Altanya, Turki menganggarkan terdapat 1 daripada 1,000 penduduk pada setiap negara mempunyai penyakit PID.

Keadaan itu tidak menghairankan memandangkan kemajuan penyelidikan dalam bidang tersebut yang sangat ketara telah mengesan 250 jenis PID pada tahun 2012, berbanding 100 pada tahun 2003.

"Ini menunjukkan peningkatan dua hingga tiga kali ganda. Ia memberi satu tanda tanya, adakah di Malaysia terdapat hampir 30,000 pesakit PID berdasarkan jumlah penduduk yang kini mencecah hampir 30 juta orang?," ujar Dr Lokman membangkitkan persoalan.

PENGESANAN AWAL PENYAKIT

Bagi kanak-kanak normal kekerapan dan keterukan jangkitan yang biasa dialami agak terhad. Dalam umur lingkungan enam tahun pertama, jika menghadapi selsema tiga hingga empat kali setahun, ia masih dianggap normal.

Apabila usia semakin meningkat, kekerapan jangkitan virus akan berkurangan kerana setiap rangsangan jangkitan baharu akan menambahkan keimunan untuk melawan penyakit.

Namun, jika kekerapan jangkitan lebih daripada itu ditambah jangkitan teruk seperti pneumonia (radang paru-paru), meningitis (radang selaput otak) kebarangkaliannya adalah berpunca daripada PID, katanya.

Ini kerana ketahanan terhadap jangkitan penyakit berkurangan secara semulajadi sejak bayi dengan mengalami jangkitan berulang dan teruk serta tidak mudah dikawal dengan hanya pemberian antibiotik.

Saranan Dr Lokman, jika keadaan itu berlaku harus dirujuk terus kepada pakar imunologi klinikal untuk membuat saringan sama ada pesakit mengalami PID atau sebaliknya.

BAHAYA SCID

Bagi kanak-kanak yang menghidap SCID, kebiasaannya boleh dikesan seawal umur tiga bulan pertama melalui pelbagai bentuk penyakit yang menyerangnya seperti pneumonia, sepsis, abses dan penyakit kulat.

SCID berpunca daripada antibodi yang merupakan perisai yang larut dalam darah dan sel T bagi melawan kuman yang menjangkiti sel seperti virus, kulat dan bakteria.

Mereka akan mudah mendapat jangkitan daripada organisma biasa yang tidak berbahaya kepada kanak-kanak normal.

Paling bahaya jika terkena jangkitan "pneumocystis jiroveci" yang boleh membawa penyakit radang paru-paru hingga boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.

Kaadaan itu akan berulang terutama pneumonia dan radang kelenjar yang mana jika tidak dirawat secara khusus dengan antibiotik boleh membawa komplikasi yang lebih teruk.

"Kebiasaannya kanak-kanak menghidap SCID akan mengalami ciri-ciri klinikal yang sangat teruk akibat jangkitan pelbagai mikrob di peringkat bayi lagi," katanya.

Keadaan akan bertambah teruk walaupun dirawat dengan antibiotik dan infusi imunoglobulin. Cara rawatan terbaik ialah melalui pemindahan tulang sum-sum sebelum berumur tiga atau empat bulan.

Kajian R.H. Buckley pada tahun 2004 menyatakan, hampir 97 peratus pesakit masih hidup setelah melakukan pemindahan tulang sum-sum selepas tiga tahun dan ada di antaranya menjangkau umur puluhan tahun.

Pemindahan tulang sum-sum pertama dunia bagi SCID berlaku pada tahun 1968 dan pesakit hidup sehingga tahun 2010, melebihi dari empat dekad, katanya.

"Jika tidak dilakukan pemindahan itu, penyakit akan datang bertubi seperti pneumonia, bisul, cirit birit, bengkak bahagian sendi. Kerana semakin banyak keperluan penggerak imun, semakin perlu dirangsang antibdi dan sel T.

"Biasanya jarang pesakit boleh hidup melebihi umur setahun tanpa pemindahan sum-sum tulang. Paling lama setahun tujuh bulan," kata R.H. Buckley berdasarkan kes yang ditemuinya.

Sementara itu, bagi pesakit PID seperti kekurangan antibodi, cara rawatan yang dikenalpasti ialah melalui pengambilan imunoglobulin sekali dalam bulan.

Seperti penyakit kencing manis yang memerlukan insulin, mereka juga perlu mengambilnya sehingga ke akhir hayat.

KURANG KESEDARAN

Oleh kerana penyakit ini daripada genetik, ada kemungkinan ahli keluarga yang lain turut mengalami masalah serupa. Sebaiknya pengesanan awal dilakukan dengan manyaring kanak-kanak yang mendapat jangkitan berlebihan terutama dari segi kekerapan dan keterukan.

Kekurangan Kepakaran dalam bidang imunologi klinikal antara kekangan yang dihadapi Malaysia. Selain Dr Lokman, dua lagi pakar yang dirujuk ialah Dr. Intan Hakimah Ismail, di Pediatrik, Fakulti Perubatan Universiti Putra Malaysia(UPM) dan Dr Amir Hamzah Abdul Latif di Pusat Perubatan Pantai.

Ketiga-tiga mereka ini menjadi rujukan bagi kes-kes PID di seluruh negara kerana tiada pakar dalam bidang itu di Kementerian Kesihatan Malaysia setakat ini.

Menurut Dr Lokman, 67, setiap bulan beliau bersama Dr Intan dan Dr Amir akan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mengesan kanak-kanak atau bayi yang mempunyai simptom PID.

"Ketika saya keseorangan mengendalikan kes PID sekitar tahun 1986, telah ada kes yang ditemui ketika itu. Apabila Dr Amir bermula pada tahun 2007, telah mula menunjukkan peningkatan kes selepas itu dan kini dengan adanya seorang lagi doktor pakar, Dr Intan, kita lihat kes yang dikenalpasti terus meningkat.

"Ini menunjukkan sekiranya kesedaran dalam masyarakat tentang penyakit ini meningkat dan jumlah subpakar imunilogi klinikal yang ada juga meningkat, ditambah dengan prasarana makmal imunologi yang lengkap, mungkin kita boleh mengenalpasti lebih banyak kes PID di seluruh negara," kata Dr Lokman.

Orang ramai termasuk kerajaan usah memandang ringan penyakit PID. Meremehkan kehadiran penyakit berbahaya itu adalah langkah kurang bijak, kata Dr Lokman mengakhiri perbualan.

-- BERNAMA

Penyakit "Severe Combined Immunodeficiency" (SCID) - Siri 1

Pengalaman Ibu Kendali Anak Penghidap SCID

Oleh Kurniawati Kamarudin

Rencana dua siri ini memaparkan mengenai penyakit "Severe Combined Immunodeficiency" (SCID) yang kurang diketahui dalam kalangan masyarakat. Penyakit ini adalah dari kumpulan penyakit "Imunodefisiensi Primer" yang berpunca lemah daya imun sejak lahir. Siri Pertama ini berkongsi pengalaman ibu yang mempunyai anak berpenyakit itu.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kelahiran Marissa, anak pasangan Norazlin dan Mohammed Shahir (bukan nama sebenar) cukup dinantikan mereka sekeluarga.

Ia bagai mengubat kerinduan kepada dua anaknya, Sofea Hani dan Muhammad Zulhakimi, yang meninggal dunia pada tahun 2008 dan 2010 ketika masing-masing masih bayi iaitu lima bulan sebelas hari dan sebulan dua puluh satu hari.

Keterujaan menyambut ahli baru dalam keluarga, yang adalah anak kelima mereka diuji apabila Marissa yang dilahirkan secara normal pada 3 Ogos tahun lepas disahkan menghidap "Severe Combined Immunodeficiency" (SCID) atau gabungan sindrom kekurangan imun yang teruk oleh pakar imunologi klinikal, yang melawat Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur setiap bulan.

Ia adalah satu daripada kumpulan Penyakit Imunodefisiensi Primer yang boleh diklasifikasi sebagai kekurangan daya imun secara semulajadi seperti antibodi, keimunan sel limfosit dan fagosit yang terdapat dalam tubuh orang normal.

Akibatnya, sistem kekebalan tubuh menjadi lemah hingga penderita dijangkiti pelbagai penyakit. Ia akhirnya boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan awal dan khusus seperti infusi imunoglobulin (bagi kekurangan antibodi) atau pemindahan sum-sum tulang bagi SCID.
 


PENGESANAN AWAL

Keletah Marissa, yang kini sudah mencapai umur sembilan bulan, tidak jauh berbeza dengan bayi seusianya. Menurut ibunya, selain suka tersenyum dan ketawa, mulut anak kecil ini juga ramah berbual dalam bahasanya setiap kali disapa.

Secara fizikal Marissa kelihatan normal sahaja, namun hakikatnya tubuh kecil yang hanya seberat empat kilogram itu sedang bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan.

Setiap tiga minggu dia perlu mendapatkan infusi imunoglobulin melalui mesin selama enam jam, di Hospital Serdang di bawah pengawasan Prof Madya Dr. Intan Hakimah Ismail, doktor pakar imunologi klinikal di Jabatan Pediatrik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ia bagi mengelak sebarang jangkitan yang boleh memudaratkan sistem organ di tubuhnya berikutan ketiadaan antibodi untuk melawan sebarang penyakit.

Menyorot bagaimana penyakit itu dikesan di tubuh Marissa, Norazlin atau lebih mesra dengan panggilan Lin berkata ia bermula dengan benjolan kecil seperti gigitan nyamuk di muka Marissa setelah beberapa hari dilahirkan.

Bimbang benjolan kecil yang semakin banyak termasuk di kelopak mata, Marissa dibawa ke Institut Pediatrik HKL untuk rujukan dan pemeriksaan.

Ditempatkan di wad bayi, pemantauan diberi sepenuhnya dengan memberi antibiotik hingga benjolan itu pulih sepenuhnya.

Doktor kemudian mengesan pula lekukkan di dada Marissa. Setelah imbasan X-ray dilakukan, didapati paru-parunya tidak berkembang, katanya kepada Bernama.

"Doktor melakukan CPAP bagi memasukkan oksigen melalui saluran hidungnya selama empat minggu dan memberi antibiotik. X-ray selepas itu mendapati paru-parunya telah berkembang semula dan kembali normal," kata Lin.

Episod baharu bermula apabila doktor mengambil keputusan untuk menjalankan pemeriksaan penuh seluruh badan Marissa termasuk pemeriksaan antibodi.

Ia dibuat setelah Lin menceritakan anak ketiga dan keempatnya disahkan oleh doktor sebagai meninggal dunia tanpa sebab atau mati mengejut ketika masih bayi.

"Tidak ada orang yang meninggal dunia tanpa sebab. Jadi untuk merungkainya, doktor membuat pemeriksaan penuh ke atas Marissa.

"Hasil pemeriksaan itu, buah pinggang, jantung semua dah ok, tetapi pemeriksaan antibodi yang dilakukan terdapat keputusan yang sedikit meragukan apabila bacaan yang diambil terlalu rendah," katanya.

Saringan kedua terpaksa dibuat untuk mendapatkan pengesahan dan akhirnya doktor memaklumkan Marissa menghidap penyakit SCID.

PEMINDAHAN TULANG SUM-SUM

Kali pertama mendengar tentang SCID ketika dimaklumkan doktor yang merawat Marissa, tanggapan awalnya ia hanya penyakit biasa yang tidak berbahaya. Namun apabila mencari dan membaca maklumat penyakit itu di internet, baharulah beliau mengetahui SCID boleh mengundang maut dan memerlukan rawatan segera.

Ia secara tidak langsung memberi jawapan misteri atas kematian dua anaknya sebelum ini.

Selepas pengesahan itu, Marissa terus dirujuk kepada pakar pediatrik bahagian imunologi klinikal dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Lokman Mohd Noh dan Dr. Intan Hakimah Ismail.

Pemeriksaan oleh Dr Lokman, yang berpengalaman lebih 31 tahun dalam bidang imunologi, mendapati Marissa kini berada dalam keadaan tenat dan perlu melakukan pemindahan tulang sum-sum untuk merawatnya.

Menurut Lin, sebaik-baiknya pemindahan itu perlu dijalankan ketika bayi berusia antara empat ke lima bulan, namun sehingga kini, Marissa yang telah berumur sembilan bulan masih belum dapat melakukannya kerana tidak berjumpa dengan penderma tulang sum-sum yang sesuai.

"Pemeriksaan ke atas abang dan kakak Marissa, mendapati mereka tidak sepadan untuk membantu Marissa. Doktor pakar membuat keputusan darah Marissa perlu dihantar ke makmal di Hong Kong untuk mengetahui dengan lebih terperinci, kategori SCID yang dihadapinya", katanya.

Akhir Februari 2014, katanya, Dr Intan berbincang dengan doktor pakar tulang sum-sum HKL untuk mengambil contoh darah Lin dan suami untuk diuji bagi membantu Marissa.

Sekiranya 50 peratus sesuai, saorang daripada mereka boleh menjadi penderma.

"Keputusan awal lebih memihak kepada saya dan untuk memastikan ia benar-benar sesuai ujian kedua dilakukan dan keputusan ujian itu belum lagi diperoleh," katanya.

CARA PENJAGAAN

Selain mendapatkan rawatan imunoglobulin setiap tiga minggu di hospital, Marissa perlu penjagaan rapi dan tidak boleh terdedah dengan persekitaran di luar bagi mengelakkan terkena kuman dan jangkitan.

Marissa diasingkan dalam sebuah bilik khas di rumah seperti di hospital, katanya.

Dijaga oleh neneknya ketika beliau dan suami keluar bekerja, Lin berkata setiap ahli keluarga di rumah diwajibkan sentiasa menjaga kebersihan dan berada dalam keadaan sihat bagi mengelakkan jangkitan. Kerana itu tetamu tidak dibenarkan melawat Marissa sebagai langkah pencegahan.

Selain itu, mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun bagi membunuh kuman dan sanitizer adalah perkara yang diwajibkan untuk setiap ahli keluarga di rumah.

"Wajib cuci tangan bagi mengelakkan jangkitan. Ahli keluarga yang tidak sihat pula kena pakai mask di rumah, manakala saudara rapat yang hendak datang pula hanya yang sihat dibenarkan. Kalau ada jangkitan selsema, batuk atau demam memang tidak boleh datang.

"Selain itu setiap barang yang digunakan Marissa termasuk botol susu perlu direbus bagi mematikan kuman," katanya.

Ditanya mengenai pemakanan Marissa, ujarnya, atas arahan doktor yang merawat Marissa, bayi yang menghidap penyakit SCID tidak boleh diberi makanan yang mengandungi probiotik kerana mengandungi mikroorganisme hidup dan boleh memudaratkan kesihatannya.

Sebaliknya, hanya susu dan pemakanan prebiotik sahaja yang boleh diberikan.

HARAPAN BUAT MARISSA

Menyelami perasaan ibu yang telah melalui dua kehilangan sebelum ini, Lin menyatakan beliau reda atas apa yang berlaku malah suami dan ahli keluarga lain sudah bersedia menerima apa juga kemungkinan yang berlaku selepas ini ke atas Marissa.

Namun katanya, selagi ada harapan dan jalan, beliau tidak akan berhenti berusaha agar Marissa dapat meneruskan kehidupannya dan membesar seperti kanak-kanak lain.

"Kami tidak pernah putus berdoa agar Marissa bebas dari SCID. Diharapkan ada penderma tulang sum-sum yang sesuai untuk membantu menyembuhkan penyakit yang dihidapinya," kata Lin yang berharap Marissa dapat menyambut ulang tahun pertamanya pada Ogos nanti.

-- BERNAMA

Wednesday, 14 May 2014

KKM Perlu 15,700 Jururawat - Subramaniam


PUTRAJAYA, 12 Mei (Bernama) -- Seramai 15,700 pelatih jururawat baharu akan diambil secara berperingkat bagi menampung kekurangan jururawat di seluruh negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata sebanyak 2,861 jururawat lepasan kolej swasta telah dilantik Januari lalu, 111 lepasan institusi pengajian tinggi swasta serta 1,065 orang lepasan Kolej Kementerian Kesihatan pada Februari.

Seramai 5,000 pelatih jururawat telah diambil tahun lepas, katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa di sini Isnin.

Beliau berkata kerajaan juga menambah masing-masing satu jawatan jururawat bagi gred U54 dan U52, 10 jawatan untuk gred U48 dan 23 jawatan untuk gred U44.

Katanya selain memberikan latihan yang mencukupi kepada gologan jururawat, kementerian juga akan mengkaji untuk menambah bilangan pakaian seragam jururawat kepada lima pasang daripada tiga pasang setahun.

Dr Subramaniam berkata elaun mengupah menjahit pakaian seragam yang sebelum ini dibayar balik berdasarkan bayaran yang tercatit dalam resit, kini akan dibayar sepenuhnya melalui gaji mereka, sementara kementerian turut sedang mengkaji pembayaran tuntutan bayaran balik bagi pembelian kasut juga melalui gaji.

Beliau berkata negara kini mempunyai 117,305 orang jururawat dengan 80,055 orang daripadanya bertugas di sektor awam.

"Kini nisbah seorang jururawat adalah untuk 375 penduduk dan kita sedang berusaha secara berperingkat-peringkat supaya selepas ini nisbahnya bertambah kepada 1:300, 1:250 dan 1:200," katanya.

-- BERNAMA

Jururawat kerjaya yang murni

 DUA jururawat memberi layanan mesra kepada salah seorang pesakit di Hospital Pakar KPJ Seremban.
 
SEREMBAN 12 Mei - Apabila dikaitkan dengan nama Florence Nightingale, umum terus melihat satu tarikh iaitu 12 Mei setiap tahun yang merupakan tarikh lahir seorang pengasas kejururawatan moden.

Individu ini dikatakan banyak melakukan pembaharuan kepada kejururawatan dan penjagaan kesihatan, malah secara drastik me­ngurangkan kadar kematian dalam kalangan tentera semasa Perang Krimea sekali gus pencetus hasil kerja keras, dedikasi dan latihan jururawat yang lain.

Perang Krimea, juga dikenali di Rusia sebagai Perang Timur (1853-1856) yang terjadi antara Empayar Rusia melawan sekutu yang terdiri dari Perancis, United Kingdom, Kerajaan Sardinia dan Empayar Uthmaniyyah.

Namun begitu, tarikh Hari Jururawat Sedunia ini telah beberapa kali berubah kerana tidak ada ketetapan yang dibuat sehinggalah pada bulan Januari 1974, satu badan telah membuat keputusan supaya sambutan itu diputuskan pada 12 Mei setiap tahun kerana ia adalah tarikh kelahiran Florence.

 Pengurus Unit Materniti Pakar KPJ Seremban, Nurhidayah Mat Said (empat dari kanan) memberikan taklimat tugasan harian kepada jururawat di wad Materniti Hospital Pakar KPJ Seremban.
 
Di negara ini, sambutan Hari Jururawat juga diadakan dan tentulah kerjaya jururawat itu cukup murni dan amat terpuji, apatah lagi individu yang terlibat tidak pernah beranggapan pesakit sebagai satu beban sebaliknya ia dipikul dengan penuh tanggungjawab.

Jururawat senior Hospital Pakar KPJ Seremban, N. Bavani, 35, berkata, pekerjaan ini membuatkan dirinya lebih bermakna kerana dapat menyumbang bakti membantu insan yang sakit mahupun ditimpa musibah dalam kesihatan.

“Orang yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan tentulah mereka sedang sakit dan menjadi tanggungjawab kita mela­yan mereka dengan baik. Jika ada masalah, kita akan atasi dengan lembut.

“Bila kita seronok menjaga pesakit, mengambil tahu hal kesihatan mereka dan mesra, maka inilah yang akan dinilai oleh pesakit terhadap kerja yang telah kita lakukan. Apa yang penting pesakit merasa lega apabila bersama kami," katanya kepada Utusan Malaysia sempena Hari Jururawat di Hospital Pakar KPJ Seremban, di sini hari ini.

Dia yang telah 11 tahun dalam kerjaya ini berkata, detik paling menggembirakannya apabila pesakit melafazkan ucapan terima kasih dan itu adalah tanda kami jururawat dihargai.

Rakannya, Lim Tian Yin, 24 memberitahu, sejarah kejururawatan dunia jelas menunjukkan betapa kerjaya ini amat dihargai semua pihak.

“Saya puas apabila dapat membantu pesakit di hospital dan tiada istilah penat, tertekan atau hilang sabar dalam kerjaya ini. Bagi saya, senyuman adalah perkara utama yang dapat meringankan beban pesakit," ujar­nya yang telah tiga tahun menjadi jururawat.

Kata Tian Yin, dia sentiasa meletakkan dirinya dalam situasi pesakit dan apabila itu berlaku, ia akan menyedarkan diri kita betapa pesakit amat perlu dibantu.

“Bila pesakit terlantar, saya akan bantu. Begitu juga dengan pemberian ubat, semuanya perlu dibuat berhati-hati," katanya.

Sementara itu dua jururawat lelaki, Arishah Nur Iskandar Abu Bakar, 26, dan Muhammad Nizam Abd. Razak, 23 berkata, mereka juga boleh melakukan tugas yang dahulunya dimonopoli kaum wa­nita ini.

Kata Arishah Nur Iskandar, ja­ngan memandang rendah keupayaan lelaki dalam pekerjaan sebagai jururawat itu kerana sumbangan lelaki juga besar di wad-wad hospital.

“Saya lebih komited untuk berbakti kepada pesakit, malah dalam keadaan tertentu, jururawat lelaki amat diperlukan untuk mengangkat pesakit dan sebagainya," katanya yang telah berkhidmat selama lima tahun dalam kerjaya ini.

Tambahnya, jururawat pada hari ini juga bukan seperti dahulu kerana detik ini ia lebih memfokuskan kepada pengkhususan tertentu dan contohnya dia kini menjadi jururawat dalam wad yang ada kaitan dengan jantung dan kawannya, Muhammad Nizam dalam wad dialisis.

“Kita perlu menambah ilmu dan bermatlamat. Sebab itulah, jangan pandang rendah kerjaya jururawat ini, apatah lagi lelaki yang berkarier begini," katanya.

Jelas Muhammad Nizam, dia ju­ga menerima kritikan daripada rakan apabila mereka bertanya kerjayanya pada waktu ini.

“Mereka ketawakan saya kerana beranggapan itu kerjaya khusus untuk wanita. Tetapi hari ini saya berbangga, kerana kerjaya inilah yang membuatkan saya lebih dekat de­ngan pesakit dan membantu mereka yang memerlukannya. Ia kerjaya yang murni," ujarnya.

Di akhir perbualan ini, Bavani, Tian Yin, Arishah Nur Iskandar dan Muhammad Nizam ada ungkapan ini, 'Selamat Hari Jururawat kepada semua'.

sumber: Utusan Malaysia

Jururawat perlu ada empati

Suriate Mohammad (kiri) dan Vickneswary Mayandy (kanan) menjalankan tugas sebagai jururawat dengan penuh dedikasi.
 
Bekerja tidak tentu masa yang ada kalanya dalam keadaan tekanan terutama ketika melayan kerenah pesakit dan pada masa sama perlu memenuhi segala arahan doktor, membuatkan kerjaya sebagai jururawat tidak kurang mencabarnya.

Justeru setahun sekali sumbangan mereka dihargai melalui sambutan Hari Jururawat pada 12 Mei setiap tahun.

Tugas mereka bukan terhad kepada menjaga pesakit semata-mata, malah melalui kemahiran, pengalaman dan nilai empati yang ada dalam diri, peranan seorang jururwat juga kadang kala bagaikan seorang guru dan kaunselor kepada pesakit. 

Ada masa tertentu, mereka terpaksa bermain dengan emosi sendiri, gembira, sedih, cemas dan sebagainya, kerana sebahagian daripada tugas mereka berhadapan dengan 'nyawa' manusia. 

Ada ketikanya juga mereka melakukan kerja-kerja yang tidak semua orang mahu melakukan waima kepada ibu bapa sendiri, seperti membersih najis, nanah dan darah pesakit. 

Sebab itu, tidak semua orang mampu bergelar jururawat kerana kerjaya ini menuntut seribu macam pengorbanan dan cabaran. 

Ia juga bukan lagi kerjaya yang dipandang sebelah mata kerana sumbangan mereka kepada kelangsungan hidup pesakit sangat besar nilainya.

Bagi Jururawat Diabetik, Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL), Suriate Mohammad, 33, yang berkhidmat di Bahagian Perubatan dan Pembedahan mengakui, menyandang kerjaya jururawat sejak enam tahun lalu menuntut pengorbanan yang besar.

“Jururawat bukan sahaja bertugas untuk menjaga pesakit, malah kami juga ibarat tulang belakang doktor bagi membantu memudahkan urusan terutama dalam aspek penjagaan pesakit, menyediakan laporan pesakit, ubat-ubatan dan sebagainya.

“Berkhidmat di Bahagian Perubatan dan Pembedahan sejak enam tahun lalu, pesakit yang dimasukkan ke sini biasanya kategori mereka yang mempunyai masalah penyakit kritikal seperti diabetes, penyakit jantung, jangkitan kuman pada paru-paru dan baru menjalani pembedahan.

“Mereka yang dimasukan ke sini datang daripada latar belakang dan jenis penyakit yang berbeza. Bagi menghadapi situasi ini memerlukan kami sentiasa bersedia dan mempunyai ilmu untuk menguruskan mereka dengan baik," jelasnya yang memilih kerjaya jururawat atas dorongan ibu tercinta.

Ditanya tentang pengalaman, anak kelahiran Melaka ini berkata, pelbagai pengalaman pahit manis dan sesetengahnya meruntun jiwa dilalui sepanjang bertugas di bahagian tersebut. 

“Antara yang masih melekat sampai sekarang, pengalaman menjaga seorang pesakit yang melalui pembedahan pada bahagian muka selepas mengalami kemalangan ngeri.

“Tugasan tersebut sedikit mencabar kerana luka tersebut perlu dijaga dengan rapi bagi mengelakkan daripada jangkitan kuman.

“Dalam pada masa yang sama, pesakit tersebut bukan sahaja perlu dirawat fizikalnya, tetapi saya juga perlu menjaga emosinya ketika berhubung.

“Kebiasaan pesakit dalam keadaan sedemikian akan mengalami perubahan dari segi emosi dalam tempoh tertentu. Mereka mudah tersinggung dan cepat marah apabila apabila emosi tidak stabil.

“Waktu inilah, tanggungjawab kami bukan hanya membantu menyembuhkan luka secara luaran, pada masa yang sama juga berperanan menyuntik sokongan moral dan nasihat bagi memulihkan kembali semangat dan jiwa mereka," ujarnya.

Suriate menambah, cabaran yang dihadapi ketika bertugas bukan sahaja memerlukan kekentalan dan kesabaran untuk menguruskan pesakit, malah pengalaman itu dapat meningkatkan ilmu dan kecekalan diri dalam profesional ini.

“Menjaga pesakit yang agak berusia memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kebiasaan emosi golongan yang berusia agak susah dikenal pasti.

“Dalam situasi ini kami bukan sahaja memberi mereka makanan dan ubatan, malahan tugasan menukar lampin, bermain dengan nanah dan darah sudah menjadi sebati dalam diri jururawat.

“Bagi golongan yang berusia kami perlu lebih peka dengan emosi mereka bagi memudahkan pengurusan dan proses merawat menjadi lebih lancar," katanya.

Ujar Suriate, yang sedang menyambung pengajian separuh masa dalam jurusan kejururawatan di sebuah kolej swasta, kepuasannya menabur khidmat kepada masyarakat melalui profesion kejururawatan adalah suatu pengalaman yang tidak ada nilainya.

“Wujud satu perasaan mendalam apabila jasa dan pengorbanan dihargai pesakit. Ada beberapa pesakit yang pernah dirawat masih berhubung sehingga sekarang dan menjadi rakan baik. 

“Ada antara pesakit yang menganggap kami seperti ahli keluarga mereka berikutan keakraban dan kemesraan yang dirasai semasa mereka mendapatkan rawatan di sini," katanya. - Siti Aishah Yusoff

Sumber: Utusan Malaysia

Jururawat HDS terima bunga ros

Ayub Rahmat (empat dari kanan) dan Norshida Ibrahim (kiri) menyampaikan bunga ros dan peralatan penjagaan bayi kepada jururawat dan ibu sempena Hari Ibu dan Hari Jururawat di Hospital Daerah Segamat, Johor, kelmarin. - UTUSAN/MOHAMED SAAR I
 
SEGAMAT 13 Mei - Sempena sambutan Hari Jururawat yang disambut setiap 12 Mei dan menghargai pengorbanan serta peranan mereka yang terbabit dalam bidang kesihatan di daerah ini, sebanyak 50 kuntum bunga ros diedarkan kepada jururawat yang bertugas di Hospital Daerah Segamat (HDS), di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat selain menghargai jasa dan pengorbanan jururawat, kesempatan ini juga diambil untuk mendekatkan diri dengan kelompok tersebut sebagai satu penghargaan kepada karier yang telah digalas dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab.

“Pada masa yang sama, hubungan erat di antara pemimpin masyarakat di daerah ini dengan pihak HDS juga dapat ditambah baik seterusnya memberikan semangat kepada mereka dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Kerajaan prihatin terhadap sebarang masalah yang dihadapi jururawat terutama yang melibatkan bidang tugas mereka dan berusaha dari semasa ke semasa untuk meningkatkan tahap profesionalisme bidang tersebut," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bunga kepada jururawat bertugas.

Yang turut hadir pada program kerjasama di antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim dan Pengarah HDS, Dr. Aman Rabu.

Lawatan tersebut turut bertandang ke wad bersalin dengan 28 orang ibu bertuah menerima sumbangan peralatan penjagaan bayi sempena sambutan Hari Ibu.

Menurut Ayub, masyarakat harus sentiasa menghargai sumbangan jururawat dan ibu tanpa mengira tarikh tertentu kerana mereka tidak pernah berkira atau memilih waktu tertentu sahaja untuk memberikan khidmat mereka selama ini.

sumber: Utusan Malaysia

Monday, 12 May 2014

Jururawat bergerak

Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rasyiqah@bh.com.my
2014/05/10


Khidmat jururawat urus keperluan pesakit, beri keselesaan kepada seluruh ahli keluarga

JIKA diberi pilihan, tiada siapa yang suka tinggal di wad atau kerap datang ke hospital. Pelbagai alasan dan kerenah dibuat semata-mata mahu mengelak dibawa ke hospital kerana bagi pesakit, hospital adalah tempat yang menakutkan.

Bagaimanapun, masalah kesihatan terutama membabitkan penyakit kronik menyebabkan seseorang pesakit selalunya tiada pilihan dan terpaksa juga dimasukkan ke wad atau perlu datang berulang kali ke hospital bagi mendapatkan rawatan supaya kesihatan kembali pulih.

Bagi pesakit begini, mereka bukan saja memerlukan sokongan keluarga, malah seseorang yang tahu menangani psikologinya dan mampu memberikan rawatan rapi sepanjang tempoh sukar itu.

Disebabkan pesakit yang keluar dari hospital semakin ramai dan bilangan warga tua meningkat, satu struktur yang boleh membantu keluarga untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan di rumah adalah penting untuk memenuhi segala keperluan pesakit.

Di Amerika Syarikat, kajian Penyelidikan Sistem Kesihatan (HSR) ke atas warga tua yang mendapatkan rawatan lanjutan di rumah mendapati, biarpun kesan positifnya sedikit, corak pemulihan dan konsisten menjanjikan impak yang penting dalam perkembangan industri perubatan.

Babit 60 kawasan

Menyedari kemelut dan kesulitan ini, Kementerian Kesihatan, baru-baru ini, mengumumkan akan memperkenalkan program khidmat penjagaan di rumah yang membabitkan 60 kawasan seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Disebabkan pesakit yang keluar dari hospital semakin ramai dan bilangan warga tua meningkat, satu struktur yang boleh membantu keluarga untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan di rumah adalah penting untuk memenuhi segala keperluan pesakit. 
sumber: Berita Harian

Sunday, 11 May 2014

Selamat Hari Jururawat




A Great Career Choice - Nursing Careers

 
Nursing is one of the popular careers in the world, apart from being a good rewarding career, it comes with a lot of responsibilities, in fact, nursing is thought to be a vocation just like priesthood or becoming a nun. Nurses works like leaders, caretakers and a clinician. But what does it take to be a nurse?
 
Education

To become a registered nurse, you can start by obtaining diploma in nursing or a degree; this depends on your choice.. The duration depends with the college you are in, but basically you have to pass your exams. With a diploma, you can advance to degree which will take you around four years.

Nursing Duties

Upon becoming a registered nurse, but becoming a nurse is more than obtaining papers, you will be required to be very responsible. You will have to be nice to people who are ill and in pain and will not be very pleasant, you will also have to be able to answer their questions and know when to call the doctor. Nurses will have to update the patient's charts as necessary and to make sure that their medications are given to them in the correct doses and at the correct time.

Nursing duties go further than just taking care of patients, there are supplies that needs ordered, charts that will need updated and it involves a lot of record keeping. You will need to know and understand how to use a lot of medical equipment, and know when to call for repairs.

The skills that you need will be clinical skills, have a good bedside manner, nursing skills, you have to have good verbal communication and listening skills. You may have to insert IV's or give shots to patients. You will be the one that will be taking the vital signs and taking medical backgrounds from the patients. You will be working closely with the physicians and other nurses to give them information on a patient. You will have to be able to keep patients information very confidential about their medical condition.

You also need to stay up-to-date, new medical technologies are coming up each day; you will also have to maintain a current CPR license.

Nursing careers is very rewarding and you will find a new challenge every day. It is a very rewarding career, and you can always get more training so that you can move up in the career and always find new things to learn every day.

Looking for a career in nursing? There are always plenty of nursing jobs available and each and every day there are new nursing jobs becoming available. A nursing careers is a very rewarding careers for people, there are new challenges daily and there is always opportunities to move up in your career. Once you decide on becoming a nurse you will realize that your job is more than just a job, it's a way of life for you.

Tuesday, 6 May 2014

Deskripsi Tugas Jururawat

JURURAWAT GRED U29   

    Tugas-tugas Jururawat Kesihatan   
    1.     Perawatan Kesihatan Keluarga   
                i.     Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.         
                ii.     Perkhidmatan lawatan ke rumah.         
                iii.     Perkhidmatan kesihatan di sekolah.         
                iv.     Perkhidmatan perancang keluarga.         
                v.     Pendidikan kesihatan.         
    2.     Latihan   
                Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.         
    3.     Menyelia   
                i.     Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.         
                ii.     Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.         
    4.     Pentadbiran   
                i.     Mentadbir klinik.         
                ii.     Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.         
                iii.     Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.         
                iv.     Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.         
        
    Tugas-tugas Jururawat Di Hospital   
    1.     Penjagaan Pesakit         
          i.     Mengurus dan melayan makan minum pesakit.         
          ii.     Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.         
          iii.     Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.         
          iv.     Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.         
    2.     Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.         
    3.     Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.         
    4.     Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.         
    5.     Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.         
        
      
    JURURAWAT GRED U41   
    1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan   
  

    Pemantauan Kejururawatan
    Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.

  
    2. Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan   
  

    Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
    Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.

  
    3. Kawalan Mutu   
  

    Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.
    Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) - menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.

  
    4. Latihan Kejururawatan   
  

    Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.

Pediatric Nurses

Pediatric nursing is one of the distinctive types among the various nursing jobs that distinguish the nursing profession from all the other occupations. Pediatric nurses are mostly attached to emergency departments, performing crucial tasks such as catheterizations for collecting urine and stool samples, starting IVs, conducting basic eye examinations, and obtaining the vital signs of temperature, heart rate, blood pressure, and respiratory rate. They are also responsible for administering intravenous, intramuscular medications and are involved in a great deal of parent and patient counseling. Apart from this, the other duties of a pediatric nurse include blood administering, performing head to toe assessments and helping patients with broken bones or splinting. It is obvious from the area and scope of the job that a pediatric nurse performs a combination of multiple tasks, thus, having a crucial role in treating all kinds of patients.

A pediatric nurse requires some basic tools that are essential for achieving success and expertise in the concerned field. It is very important for a pediatric nurse to make the best use of the sensory organs for better and effective assessments. Pediatric nurses often use stethoscopes and sphygmomanometers for examining the various organs of the body such as lungs, heart, and abdomen. They also measure blood pressure. The other common tools used by the pediatrics department include cardiopulmonary (CP) monitors for tracking heart and respiration rates, Snellen charts for testing the patients' vision, and thermometers for obtaining temperature.

Specialized training is required for working as a pediatric nurse that can be acquired by taking up internal training programs offered by the hospital where the nurse is currently employed. Certified programs are also available after graduation for candidates interested in specializing in pediatrics. Various organizations offer special classes addressing Pediatrics. Some of these courses include Pediatric Advanced Life Support (PALS), through the American Heart Association and Emergency Nurse Pediatric Course through the Emergency Nurses Association. Individuals may also get involved in various nursing societies of pediatric nurses.

Nurses [http://www.WetPluto.com/An-Introduction-To-Travel-Nurses.html] provides detailed information on Nurses, Travel Nurses, Registered Nurses, Nurse Jobs and more. Nurses is affiliated with Nursing Scrubs [http://www.z-Nursing.com].

Kementerian Kesihatan Bakal Perkenal Khidmat Rawatan Kesihatan Di Rumah


KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kementerian Kesihatan bakal memperkenalkan perkhidmatan yang membolehkan pesakit kronik menjalani rawatan pemulihan di rumah dalam usaha memantapkan lagi sistem penyampaian kesihatan awam.

Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata untuk permulaan program terbabit bakal menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan di rumah meliputi 60 kawasan di seluruh negara dengan penambahan 600 tenaga kerja.

Dr Subramaniam berkata program itu yang dijangka dilaksanakan penghujung tahun ini diharap dapat mengurangkan masalah kesesakan pesakit di hospital kerajaan.

"Secara ringkasnya setelah dibenarkan pulang seorang pesakit contohnya pesakit angin ahmar yang perlukan penjagaan dan rawatan pemulihan untuk tempoh masa panjang akan didatangi pasukan penjagaan domisil ini.

"Kemudian kumpulan ini akan memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada keluarga pesakit bagaimana untuk terus memberi rawatan dan membantu pesakit itu berlandaskan kepada ciri keselamatan kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Kesihatan Batu 8, Gombak di sini, Khamis.

Dr Subramaniam berkata inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh penjagaan kesihatan primer di peringkat komuniti yang lebih kecil.

Kementerian kini sedang merangka pelan induk bagi membolehkan program rawatan kesihatan di rumah dapat direalisasikan mengikut perancangan, jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim berhubung cadangan mewujudkan modul bagi melatih jururawat untuk berhadapan dengan kanak-kanak autisme, Dr Subramaniam berkata pihaknya mengalu-alukan pendekatan itu.

"Perbincangan lanjut mengenai perkara ini boleh diadakan antara kedua-dua kementerian dan ia perlu dijalankan berlandaskan prinsip strategi lautan biru.

"Dalam keperluan perubatan, kita juga mempunyai pakar yang khusus dalam bidang masalah perkembangan tingkah laku, pakar pediatrik dan kita juga mempunyai jururawat yang telah mendapat latihan untuk berhadapan dengan seseorang yang autistik," katanya.

-- BERNAMA

Monday, 5 May 2014

Modul Latih Jururawat Berhadapan Kanak-kanak Autisme Akan Dibincang - Rohani


PUTRAJAYA, 23 April (Bernama) -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata modul bagi melatih jururawat untuk berhadapan dengan kanak-kanak autisme akan dibincangkan antara kementeriannya dengan Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata penyediaan modul itu akan dibantu oleh 'Autisme Speaks' iaitu sebuah organisasi Autisme berpusat di New York yang banyak membantu negara-negara lain mengenai autisme.

"Perkara tersebut dibincangkan semasa pertemuan saya dengan mereka di New York, Amerika Syarikat Mac lepas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Seminar Antarabangsa Autisme 2014 (ISAM 2014) di sini hari ini oleh isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata modul tersebut adalah antara pelan tindakan awal kementerian bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan intervensi awal terhadap kanak-kanak autisme.

Katanya kementerian juga akan mendapatkan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) relevan dan ibu bapa yang mempunyai anak autisme untuk mencari mekanisme terbaik bagi membantu kanak-kanak tersebut.

Rohani berkata untuk memantapkan lagi pelan tindakan kerajaan, kementerian akan membuat perbandingan dengan negara lain dan pelan yang dibuat akan setaraf dengan pelan negara-negara lain.

Sementara itu, dalam ucapannya, Rohani berkata ketika ini terdapat sebanyak 8,493 orang atau kanak-kanak dikategorikan menghidap "Autism Spectrum Disorder' (ASD) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Kementerian akan menggiatkan usaha untuk menggalakkan lebih banyak keluarga mendaftarkan anggota keluarga mereka yang kurang upaya termasuk autisme dan ASD," katanya.

-- BERNAMA

Sunday, 4 May 2014

Tanda merah punca lelaki serang jururawat

Beijing: Seorang lelaki berusia 20 tahun di wilayah Hunan, menyerang tiga jururawat, termasuk seorang daripadanya sedang hamil, di sebuah hospital dengan sebilah pisau selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pembedahan plastik yang dijalaninya empat bulan lalu. 
 
Kejadian berlaku kelmarin ketika lelaki terbabit mendapati pembedahan implan jambang yang dijalaninya di sana empat bulan lalu gagal memuaskan hatinya. 

“Dia kemudian menyerang jururawat di jabatan pembedahan plastik di hospital itu yang terletak di ibu kota wilayah Changsha”, lapor akhbar Shanghai Daily memetik hospital itu dalam satu kenyataan. 

Pihak berkuasa hospital berkata, mangsa kebanyakannya mengalami kecederaan pada kepala dan muka, namun menambah bahawa kecederaan itu tidak membahayakan nyawa. 

Tak puas hati
 
Hospital menyatakan bahawa lelaki terbabit mengunjungi doktornya kelmarin, mengadu bahawa dia mendapat tanda merah berhampiran bibirnya selain tidak berpuas hati dengan keputusan pembedahan. 

Doktor memberitahunya tanda itu akibat pembengkakan folikel yang termasuk sakit, gatal dan kemerahan dan ia mengambil masa enam bulan hingga setahun untuk pembedahan yang dijalani menunjukkan kesannya. 

Bagaimanapun lelaki terbabit berasa kecewa dengan jawapan doktor itu dan mengamuk sejurus beliau beredar untuk merawat pesakit lain, tambah kenyataan itu. 

Polis kini memburu lelaki itu untuk siasatan. 

AGENSI 

Sumber: Berita Harian